Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Hipokrasi Trump: Ibu Bapa Melania Dapat Kerakyatan AS Melalui Sistem Yang Diselarnya

Oleh: Sang Pencinta|10-8-2018 05:53 PM Komen: 4
Selama ini, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menentang keras sistem imigrasi yang dipanggilnya 'chain migration' di mana ahli keluarga pendatang yang mendapat kerakyatan Amerika terlebih dahulu akan 'menaja' ahli keluarga mereka untuk datang ke AS dan akhirnya turut mendapat taraf kerakyatan. 

Dalam manifesto politiknya, Trump bercadang untuk mengehad atau menamatkan sistem ini yang menurutnya akan membawa banyak pendatang asing yang cenderung melakukan keganasan dan jenayah di AS. 

Menerusi Twitternya, Trump juga kerap menyelar sistem 'chain migration' ini.


Kredit Foto: Twitter

Tapi, ternyata janji-janji Trump ini cuma retorik semata-mata. Buktinya, hari ini media tempatan melaporkan ibu bapa Melania Trump, Viktor dan Amalija Knavsyang yang berasal dari Slovenia telah diberikan kerakyatan melalui sistem 'chain migration' itu. 

Melania dikatakan telah menaja kerakyatan ibu bapanya, melalui sistem sama yang diselar Trump selama ini.


Kredit Foto: New York Post

Dua syarat utama kerakyatan melalui sistem ini adalah mendapat 'kad hijau' terlebih dahulu dan pernah tinggal sekurang-kurangnya lima  tahun di AS. 

Ketika ditanya tentang syarat kad berkenaan, peguam Melania, Michael Wildes mengesahkan mereka telah mendapatkannya terlebih dahulu. Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai syarat pernah tinggal sekurang-kurangnya lima tahun itu, peguam terbabit enggan mengulas.


Kredit Foto: Elle.com

Anehnya, Trump juga berdiam diri di Twitter apabila ditanya mengenai isu kerakyatan ibu bapa mentuanya itu. Apakah Trump juga berpendapat 'manifesto bukan Bible'? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
1
Terkejut
7
Sedih
1
Lawak
3
Bosan
3
Komen: 4
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ntahapapantah 25-9-2018 09:43 PM
Nampak tak betapa besarnya pengaruh kerajaan PH. Sampai ke US. Tabik la.

Lain-lain Komen

Quote Spicymami 10-8-2018 06:15 PM
Bawak mak bapak masuk dgn bawak sekampung masuk jauh beza rasanya. Lepas sekampung tu masuk setiap sorg bawak berkampung kampung masuk lagi. Thats how they abuse the system. Got it?

Quote dani-rox 10-8-2018 09:04 PM
konsep anchor baby pun sama kan, makpak illegal immigrant tp kalau anak lahir kat US terus dpt citizenship.
Quote supikan 25-9-2018 09:33 PM
System abused!
Quote ntahapapantah 25-9-2018 09:43 PM
Nampak tak betapa besarnya pengaruh kerajaan PH. Sampai ke US. Tabik la.

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.102759s Gzip On
To Top