Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Ron 95 Atau Ron 97, Mana Satu Lebih Bagus?

10-12-2018 05:40 PM|Oleh: Amaruddin| Komen: 15

Persoalan yang biasa kita fikir, nak isi minyak apa? Ada orang kata:

"minyak RON97 lagi power, lagi jimat minyak, kalau isi RON95 nanti enjin rosak"

Betul ke?
Jawapannya, Ya...dan tidak.

Jangan terlalu percaya pada kata-kata mereka yang suruh isi RON97 tanpa mengkaji apa kesannya.

Jadi, minyak jenis apa yang saya perlu isi?

Pertama sekali kita perlu tahu dan faham macam mana enjin berfungsi:

Ini adalah contoh enjin jenis 4 stroke, enjin yang biasa ada dalam kereta, lori, bas. 4 stroke ini bermaksud enjin akan melakukan 4 perkara iaitu:
1. Intake - udara yang bercampur dengan bahan api dimasukkan kedalam silinder
2. Compression - campuran udara dimampatkan
3. Combustion - spark plug akan hasilkan percikan api dan membakar campuran udara tersebut, letupan yang terhasil menolak piston ke bawah
4. Exhaust - hasil pembakaran dibawa keluar dan proses ini diulang semula

Seterusnya,  kita perlu tahu apa itu RON

RON adalah singkatan untuk Research Octane Number

Struktur Oktana

Octane atau Oktana adalah satu kompaun hidrokarbon yang mengandungi 8 atom Karbon (octa = 8) dan kompaun ini menjadi penanda aras atau benchmark untuk mengukur sejauh mana minyak boleh dimampatkan sebelum terbakar.

Sebagai contoh, minyak RON 95 mempunyai ciri-ciri kemampatan 95% sepertimana oktana dimampat.

Kalau kamu semua macam pening je baca, senang kata semakin tinggi nombor RON tu, semakin tahan minyak itu kepada mampatan sebelum ia terbakar. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang RON, nantikan post seterusnya.

Jadi, saya nak kena isi RON95 ke RON97? ke RON100?

Sebelum mengisi minyak, kita kena rujuk buku manual kenderaan masing-masing, kita perlu cari apa nisbah mampatan (compression ratio) enjin tu, sebagai contoh Perodua Myvi punya compression ratio adalah 10:1, jadi sesuailah kalau guna RON95. Misalkata kalau kamu ada Mercedes-Benz S350 BlueEfficiency, compression ratio untuk enjinnya pula 12:1, jadi eloklah guna RON97.

Apa jadi kalau kereta yang sepatutnya guna RON97 tapi saya isi RON95 dan ke bawah?

Sampai sini, ceritanya agak rumit sedikit.

Kredit foto: The Star
Enjin yang memerlukan minyak gred lebih daripada RON95 adalah enjin yang mempunyai daya mampatan yang tinggi,
kita rujuk balik animasi yang atas sekali, kita tengok proses pembakaran atau combustion berlaku bila piston berada di atas sekali.

Tapi, bila misalnya kita isi minyak RON95 pada kereta yang sepatutnya menggunakan RON97, belum sempat piston tu sampai ke atas, pembakaran dah berlaku, ini adalah keadaan dinamakan knocking.

Benda ni akan jejaskan prestasi enjin, dan berpotensi merosakkan enjin, jadi ada betulnya ayat di atas tu, kalau silap isi memang lama-lama akan rosak enjin.

Kesimpulan?

Sebelum kita isi minyak, kita perlu tahu compression ratio kereta kita berapa atau fuel recommendation. Maklumat-maklumat ini boleh didapati dalam manual pengguna, atau Google je. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
5
Lawak
3
Bosan
1
Komen: 15
Komen

Previous : Selain Lavida Coin, Ini 12 Skim Pelaburan Dalam Senarai Hitam Terkini BNM

Next       : Suka Kongsi Artikel Di Facebook, Anda Sedang Dinilai Secara Senyap!

