Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Etnik Hui Di China Bantah Masjid Besar Weizhou Diruntuhkan

10-8-2018 04:58 PM |Dilihat:509| Komen: 0
Berikutan dikatakan dibina tanpa pelan pembinaan dan permit yang diluluskan, Masjid Besar Weizhou di China yang telah siap dibina sejak tahun lalu telah diarah diruntuhkan.

Memetik laporan Harian Metro, tindakan pihak berkuasa daerah Tongxin itu menerima bantahan umat Islam tempatan khususnya dari etnik Hui.

Kredit foto: Harian Metro

Akibatnya kerajaan tempatan terpaksa tidak meneruskan operasi meruntuhkan masjid itu bagi mengelakkan ketegangan berlaku.

Difahamkan, masjid tersebut turut dikatakan melanggar syarat pembinaan iaitu menerima dana pembinaan dari pelabur luar. 

Bagaimanapun, umat Islam di daerah itu mempertikaikan kenapa pihak berkuasa sebelum ini tidak menghalang pembinaan masjid terbabit yang mengambil masa dua tahun untuk disiapkan, jika permit dan pelan pembinaan tidak diluluskan.

Sehubungan itu, pemimpin China dilaporkan berjanji tidak akan meruntuhkan masjid itu sehingga pelan pembinaan semula diluluskan kerajaan setempat.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 0
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043814s Gzip On
To Top