Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Anak Angkat Tak Kenang Budi! Dah Rompak, Digadainya Semua Barang Kemas Ibu

10-8-2018 05:18 PM |Dilihat:2334| Komen: 44
Luluh hati seorang ibu apabila anak angkat yang ditatang bagai minyak penuh dari kecil sanggup merompak barangan kemasnya.


Gambar Hiasan

Harian Metro melaporkan, anggaran nilai semua barang kemas mangsa yang dilarikan suspek berjumlah hampir RM40,000.

Bukan itu saja, suspek bertindak menggadaikan semua barangan kemas berkenaan.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 11.30 pagi, Ahad lalu di rumahnya di Kampung Seri Aman, Puchong, mangsa berusia 47 tahun itu menyedari kejadian selepas mendapati barang kemas dalam simpanannya hilang.

Difahamkan, mangsa tinggal bersama anak angkat dan suaminya di rumah berkenaan sejak mereka berkahwin kira-kira empat bulan lalu.

"Mangsa memberitahu, dia menerima panggilan telefon daripada ibu mentua anak angkatnya yang memaklumkan bahawa suami isteri itu sudah mengambil barang kemas wanita berkenaan.

"Difahamkan, pada mulanya anak angkatnya itu tidak mengaku mengambil barang kemas berkenaan. Namun, selepas perbincangan bersama keluarga mentuanya, wanita itu dan suaminya kemudian mengaku berbuat demikian," katanya.

Menurut sumber lagi, barang kemas berkenaan terus digadai suami isteri terbabit pada harga RM38,000.

"Wanita itu ada menyerahkan resit pajak gadai terhadap barang kemas itu kepada mangsa.

"Mangsa membuat laporan di Balai Polis Puchong Jaya berhubung kejadian itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari mengesahkan kejadian dan berkata, kedua-dua suspek berusia 20an sudah ditahan pada Isnin.

"Barang kemas yang digadai sudah dirampas untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
3
Terkejut
1
Sedih
5
Lawak
2
Bosan
7
Komen: 44
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Jorja 12-8-2018 10:49 PM
tak semestinya ada anak tu akan senang di hari tua. Klise tapi fakta

Lain-lain Komen

Quote prettyuglybabe 10-8-2018 03:38 PM
dasar anak tak mengenang budi..
semoga laki bini tu mampus digelek lori..
Quote krustykrab 10-8-2018 03:38 PM
madu ku beri tuba yg ku blas....anak angkat ni kdg ikut nasib, kalau dpt keturunan baik2, baik lah dia dgn makpak angkat...kalau dpt keturunan hampeh, mmg makan hati lah makpak angkat tu...
Quote BoongaKertas 10-8-2018 03:47 PM
"Mangsa memberitahu, dia menerima panggilan telefon daripada ibu mentua anak angkatnya yang memaklumkan bahawa suami isteri itu sudah mengambil barang kemas wanita berkenaan.

"Difahamkan, pada mulanya anak angkatnya itu tidak mengaku mengambil barang kemas berkenaan. Namun, selepas perbincangan bersama keluarga mentuanya, wanita itu dan suaminya kemudian mengaku berbuat demikian," katanya ketika dihubungi, di Kuala Lumpur, hari ini.



iols blur phrase ayat ni. bukan mangsa tu is ibu angkat suspek? ibu mentua tu sape pulak?
Quote krustykrab 10-8-2018 03:52 PM
BoongaKertas replied at 10-8-2018 03:47 PM
"Mangsa memberitahu, dia menerima panggilan telefon daripada ibu mentua anak angkatnya yang memaklum ...

ibu mentua anak angkatnya la...mak si laki anak angkatnya

Quote sambaldurian 10-8-2018 03:53 PM
BoongaKertas replied at 10-8-2018 03:47 PM
"Mangsa memberitahu, dia menerima panggilan telefon daripada ibu mentua anak angkatnya yang memaklum ...

Rasanya mak mertua anak angkat inform mangsa ( ibu angkat) kot. Kira mak suami anak angkat tu bagus jgk la, xnk subahat. Anak dia buat hal dia report je
Quote honeybucuk 10-8-2018 03:53 PM
BoongaKertas replied at 10-8-2018 03:47 PM
"Mangsa memberitahu, dia menerima panggilan telefon daripada ibu mentua anak angkatnya yang memaklum ...

ibu - suami - anak angkat - mangsa..
Katanya, berdasarkan keterangan mangsa, dia tinggal bersama anak angkat dan suaminya di rumah berkenaan sejak mereka berkahwin kira-kira empat bulan lalu.
anak angkat dan suami anak angkat..baru 4 bulan kawen..
Quote BoongaKertas 10-8-2018 03:53 PM
krustykrab replied at 10-8-2018 03:52 PM
ibu mentua anak angkatnya la...mak si laki anak angkatnya

hahahaha! meols kena stat mkn kismis minda dah ni. thanks chuols. nah
Quote namirulmukminin 10-8-2018 03:53 PM
BoongaKertas replied at 10-8-2018 03:47 PM
"Mangsa memberitahu, dia menerima panggilan telefon daripada ibu mentua anak angkatnya yang memaklum ...

