Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Kes Kematian Menantu Zahid: Doktor Tertuduh Dibebaskan Mahkamah

10-8-2018 03:38 PM |Dilihat:2145| Komen: 32
Perkembangan terbaru berhubung kes kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang juga menantu bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Seri Ahmad Zahid Hamidi, ketika mendapatkan rawatan gigi tiga tahun lalu.


Kredit foto: www.malaysiastylonews.com

Memetik laporan Berita Harian, doktor Perbidanan dan Sakit Puan (O&G), Dr Ting Teck Chin yang dituduh terbunuh Datuk Syed Alman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini. 

Hakim Zaman Mohd Noor membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Dr Ting, 38, di akhir kes pendakwaan.

Menurutnya terdapat percanggahan keterangan antara pakar bius dan pakar autopsi berhubung kematian Syed Alman.

Pakar bius mengatakan kematian disebabkan wujud serangan jantung (cardiac arrest) berikutan penggunaan lebihan bius (over sedation)."

Pakar autopsi pula berpendapat kematian Syed Alman adalah disebabkan alahan dengan ubat bius. Beliau juga berkata ini adalah jarang berlaku dan mungkin satu dalam sejuta. Bagaimanapun kemungkinan tetap ada, katanya.

Dr Teck Chin yang diwakili peguam K Devkumar, didakwa menyebabkan kematian Syed Alman Zain di Pusat Pakar Pergigian Imperial, Lot 62 & 64, Jalan Telawi, Bangsar Baru, Brickfields, antara 6 petang dan 9.05 malam, 1 Jun 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.- CARI





Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 32
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 12-8-2018 12:38 PM
abangadek replied at 12-8-2018 09:56 AM
iols malas nk stalk ig dia lagi.. haritu je baca sepintas lalu katanya tak adil

ok kaka..

Lain-lain Komen

Quote EvieWanKenobi 10-8-2018 12:15 PM
semoga Kak Long redha menerima keputusan..
Quote opie5662 10-8-2018 04:22 PM
Harap nurul zahid jgn la meroyan dgn keputusan ni...g je la kepit laki baru ngan madu uols tu...
Quote shamsadis 10-8-2018 04:25 PM
so, kalau kita nanti nak cabut gigi mati pulak macam manakah pembelaah kepada diri kita nanti
Quote AɳՓv 10-8-2018 04:31 PM
Doktor Cina sepet baik
Quote Duta lover 10-8-2018 04:53 PM
X paham. Doktor gigi ke doktor ong ni
Quote nuralisa 10-8-2018 04:59 PM
Duta lover replied at 10-8-2018 04:53 PM
X paham. Doktor gigi ke doktor ong ni

doktor pakar bius kot ..
Quote munchkin 10-8-2018 05:07 PM
Sue for malpractice. Revoke his licence
Quote abangadek 10-8-2018 05:10 PM
dah start royan kan kt ig
Quote watie79 10-8-2018 05:14 PM
abangadek replied at 10-8-2018 05:10 PM
dah start royan kan kt ig

oh dah start meroyan dah ? maklumlah takder modal sejak takder kuasa nih
Quote LautBiru52 10-8-2018 10:03 PM
Tak paham. Kenapa gynae yg bius? Ape kaitan o&g dengan gigi?
Quote dodolgemokgila 10-8-2018 11:57 PM
Kemungkinan terkena anaphylaxis shock, Dan mmg sangat jarang utk org ada alahan dgan ubat bius tetapi tetap ada kemungkinannya. Yg buatkan kematian mungkin disebabkan tiada peralatan dan ubatan yg cukup utk tangani shock ini dan kesalahan ini terletak pada bahu pemilik klinik, bukan doktor yg berikan bius tersebut sebabnya pesakit sendiri dah declare sebelum rawatan bahawa dia tiada alahan utk apa2 jenis ubat termasuk ubat bius. Dari sini je dah terlepas beban kesalahan ke atas doktor bius tersebut. Tpi kena ingat, masih terdapat beberapa caj tuduhan lgi yg dikenakan terhadap pemilik klinik(bukan doktor bius tersebut). So kira x habis lgi lah kes ini.
Quote dodolgemokgila 10-8-2018 11:59 PM
Duta lover replied at 10-8-2018 04:53 PM
X paham. Doktor gigi ke doktor ong ni

Doktor bius bagai bius, doktor gigi buat pembedahan lepas pesakit dibius. Yg terlepas hukuman ini adalah doktor bius.
Quote dodolgemokgila 10-8-2018 11:59 PM
munchkin replied at 10-8-2018 05:07 PM
Sue for malpractice. Revoke his licence

Malpractice? Apa yg malpractice nya? Baca penerangan dodol di bawah yah.
Quote dodolgemokgila 11-8-2018 12:02 AM
Edited by dodolgemokgila at 11-8-2018 12:39 AM
LautBiru52 replied at 10-8-2018 10:03 PM
Tak paham. Kenapa gynae yg bius? Ape kaitan o&g dengan gigi?


