Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Keluarkan Pistol Di Khalayak, Pemabuk Warga Emas Ditahan Polis

10-8-2018 12:03 PM |Dilihat:276| Komen: 2

Seorang lelaki warga emas ditahan polis berikutan mengeluarkan pistol dalam keadaan mabuk di pusat beli-belah Centre Point, Bandar Utama semalam.

Kredit foto: carian internet

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian yang berlaku kira-kira 6 petang itu mencetuskan keadaan panik di kalangan pengunjung di pusat beli-belah berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, siasatan mendapati suspek dikatakan bergaduh dengan rakannya yang datang bersama di dalam sebuah restoran yang berada di tingkat satu.

"Ketika bertengkar, suspek yang mabuk telah terjatuh dan terhantuk pada bucu meja makan menyebabkannya cedera di kepala."

"Pemilik restoran yang melihat keadaan lelaki itu kemudian menghubungi ambulans dan setelah pasukan paramedik selesai memberi rawatan, suspek didapati tiba-tiba mengeluarkan sepucuk pistol semi-automatik untuk mencari rakannya."

Tambah Mohd Zani, suspek mempunyai permit membawa dan mengguna pistol berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah menggunakan senjata api.

"Suspek kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan dialami sebelum dreman."

Tegas Mohd Zani, tiada sebarang kejadian tembak menembak berlaku sebagaimana yang ditularkan di media sosial.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 2
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote fox. 10-8-2018 12:13 PM
Mambang mabok minum brandi

Lain-lain Komen

Quote saviour_09 10-8-2018 11:55 AM
gila mabuk bawak loaded gun merata2
bangang ni patut tarik balik lesen laaa
Quote fox. 10-8-2018 12:13 PM
Mambang mabok minum brandi

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.046303s Gzip On
To Top