Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

"Tolong Segera" - Panggilan Kecemasan Selepas Kematian Mac Miller Didedahkan

14-9-2018 04:49 PM|Oleh: Sang_Pencinta | Dilihat: 2886| Komen: 1

Media Amerika Syarikat (AS) melaporkan Mac Miller; penyanyi rap, penerbit dan juga mantan kekasih Ariana Grande dilaporkan meninggal dunia kerana overdose. Beliau berumur 26 tahun.


 

Kredit Foto: Daily Express

Sumber TMZ mengesahkan mendiang dijumpai di rumahnya yang terletak di San Fernando Valley, California dan doktor mengesahkan beliau sudah mati di tempat kejadian ketika ditemui oleh rakannya. Menurut sumber TMZ lagi, perkakasan yang dijumpai turut mengesahkan mendiang mati kerana overdose dadah. 


Walau bagaimanapun, wakil pengurusan penyanyi rap itu belum mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga kini.


Dalam pada itu, laporan terbaru TMZ semalam juga menyatakan seorang pemanggil lelaki yang menghubungi 911 mendesak agar datang segera ke kediaman Mac.


Pemanggil itu juga dikatakan merayu, "tolong segera."


 

Kredit Foto: Daily Express

Mac Miller yang berasal dari Pittsburg diketahui mempunyai sejarah ketagihan yang panjang. Pada tahun 2012, beliau mengumumkan kejayaannya mengawal ketagihan dadah jenis promethazine


Beliau juga secara terbuka membincangkan masalah dadahnya dalam dokumentari Stopped Making Excuse yang diterbitkan pada tahun 2016.

 

Kredit Foto: HOLA!USA

Mac Miller menjadi bahan akhbar tabloid beberapa bulan lalu ekoran hubungannya dengan penyanyi terkenal, Ariana Grande. 

Beliau kemudiannya ditangkap kerana memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan hubungan mereka putus di tengah jalan sebelum Ariana beralih cinta kepada ahli komedi dan pelawak SNL, Pete Davidson.


 

Kredit Foto: Hollywood Life

Mac Miller baru sahaja menerbitkan albunmnya yang ke lima berjudul Swimming yang menceritakan penderitaan dan bebanannya. Beliau sepatutnya dijadualkan memulakan jelajah konsertnya pada 27 Oktober bersama Thundercat dan J.I.D sebagai artis jemputan.- CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
6
Marah
1
Terkejut
5
Sedih
8
Lawak
6
Bosan
8
Komen: 1
Komen

Previous : Kekasih Dituduh Rogol Remaja Lelaki Punca Mendiang Anthony Bourdain Bunuh Diri?

Next       : Catfight Of The Year! Kepala Cardi B Lebam Bergaduh Dengan Nicki Minaj

Komen Terbaru

Quote borrow 14-9-2018 09:40 PM
Mcm glee actor tu jugak kew? dh lama tak amik drug , pastu amik drug dose yg sama mcm dulu. Trus mati.

Lain-lain Komen

Quote borrow 14-9-2018 09:40 PM
Mcm glee actor tu jugak kew? dh lama tak amik drug , pastu amik drug dose yg sama mcm dulu. Trus mati.

Lihat semua komen(1)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.042597s Gzip On
To Top