Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Konon Terapi Kanak-kanak, Tapi Kenapa Kuda Pula Jadi Mangsa!

10-8-2018 04:45 PM|Oleh: Suzy | Dilihat: 1017| Komen: 12


Di United Kingdom, orang ramai mula melakukan kempen membantah aktiviti menconteng kuda padi yang kini semakin popular di kalangan kanak-kanak. 

Antara lukisan yang mereka lakarkan pada tubuh kuda padi ini adalah mengecap tangan mereka dan melukis bentuk-bentuk bintang serta bentuk hati menggunakan cat kapur.  


Foto: Mirror UK

Bagaimanapun, pihak yang menganjurkan aktiviti tersebut mendakwa ianya tidak memudaratkan kuda dan melukis merupakan salah satu  terapi serta dalam masa sama membantu kanak-kanak kurang upaya dengan menunggang kuda itu.  


Tetapi, tidak semua orang gembira dengan idea itu.

Ketika para pembantah bersiap sedia untuk berkempen mengenai keburukan yang mereka gambarkan sebagai 'trend yang membimbangkan' ini, kumpulan hak asasi manusia, Ethical Treatment of Animals, atau PETA UK, mengatakan ibu bapa perlu diingatkan bahawa kuda bukanlah alat permainan untuk berparti.



Sophie Tomlinson dari Altrincham, Cheshire, melancarkan petisyen menerusi laman change.org yang kini telah melepasi sasaran 7,500 tandatangan dalam masa tiga hari dan sedang meningkat naik sehingga 10,000 tandatangan, lapor Manchester Evening News.

Menurut Sophie, pesta melukis di tubuh kuda ini adalah trend yang agak menjelikkan.

"Pesta lukisan Pony adalah satu trend yang membimbangkan di seluruh UK.

"Bayangkan anda terikat di tengah-tengah tawa riang manusia, disentuh kemudian mendapati ada orang yang tidak dikenali menconteng rambut anda. Adakah anda ingin mengalaminya?" katanya seperti dipetik Mirror.


Foto: Mirror UK

Petisyen Sophie disambut baik oleh rakan pembantah lain iaitu Joe Callister yang berkongsi foto parti tersebut. Muat naik Joe telah dikongsikan beratus-ratus kali dan menerima hampir 2,000 komen serta majoritinya bersetuju dengan pendapat bahawa aktiviti tersebut menjelikkan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
3
Lawak
3
Bosan
2
Komen: 12
Komen

Previous : Terlalu Panjang Dan Kadang-Kadang Tiada Makna, Nama Anak-Anak Kini Tidak Menepati Panduan Islam?

Next       : Satu Keluarga Jadi Mangsa, Lelaki Kongsi Detik Cemas Diserang Memerang Gila

Komen Terbaru

Quote nobrightside 13-8-2018 09:34 AM
Yg love2 tu comel. Meati kuda tu pon happy. Macam cutie mark my little ponies hahaha. Yg lain tu dh kenapa conteng je. Murung kuda tu nnt

Lain-lain Komen

Quote matkpop 10-8-2018 04:48 PM
comel plak yang love bebanyak tu
Quote munchkin 10-8-2018 05:04 PM
Bongok...kenapa tak cap cat kat tubuh mak pak sendiri
Quote Artemesiaa 10-8-2018 05:07 PM
Sian kuda jadi mangsa
Quote aechae 10-8-2018 07:12 PM
Contenglah dinding bangunan terbiar ke...g conteng binatang plak
Quote Foxey 10-8-2018 08:19 PM
Kesian plak tgk kuda tu. Tak pasal2 badan dia berconteng. Yang kaler putih tu, boleh ke tanggal colouring yg digunakan eh?
Quote dani-rox 10-8-2018 08:43 PM
sedih jah muka kuda tuh. mujur guna kapur.
keldai kat zoo cairo lg sadis, dicat terus utk menyamar zebra

Quote nbtech78 10-8-2018 08:45 PM
mcm2....dah habis benda nak conteng kot
Quote LautBiru52 10-8-2018 09:48 PM
Tak ade ke terapi cara lain. Kesian tengok kuda tu
Quote JohnnySins 10-8-2018 09:59 PM
manusia lebih sayang binatang daripada manusia sendiri...wakakakakakakaka
Quote nobito 11-8-2018 12:24 AM
Untuk menyara makan minum Kuda tu kottt
Quote kakaro940 11-8-2018 01:01 PM
ya allah kesian binatang yg x bdosa..dunia ni hancur disebabkan perbuatan manusia tu sdri..
Quote nobrightside 13-8-2018 09:34 AM
Yg love2 tu comel. Meati kuda tu pon happy. Macam cutie mark my little ponies hahaha. Yg lain tu dh kenapa conteng je. Murung kuda tu nnt

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.053638s Gzip On
    To Top