Ibu mertua suspek (ibu kepada suami anak angkat durjana yg baru kawen tu)...
Quote BoongaKertas 10-8-2018 03:54 PM
sambaldurian replied at 10-8-2018 03:53 PM
Rasanya mak mertua anak angkat inform mangsa ( ibu angkat) kot. Kira mak suami anak angkat tu bagu ...

haah chuols. meols fhm dah. hahaha! td sel2 lambat berhubung
Quote SLAManya 10-8-2018 03:55 PM
krustykrab replied at 10-8-2018 07:38 AM
madu ku beri tuba yg ku blas....anak angkat ni kdg ikut nasib, kalau dpt keturunan baik2, baik lah d ...

ada org yang i kenal beli anak angkat kat fb rm5k dgn sepasang suami isteri dari kelantan yg memang kerjanya beranak dan jual anak
betapa bengap nya org tu n family sebab benda tu terang2an salah
Quote BoongaKertas 10-8-2018 03:55 PM
honeybucuk replied at 10-8-2018 03:53 PM
ibu - suami - anak angkat - mangsa..
anak angkat dan suami anak angkat..baru 4 bulan kawen..

thanks chuols. faham dah. sorry lmbt pick up. hahaha!
Quote BoongaKertas 10-8-2018 03:56 PM
namirulmukminin replied at 10-8-2018 03:53 PM
Ibu mertua suspek (ibu kepada suami anak angkat durjana yg baru kawen tu)...

ha faham dah chuols
Quote krustykrab 10-8-2018 03:58 PM
SLAManya replied at 10-8-2018 03:55 PM
ada org yang i kenal beli anak angkat kat fb rm5k dgn sepasang suami isteri dari kelantan yg meman ...

dah kejenya buat anak, jual anak, tak kaya2 jugak ke chuols?

Quote shernazz 10-8-2018 04:01 PM
BoongaKertas replied at 10-8-2018 03:53 PM
hahahaha! meols kena stat mkn kismis minda dah ni. thanks chuols. nah

Iols ejen kismis minda
Terapi as syifak
Pm iols.utk keterangan lanjut..



Hahahaha
Quote BoongaKertas 10-8-2018 04:02 PM
shernazz replied at 10-8-2018 04:01 PM
Iols ejen kismis minda
Terapi as syifak
Pm iols.utk keterangan lanjut..

ah sudahlah chuols! dont want to talk to u!
Quote bazarayamy 10-8-2018 04:02 PM
kesian nya... tak mengenang budi
Quote shernazz 10-8-2018 04:06 PM
BoongaKertas replied at 10-8-2018 04:02 PM
ah sudahlah chuols! dont want to talk to u!


Ala uols..gurauan di petang hari..
Panas neh...berjelaga kulit iols neh...
Quote Mizlyn 10-8-2018 04:10 PM
laki bini mencuri... bagus mak lelaki tu x nak bersubahat
Quote leylapple 10-8-2018 04:20 PM
krustykrab replied at 10-8-2018 03:38 PM
madu ku beri tuba yg ku blas....anak angkat ni kdg ikut nasib, kalau dpt keturunan baik2, baik lah d ...

betul tu...

tapi depend lagi dgn perangai family yang jaga... kalau asyik keluarkan kata2 yang tak elok pun mempengaruhi perangai anak2 yg dijaga tu jugak..

iols kenal ada sorang yg ambik anak angkat yang tak sah taraf..besar sikit budak tu asyik kena ungkit hal budak tu tak berbapa...last2 ikut jejak mak kandung ngandung anak luar nikah..dicerca lagi anak itu..sedangkan yang doakan dia hari2 dgn kata2 nista ikut jejak mak kandung tu pun mak angkat jugak...

dulu masa nak jaga bukan kemain kata nak jaga macam anak sendiri...dah dapat mcm2 pulak dideranya budak tu fizikal dan mental

Lihat semua komen(44)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.094171s Gzip On
To Top