Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Jennifer Garner Gesa Ben Affleck Ke Rehab Jika Mahu Jumpa Anak

3-5-2019 10:21 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 9

Pelakon Jennifer Garner memberi amaran kepada bekas suaminya, Ben Affleck untuk mendapatkan rawatan ketagihan jika ingin berjumpa dengan anak-anak mereka.


Jennifer Garner Gesa Ben Affleck ke Rehab Jika Mahu Jumpa Anak
Kredit Foto: YourTango


Sumber RadarOnline memberitahu, Jennifer amat marah dengan tabiat buruk Ben Affleck yang masih ketagih minuman keras. Jiran Ben Affleck juga melaporkan mendengar satu perbalahan hangat di rumah Ben Affleck pada 10 Ogos. 


Jennifer yang membuat lawatan mengejut ke rumah bekas suaminya itu terkejut dengan longgokan botol arak di sekitar rumah dan tidak mahu anak-anaknya menghabiskan masa di rumah Ben Affleck dalam keadaan itu.


Jennifer Garner Gesa Ben Affleck ke Rehab Jika Mahu Jumpa Anak
Kredit Foto: Daily Mail


Hasilnya, pada 11 Ogos, Ben Affleck dilihat memasuki semula pusat rawatan ketagihan Buddha di Refuge Recovery, Los Angeles.


Sebelumnya, mereka berdua diberikan amaran oleh Mahkamah Los Angeles kerana tidak bersungguh-sungguh melengkapkan dokumen perceraian mereka.


Jennifer Garner Gesa Ben Affleck ke Rehab Jika Mahu Jumpa Anak
Kredit Foto: Daily Mail


Jennifer sering membuat lawatan mengejut ke rumah Affleck sebelum menghantar anak-anak mereka, Violet, 12, Seraphina, 10, dan Samuel, 6, untuk jagaan sementara hujung minggu seperti yang diarahkan mahkamah. 


Terkejut dengan amaran Jennifer, Ben Affleck berjanji akan mendapatkan rawatan ketagihan di pusat yang sama pernah merawatnya pada tahun 2001.


Jennifer Garner Gesa Ben Affleck ke Rehab Jika Mahu Jumpa Anak
Kredit Foto: Hollywood Life


Harapan kita agar Ben Affleck akan mengotakan janjinya untuk benar-benar pulih daripada ketagihan kali ini. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 9
Komen

Previous : Church Of Scientology Balas Dendam, Cuba Intimidasi Leah Remini!

Next       : Justin Bieber Dan Hailey Badwin Tangguh Perkahwinan

Komen Terbaru

Quote keds 11-6-2019 02:11 PM
holiwood retis gini la....

Lain-lain Komen

Quote r_innalif 3-5-2019 10:40 AM
Dlu masalah gambling. Bjuta abis on table at one time. Ni alcoholic plak.
Quote Sazida 3-5-2019 12:54 PM
Rita patut contohi jennifer garner. Hantr sendiri ank ke rumah bpknya. Kalau bpknya mcm ben affleck ni xde hal la ko nk meroyan kt socmed. Ni tidakkkkkkk,,, {:dot
Quote Artemesiaa 3-5-2019 04:39 PM
Pastinya beliau tak nak anaknya dapat contoh yang tak baik
Quote samasam90 3-5-2019 10:23 PM
sedapnya belyau
Quote amiekz86 4-5-2019 01:04 AM
erm....dah kaya masalah cmni pulak
Quote Jorja 4-5-2019 10:03 AM
Biarpun tak serupa tapi selalu mistaken Ben dgn Chris pratt
Quote mamaneesa 4-5-2019 10:12 AM
Sayangnya jadi camni pulak ben affleck ni
Quote ikanmasin 4-5-2019 03:04 PM
alahai sayangnya..
Quote keds 11-6-2019 02:11 PM
holiwood retis gini la....

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.076265s Gzip On
To Top