Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Kapal 'Equanimity' Selamat Tiba, Kerajaan Tanggung Kos Selenggara RM3 Juta

8-8-2018 10:12 AM |Dilihat:315| Komen: 1
Seperti mana yang dilaporkan sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menzahirkan penghargaan beliau kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) atas bantuan beliau untuk mengembalikan kapal 'Equanimity' kepada Kerajaan Malaysia.

Memetik laporan Astro Awani, akhirnya kapal persiaran mewah itu selamat tiba di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang sekitar jam 12.25 tengahari semalam.

Kapal yang dipercayai milik ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low itu tiba di negara kita setelah berlepas dari pelabuhan Batam malam Isnin lalu.

Kredit foto: carian internet

Sinar Harian melaporkan kos penyelenggaraan kapal tersebut dianggarkan berjumlah RM3 juta sebulan termasuk pembayaran gaji bulanan untuk 16 orang anak kapal dan seorang kapten kapal. 

Menurut salah seorang wakil peguam bagi pihak kerajaan, Jeremy Joseph, buat masa sekarang, semua kos penyelenggaraan kapal mewah itu akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. 

Siasatan berhubung pemilikan kapal mungkin ambil masa dalam enam ke sembilan bulan tapi mungkin lebih awal juga."

Selain dari pemilikan, kita juga bincangkan penyelenggaraan kapal. Agak mahal untuk selenggara kapal itu. Untuk masa sekarang, kerajaan yang akan selenggara."

Kredit foto: carian internet

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan dalam The Equanimity bersama pasukan khas Jabatan Peguam Negara semalam.

Kapal mewah itu dianggarkan bernilai RM1 bilion dan dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
4
Lawak
6
Bosan
3
Komen: 1
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 7-8-2018 11:59 AM
teringin nak tgk interior dlm kapal tu
katanya ada helipad, cineplex bagai

Lain-lain Komen

Quote cmf_premierleag 7-8-2018 11:59 AM
teringin nak tgk interior dlm kapal tu
katanya ada helipad, cineplex bagai

Lihat semua komen(1)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.094638s Gzip On
To Top