Dia bagi bius General anaesthesia yakni bius tidur/separa(maybe nitrous oxide) so that dentist boleh operate ke atas pesakit tersebut dgan lebih mudah. Malangnya pesakit ada alahan terhadap ubat bius tersebut(spt findings yg didapati drpd autopsy mangsa) dan alahan ini sangat rare dan pesakit sendiri pon xtau dia ada alahan tersebut dan dia pon dah declare dia xde sebarang alahan. So doktor bius tu tak bersalah atas hal ni sbb dia xtau pesakit ada alahan as declared in paper by the victim himselfm
Quote munchkin 11-8-2018 12:18 AM
Edited by munchkin at 11-8-2018 12:19 AM
dodolgemokgila replied at 10-8-2018 11:59 PM
Malpractice? Apa yg malpractice nya? Baca penerangan dodol di bawah yah.


Tq dodol for the explanation.

Tapi dia sebagai o&g boleh "rawat" pesakit gun anestesia ke? Bukan pakar anestesia tu sendiri yg kena buat? Mana boleh o&g or pakar sakit kulit bagi general anestesia pada pesakit
Quote dodolgemokgila 11-8-2018 12:37 AM
Edited by dodolgemokgila at 11-8-2018 12:51 AM
munchkin replied at 11-8-2018 12:18 AM
Tq dodol for the explanation.

Tapi dia sebagai o&g boleh "rawat" pesakit gun anestesia ke? B ...


Kalau setakat nitrous oxide sedation, even dentist pon boleh bagi kalau ada proper training dan equipment dan most probably obgyn ni bagi nitrous oxide sedation sbb kalau bagi full anaesthesia, perlukan ubatan dan peralatan yg mahal utk pastikan safety Pesakit, dan semestinya memerlukan doktor pakar bius dan semua ni mengambil kos yg sgat tinggi. So high probability dia bagi nitrous oxide jah which is considered as weak general anaesthesia Dan Pesakit masih sedar dan responsive dan tahap oxygen Pesakit juga sentiasa dikawal selia utk pastikan tak overdose.

Utk kes ni dodol rasa berlaku anaphylaxis shock iaitu alahan yg teruk yg mengambil masa 30minit jah utk pesakit drpd keadaan normal kpd mati. Kalau xde proper ubatan dan peralatan utk menghadapi kes ni, mmg susah pesakit nak diselamatkan dgan kadar segera.
Quote munchkin 11-8-2018 12:39 AM
dodolgemokgila replied at 11-8-2018 12:37 AM
Kalau setakat nitrous oxide sedation, even dentist pon boleh bagi kalau ada proper training dan eq ...

Oh nitrous oxide. Tapi kan pakar bidan tu ada latihan ke nak administer nitrous ocide tu. Kalau dentist tu paham lah. Klinik dental ada nitrous oxide (ada pengalaman ada ilmu).

Obgyn ada ke guna nitrous oxide?
Quote dodolgemokgila 11-8-2018 12:45 AM
munchkin replied at 11-8-2018 12:39 AM
Oh nitrous oxide. Tapi kan pakar bidan tu ada latihan ke nak administer nitrous ocide tu. Kalau de ...

Tak pasti lah sis tapi kalau ikut Bolam test yg dibuat oleh medical Council, didapati obgyn tersebut tiada kesalahan drpd sudut practise nya dlm memberikan bius tersebut, dan kalau ikutkan itu, bermakna obgyn tersebut mmg layak utk beri bius tersebut dan dia telah ikut prosedur sop yg betul sbb tu lah dalam mahkamah xdpt membuktikan beban kesalahan oleh obgyn tersebut lantas terlepas drpd hukuman. Tpi pemilik klinik(dentist)tersebut masih ada beberapa cas tuduhan lgi yg dikenakan.
Quote munchkin 11-8-2018 12:48 AM
dodolgemokgila replied at 11-8-2018 12:45 AM
Tak pasti lah sis tapi kalau ikut Bolam test yg dibuat oleh medical Council, didapati obgyn terseb ...

Tq dodol. Panjang dodol tulis. Tq sudi luangkan masa utk explain.

Ada sebab lab dia dibebaskan. Cuma heran pakar bidan administer nitrous oxide tu. Bukan GA or dentist tu sendiri

Lihat semua komen(32)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.050822s Gzip On
To Top