Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Anak Ketagih Vaping, Tom Cruise Bingung

10-8-2018 04:22 PM|Oleh: Sang Pencinta| Komen: 16

Bercakap tentang anak-anak pelakon terkenal Tom Cruise, umum hanya mengenal Suri Cruise, 12 tahun iaitu anak kandung hasil perkahwinan ketiganya dengan pelakon Katie Holmes. 

Sebenarnya Tom Cruise juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Isabella dan Connor Anthony yang mula dipeliharanya ketika perkahwinan keduanya dengan pelakon Nicole Kidman. Isabella dan Connor kini masing-masing sudah berumur 25 dan 23 tahun.

Kredit Foto: SfarifiC
Walaupun dibesarkan dalam keadaan yang serba mewah, Connor sejak remaja mula menjauhkan diri daripada ayahnya dan lebih suka melakukan kerja-kerja sendiri yang tidak melibatkan dunia glamour Hollywood. 

Connor pernah memulakan karier sebagai DJ hasil galakan ayahnya tetapi akhirnya menyedari dunia seni bukan minatnya. Beliau kini bekerja sebagai kelasi di sebuah kapal dinamakan 2 Shea Charters yang beroperasi di perairan Clearwater, Florida.

Kredit Foto: RadarOnline
Oleh kerana hidup berasingan dengan ayahnya dan bergaul dengan golongan buruh, Connor mula berjinak-jinak dengan hobi barunya rokok elektrik (vaping). 

Ini sangat membimbangkan Tom Cruise kerana sebagai pengamal agama Scientology, sebarang bentuk ketagihan adalah sangat berdosa. 

Tom cuba mempengaruhi Connor untuk berhenti dan mencadangkan Connor mengikuti program detoks kelolaan Scientology menggunakan Narconan . Walaupun diagung-agungkan oleh pengamal Scientology, Narkonan tidak diiktiraf oleh pengamal perubatan.

Sumber RadarOnline memberitahu Connor menolak permintaan ayahnya itu dan mendakwa 'pengikut Scientology sendiri ramai yang merokok'.

Kredit Foto: The Indian Express
Nampaknya Tom Cruise terpaksa mencuba cara lain untuk merapatkan hubungan mereka yang sangat mesra suatu ketika dulu. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
6
Marah
2
Terkejut
6
Sedih
1
Lawak
3
Bosan
6
Komen: 16
Komen

Previous : Kantoi Curang! Kourtney Kardashian Putus Dengan Teman Lelaki Muda

Next       : Hubungan Angelina Jolie Dan Brad Pitt Berantakan, Jennifer Aniston Gembira!

Komen Terbaru

Quote CupuCupu 18-9-2018 11:02 PM
Tom cruise ni hensem..sm level ngan brad pitt.

Lain-lain Komen

Quote Spicymami 10-8-2018 05:09 PM
Mase kawin ngn nicole kidman berhiye la dorg angkut anak angkat dua org ni kehulu kehilir, lepas bercerai mcm sampah je dipinggirkan. Ambil anak angkat utk publisiti je.

Kesian tgok.
Quote Sang_Pencinta 10-8-2018 05:23 PM
Ikut cerita Nicole Kidman ni dihalang Tom Cruise untuk hubungi anaknya kerana Nicole keluar Scientology
Quote borrow 10-8-2018 07:34 PM
Spicymami replied at 10-8-2018 05:09 PM
Mase kawin ngn nicole kidman berhiye la dorg angkut anak angkat dua org ni kehulu kehilir, lepas ber ...

Ai baca.


Agama scientology. If keluar ajaran di label "suppressive person (SP)" . Pengikut scientology dihalang utk contact SP. Pas cerai ngan Tom Cruise , Nicole dilebel " SP" n x dpt jumpa anak2 lg.


Katie holmes juga dilabel SP.  Katanya now dh hampir 4 tahun Tom Cruise tak gi  jumpa Suri.


Quote borrow 10-8-2018 07:35 PM
Connor if gi gym , makeover ,  mesti hensem. Feature muka lawa .
Quote EvieWanKenobi 11-8-2018 02:46 PM
baru tau kisah anak angkat mereka..
Quote dani-rox 11-8-2018 10:26 PM
kalo ko patah balik, masuk program pemulihan whatever scientology, belum tentu ko dpt keluar. tengok siri leah remini dan dangerous persuasion dah cukup menggerunkan psl organisasi tuh.
Quote Orix 12-8-2018 06:41 PM
Iols ada soklan bimbo, vape ni sama ke dia punya feel dgan smoking cigarettes chuols??
Quote nobrightside 13-8-2018 09:36 AM
Kesiannya tom cruise ni. Sejak dgn scientology semakin mengarut
Quote mieymiey 13-8-2018 11:33 AM
Iols ingatkan Suri yang ketagih vaping
Quote MsKoreanfanatic 16-8-2018 01:21 PM
ensem Connor ni.. bambam la skrg ni..
Quote im_cyclist 19-8-2018 10:56 AM
Spicymami replied at 10-8-2018 05:09 PM
Mase kawin ngn nicole kidman berhiye la dorg angkut anak angkat dua org ni kehulu kehilir, lepas ber ...

Kan.. Lps tu amalkn x hape2 ikutan. Ank angkt jd  mangsa
Quote tupperwarepink 24-8-2018 10:49 AM
kesian anak2 angkat jadi mangsa pasal agama bebukan TC ni
Quote BoLapciOus 12-9-2018 06:43 PM
Atleast dia still concern sal connor..ke sbb acik2 bwg scientology dok mengata dia xpndai jaga anak?
Quote lasagna 14-9-2018 10:19 AM
mieymiey replied at 13-8-2018 11:33 AM
Iols ingatkan Suri yang ketagih vaping

Haaa kan!! Iols pun igt tak kn ler si Suri, ghopenya anak angkat dgn ex nicole kidman dlu...
Suspen jerk.
Quote lasagna 14-9-2018 10:19 AM
mieymiey replied at 13-8-2018 11:33 AM
Iols ingatkan Suri yang ketagih vaping

Haaa kan!! Iols pun igt tak kn ler si Suri, ghopenya anak angkat dgn ex nicole kidman dlu...
Suspen!!
Quote CupuCupu 18-9-2018 11:02 PM
Tom cruise ni hensem..sm level ngan brad pitt.

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.048149s Gzip On
To Top