Komen Terbaru

Quote MissVixen 12-12-2018 12:23 PM
Pakai ron 91 thailand ok je. Takde bunyi knocking dan dapat lebih km dengan cara pemanduan sama. Bau pon takde sebab euro 4.
Kereta biasa2, tak perlu ron tinggi2. Sama je hasilnya.
Pakai ron 88 untuk motor, meletop letop sampai aku pon  selalu terkejut melatah tengah bawak

Lain-lain Komen

Quote CiliPadiSedap 10-12-2018 05:57 PM
Kereta kaka xguna ron samiguel
Quote Megikari 10-12-2018 06:02 PM
Sori i blur sikit... So minimum compression ratio utk ron97 tu sebenarnya berapa?

Btw, good info tt {:good
Quote Megikari 10-12-2018 06:02 PM
[quote]Megikari: Sori i blur sikit... So minimum compression ratio utk ron97 tu sebenarnya berapa?
Quote PristineOne 10-12-2018 07:25 PM
Keta Pokchik punya manual....tulih kena isi 97 ron minimum....kalu dapat isi ron 99 shell atau ron 100 petron....lagi baguih..

Kih..kih..kih  
Quote buapakperut 10-12-2018 09:49 PM
thanks good info
Quote LautBiru52 10-12-2018 10:17 PM
Perasan kalau guna 97, bila speeding minyak turun macam air. Tapi best enjin pickup
Quote matseh 10-12-2018 11:00 PM
PristineOne replied at 10-12-2018 07:25 PM
Keta Pokchik punya manual....tulih kena isi 97 ron minimum....kalu dapat isi ron 99 shell atau ron 1 ...

Betui, aku pun sama. Brand apa hangpa tak yah tanya.
Quote Kenjiyan 10-12-2018 11:15 PM
Megikari replied at 10-12-2018 06:02 PM
Sori i blur sikit... So minimum compression ratio utk ron97 tu sebenarnya berapa?

Btw, good info  ...

CR 11:1 ke atas kena pakai ron97
Quote kucingitam 11-12-2018 09:46 AM
ya, guna 97 pick up lebih...kalau guna on highway mmg berbaloi
Quote buragazz 11-12-2018 11:10 AM
Ok TT boleh ditambah sikit pencerahan

Jika Enjin yang perlu guna 97 tapi guna 95 akan ada masalah knocking
klu sepatutnya elok guna 95 tapi kita guna 97 ada apa2 masalah tak
Quote Megikari 11-12-2018 12:56 PM
Kenjiyan replied at 10-12-2018 11:15 PM
CR 11:1 ke atas kena pakai ron97

Oooo.... Now i know. Thanks!
Quote palmolive 11-12-2018 01:02 PM
LautBiru52 replied at 10-12-2018 10:17 PM
Perasan kalau guna 97, bila speeding minyak turun macam air. Tapi best enjin pickup

kalu speeding pakai ron apa pun memang minyak turun cm air
Quote LautBiru52 11-12-2018 03:41 PM
palmolive replied at 11-12-2018 01:02 PM
kalu speeding pakai ron apa pun memang minyak turun cm air

hahahaha
Quote Kenjiyan 12-12-2018 11:40 AM
Megikari replied at 11-12-2018 12:56 PM
Oooo.... Now i know. Thanks!

Welcome.. act even some 10:1 CR pn ade yg benefit dr ron97,expecially yg igniton timing dia boleh advance.. kat malaysia ramai yg tune balik utk dpt benefit dr ron97,yg kaki racing tu.. kalau mcm toyota/daihatsu ecu dia auto calibrate balik rasenye utk minyak yg masuk.. sbb tu ecu dia kalau pakai piggyback skali pun tuning akan adjusted automatik balik kepada asal..
Quote MissVixen 12-12-2018 12:23 PM
Pakai ron 91 thailand ok je. Takde bunyi knocking dan dapat lebih km dengan cara pemanduan sama. Bau pon takde sebab euro 4.
Kereta biasa2, tak perlu ron tinggi2. Sama je hasilnya.
Pakai ron 88 untuk motor, meletop letop sampai aku pon  selalu terkejut melatah tengah bawak

Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.042079s Gzip On
    To Top