Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Rumah Terbakar Seminggu Sebelum Kahwin, 11 Barang Hantaran Tinggal Abu

10-8-2018 05:20 PM |Dilihat:929| Komen: 17
Seminggu sebelum majlis perkahwinan berlangsung, seorang wanita terpaksa reda apabila rumahnya kini hanya tinggal zink karat, selain 11 barang hantarannya menjadi abu.

mStar Online melaporkan, rumah pusaka yang didiami Nurul Ain Izzatti Arijan, 25 sekeluarga di Kampung Kuantan, Kuala Selangor hangus dijilat api.

Foto: mStar Online
Menurut Ain, "Ibu nampak lampu dapur berkelip-kelip dan dalam sekelip mata, api marak.

"Ibu memanggil ayah dan ketika itu saya berada di ruang tamu sedang menyiapkan beberapa barang hantaran.

"Saya terus menjerit keluar rumah meminta tolong, manakala ibu dan ayah terus keluar rumah.

Ain sekeluarga, Foto: mStar Online
"Saya juga ketika itu terus keluar rumah dengan baju tidur dan sempat capai bendera Malaysia di bawah rumah untuk tutup kepala sebelum menyelamatkan diri.

"Hanya beberapa minit rumah tinggal abu. Bomba tiba selepas 20 minit selepas saya menghubungi pasukan kecemasan.

"Tiada apa yang sempat diselamatkan kecuali telefon bimbit saya sahaja yang kebetulan ketika itu saya sedang gunakan.

Kenangan barang hantaran sebelum terbakar, Foto: mStar Online
"Pelamin, 11 barang hantaran yang saya sendiri siapkan serta wang tunai untuk digunakan majlis turut hangus.

"Tiga buah kipas dan sebuah mesin basuh yang baru dibeli minggu lepas juga hangus.

"Nasib baik juga ketika kejadian dua adik saya tidak berada di rumah. Mereka belajar di asrama dan di kolej."

Foto: mStar Online
Walau bagaimanapun Ain bersyukur ibu dan bapanya selamat walaupun ayahnya melecur sepuluh peratus.

"Walaupun semuanya sudah hangus, majlis perkahwinan akan diteruskan selepas berbincang dengan keluarga dan saudara mara. Lagi pun jemputan sudah diedarkan.

"Tunang saya Ahmad Akmal Abd Rahaman dan keluarganya juga telah dimaklumkan dan mereka juga faham.

"Kami memang rancang untuk adakan majlis perkahwinan di Pusat Tahfiz Al-Muhammadiah, yang terletak di hadapan rumah saya.

"Saya juga bersyukur kebakaran ini tidak merebak ke pusat tahfiz itu.

"Buat masa sekarang saya tumpang tinggal di rumah makcik di Kuala Selangor, manakala ibu dan ayah menumpang di pusat tahfiz.

Foto: mStar Online
"Cuma adik-adik saya balik nanti, belum pasti lagi penerimaan mereka," ujarnya.

"Pihak bomba beritahu kemungkinan punca kebakaran kerana gas bocor.

"Memang tidak boleh bayangkan rumah pusaka keluarga hilang begitu sahaja. Doakan kami sekeluarga kuat menempuh dugaan ini." -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
3
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 17
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 12-8-2018 08:37 PM
arman98 replied at 10-8-2018 07:06 PM
i was invited to the wedding..will attend anyhow saturday next week.  Ayah pengantin perempuan is my ...

nanti bg duit lebih sikit kt keluarga pengantin. terima kasih

Lain-lain Komen

Quote CardiGans85 10-8-2018 06:11 PM
Innalillah..

Kadang2 ada sebab terjadinya kejadian macam ini.
Quote arman98 10-8-2018 07:06 PM
i was invited to the wedding..will attend anyhow saturday next week.  Ayah pengantin perempuan is my school mate...

Received the news this morning thru ex-school WA group.
Quote PandaSaka 10-8-2018 07:33 PM
Alahai sedih nya berita ni..

Hoping they'll have a blessed marriage
Quote beautifulliar 10-8-2018 08:01 PM
Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul kesiannya kt dorang
Quote salmon-suki 10-8-2018 08:55 PM
Semoga lancar semuanya..mujur ler dpt bakal suami y brttimbangrasa...takziah sis
Quote LautBiru52 10-8-2018 09:33 PM
Allah besarnya dugaan sebelum kawin. Takziah
Quote AvaAdore 10-8-2018 09:55 PM
Bagusnya sheols tgh kalut pon sempat capai bendera nak tutup kepala. Semoga ada hikmah di sebaliknya.
Quote mjla 10-8-2018 10:46 PM
Sabar dgn dugaan
Ada ganjaran yg lebih hebat
Quote nobito 10-8-2018 11:23 PM
Api dari dapur rumah ke????

Pendapat aku dapur rumah buat jauh2 la dr rumah kayu lama.

Kayu lama ni Jenis cepat kna jilat api.
Quote nobito 10-8-2018 11:26 PM
Wiring lama ni....
Quote EvieWanKenobi 11-8-2018 01:56 PM
sedihnya.. persiapan sekian lama hangus
dalam sekelip mata..

semoga adik sekeluarga tabah..
pasti ada sesuatu yang Allah janjikan..
Quote AyaqMeloSuam 11-8-2018 10:58 PM
Takziah.. semoga ada hikmah ats segalanya. Bertabahlah sis..
Quote moonbug 12-8-2018 04:00 PM
Kesiannya. Semoga ada rezeki yg lebih baik utk diorang. Syukur takde kehilangan nyawa, kalau tak lagi sedih tak terkata nak kawin nanti
Quote batmana 12-8-2018 04:19 PM
harap pihak akhbar bole bagi no. acct bank skali utk org ramai bagi bantuan derma

psl,  org cmnila yg ptut ditolong dgn kuasa media
Quote kivio 12-8-2018 07:34 PM
Berat mata memandang.
Tapi ketahuilah Tuhan menguji hambaNya sesuai dengan kekuatan dan kemampuan.
Quote mamarock 12-8-2018 07:36 PM
Takziah.
Rasa dukalara berganti gembira nanti. Bagus pihak lelaki memahami situasi pihak perempuan seadanya
Quote CiliPadiSedap 12-8-2018 08:37 PM
arman98 replied at 10-8-2018 07:06 PM
i was invited to the wedding..will attend anyhow saturday next week.  Ayah pengantin perempuan is my ...

nanti bg duit lebih sikit kt keluarga pengantin. terima kasih

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.049303s Gzip On
To Top