Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bunuh Kucing Bunting Dalam Mesin Dobi

12-9-2018 10:07 AM Komen: 59
Dua lelaki tidak berhati perut dengan zalimnya menganiaya dan membunuh seekor kucing terbiar di sebuah kedai dobi di Taman Gombak Ria, Gombak jam 12.30 tengah malam, semalam, lapor Harian Metro.



Persatuan Haiwan Malaysia menerusi Facebooknya berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai dobi berkenaan di mana dua pelanggan memasukkan kucing malang itu ke dalam mesin pengering.

Mereka kemudian keluar dari kedai dengan membawa pakaian yang sudah dibasuh, namun kembali selepas beberapa saat dan memasukkan duit syiling ke dalam mesin berkenaan.

Selepas menekan butang 'mula' pada mesin pengering yang dimasukkan kucing betina itu, mereka meninggalkan premis berkenaan.

Kucing itu kemudian ditemui seorang pelanggan dalam keadaan berlumuran darah jam 10.30 pagi hari sama sebelum melaporkannya kepada pihak pengurusan dobi.

Arie Dwi Andika selaku Presiden Persatuan Haiwan Malaysia berkata, pihaknya mengecam tindakan kejam dua lelaki itu dan sudah melaporkan kejadian kepada polis.

"Hasil penelitian CCTV mendapati memang terdapat tiga lelaki datang ke kedai dobi berkenaan untuk membasuh baju mereka.

"Namun, dua daripadanya tiga lelaki itu kemudian bertindak memasukkan kucing betina yang sedang bunting ke dalam mesin pengering dan membiarkannya," katanya.



Persatuan Haiwan Malaysia

Menurutnya, pihak pengurusan dobi menghubungi Persatuan Haiwan Malaysia bagi mendapatkan pandangan sebelum pihaknya mengambil keputusan membuat laporan polis pada jam 11 malam semalam.

"Berdasarkan maklumat diperoleh, dua lelaki berkenaan adalah rakyat tempatan dan dipercayai tinggal berdekatan berikutan kerap membasuh baju di situ.

"Perbuatan dua lelaki itu memang cukup zalim dan berharap agar pelaku dijatuhi hukuman setimpal mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015," katanya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
21
Marah
44
Terkejut
26
Sedih
21
Lawak
18
Bosan
14
0
0
Komen: 59
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote akusukaq 16-9-2018 07:17 PM
Edited by akusukaq at 16-9-2018 07:18 PM

puak paria camni patut dicampak ke kandang harimau je. bantu jimatkan bajet zoo sediakan makanan haiwan liar.baru nampak ada guna

Lain-lain Komen

Quote Banananaa 12-9-2018 10:14 AM
Kurang ajarnyeeeee   apa la manusia skrg
Quote fox. 12-9-2018 10:15 AM
mari kakak bunoh kau pulak
Quote zulka 12-9-2018 10:15 AM
lahanat sungguh perangai... terima la balasan nti
Quote Mahathirina 12-9-2018 10:16 AM
Awat tak buboh anak babi?  Baru la melompat bani halal ni sume lagi syiok..
Quote nuryakmal 12-9-2018 10:17 AM
babi sangat! harap tangkap magkuk dua ekor ni. ini semua tanda tanda kaki dera. mula2 haiwan lepas tu orang plk.
Quote xpdckelate 12-9-2018 10:17 AM
mental tak betul tu....hantar je ke hospital bahagia
Quote jlo 12-9-2018 10:17 AM
babiiiiii...elok sumbat dorang dalam mesin pengering tu letak sejam bior masak reput dalam tu
Quote AbukRokok 12-9-2018 10:25 AM
babi punya keling
dah la bunuh seksa kucing
nanti org nak basuh baju dah kne sisa sisa bangkai
Quote SweetShera 12-9-2018 10:29 AM
mesti masa buat tu rasa seronok dan puas hati kan

elok mampus dua makhluk tak guna ni
Quote kawahapi 12-9-2018 10:31 AM
Apa gila nye la!!!
Quote putericahaya999 12-9-2018 10:35 AM
apa dosa kucing bunting tu?
Quote sarahmirza 12-9-2018 10:36 AM
Langsung takde perasaan belas kat hati...
Dulu kecik2 mak bapak dah antar masuk asrama ke ni?
Quote noor2 12-9-2018 10:38 AM
Sedih. ...tapi puas hati kita ada undang2 untuk haiwan2 ni....harap pelaku dihukum penjara dan sebatan sebab membunuh. ..kalaulah nyawa haiwan sama nilai dengan nyawa manusia ....patut undang2 bunuh dihukum.bunuh juga. ...
Quote buapakperut 12-9-2018 10:57 AM
psycho giler??? otak meteng macam ni kambus saja dalam laut
Quote Nonones 12-9-2018 11:23 AM
Tak sanggup nak tgk video tu sampai habis
Quote chicozinn 12-9-2018 11:54 AM
bodo ke hape sial smpai nk bunuh kucing tu?kot ye mabuk skali pun jgn la g bunuh kucing tu..prangai cm babi
Quote tungkai 12-9-2018 11:59 AM
Sudah tiba masanya untuk revise & enforce undang2 perlindungan haiwan. Yg sekarang ni denda dia celah gigi aje...Prfffff
Quote iloveyou 12-9-2018 12:01 PM
SETAN NYE HUWAAAAA APE DOSA KUCING TU KT KAUUU!!!
Quote Artemesiaa 12-9-2018 12:05 PM
Kejamnya perbuatan harap mereka ni segera tertangkap dan diberi hukuman setimpal

Lihat semua komen(59)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top