Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Pencemar Nombor Satu Bumi. 8 Fakta Kenapa Anda Perlu Sokong Kempen Anti Plastik

31-12-2018 12:59 PM|Oleh: Sang_Pencinta | Komen: 9

Tidak dapat dinafikan, plastik adalah antara ciptaan manusia yang paling bermanfaat. Ianya mempunyai pelbagai kegunaan, tahan lama, murah, mudah disimpan dan mudah didapati di mana-mana. Bagaimanapun plastik yang suatu ketikanya menjadi ciptaan berguna kini menjadi bahan pencemar planet nombor satu.


Kredit Foto: newscientist.com 
Sebab itulah kebanyakan kempen alam sekitar berkisar tentang pengurangan penggunaan plastik. Yang terkini, pengharaman penggunaan penyedut minuman (straw) yang dipelopori oleh banyak syarikat gergasi contohnya Starbucks, Hotel Marriot dan American Arlines. 

Kenapa anda perlu sokong kempen anti plastik? Berikut 8 fakta menurut National Geographic:

 

1.       18 Billion Pounds Plastic Dibuang ke Lautan Setiap Tahun

Kredit Foto: National Geographic


2.       40% Daripada Sampah Jenis Plastik Hanya Digunakan Sekali Sahaja Sebagai Pembungkus


Kredit Foto: National Geographic


       3. Secara Purata Setiap Rakyar Denmark Guna Hanya 4 Beg Plastik Setahun, Setiap Rakyat Amerika Syarikat Guna 365  Beg Plastik Setahun


Kredit Foto: National Geographic


4.       44% Daripada Plastik Di Pasaran Dikilang Pada Tahun 2000-kini


Kredit Foto: National Geographic


5.       Separuh Daripada Plastik Dunia Dikeluarkan di Asia, 29% Daripadanya di China

Kredit Foto: National Geographic


6.       Kurang 20% Plastik Global Dikitar Semula

Kredit Foto: National Geographic


7.       1 Juta Botol Plastik Dijual Setiap Minit.  Secara Purata rakyat Amerika membeli 346 botol setahun.

Kredit Foto: National Geographic


8.       8% Daripada Keluaran Minyak Dunia digunakan Untuk Membuat Plastik

Kredit Foto: National Geographic


Di Malaysia, persatuan-persatuan pengguna telah mendesak pengharaman plastic dan rangkaian McDonald telah mengumumkan tidak akan menyediakan penyedut minuman plastik sekiranyya tidak diminta pelanggan. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida Kamarudin juga menyebut akan memperkenalkan pengharaman beg plastik mulai pertengahan tahun 2019.


Jadi sokonglah pengurangan penggunaan plastik. Kerana semuanya bermula dari rumah kita sendiri. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
7
Marah
6
Terkejut
8
Sedih
4
Lawak
9
Bosan
6
Komen: 9
Komen

Previous : Raya Dah Nak Dekat Tapi Rambut Bermasalah? Cuba 5 Petua Rawatan Tradisional Ini

Next       : Buat Kejutan Muncul Di Tempat Awam, Betulkah Ini Putera Harry Dan Meghan Markle?

Komen Terbaru

Quote runiadreamer 4-1-2019 12:45 PM
lagi bagus kalau ganti semua beg plastik dgn beg kertas kalau agak2 barang byk mcm beli kat pasar raya tu elok guna kotak/ plastik yg senang kitar semula

Lain-lain Komen

Quote pokaibanktokyo 31-12-2018 01:21 PM
Bodoh. Plastik juga macam bahan lain . Memudaratkan hanya jika diguna atau diperlakukan dengan cara yang salah. Maka rajin rajin la menyedarkan sesama sendiri. Bukan gampang main haramkan saja macam tarak otak
Quote sharlenetexas 31-12-2018 01:26 PM
Plastik supik rokrak banyak datang dari Thailand.
Quote Alais 31-12-2018 02:24 PM

bukan ke petrol & diesel  penyebab pencemaran  nombor satu ?
Quote Alais 31-12-2018 02:27 PM

kes plastik macam serupa kes minyak sawit
ada kesan kepada environment

tapi alternatifnya tak sebaik plastik & minyak sawit
dari segi ekonomi & long term
betul tak ?
Quote PU-ndan 2-1-2019 08:46 PM
kan ada biodegradable plastic. boleh je guna yg ni.

Quote Artemesiaa 3-1-2019 12:21 PM
Dah banyak je alternative lain yang boleh digunakan selain menggunakan bag plastic zaman sekarang ni.  
Quote Putriputeh 3-1-2019 08:51 PM
Artemesiaa replied at 3-1-2019 12:21 PM
Dah banyak je alternative lain yang boleh digunakan selain menggunakan bag plastic zaman sekarang ni ...

Betul sangat
Quote dani-rox 4-1-2019 03:40 AM
ai tertarik dgn solution salah sebuah bandar di australia dlm menangani masalah pencemaran. dia org letak jaring kat sewers, sampah yg dikumpul akan dikitar semula atau diproses jd baja.




https://www.surfertoday.com/environment/14509-city-of-kwinana-collects-815-pounds-of-garbage-using-drainage-nets
Quote runiadreamer 4-1-2019 12:45 PM
lagi bagus kalau ganti semua beg plastik dgn beg kertas kalau agak2 barang byk mcm beli kat pasar raya tu elok guna kotak/ plastik yg senang kitar semula

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.081516s Gzip On
To Top