Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Cantik Dan Selesa! Ingatkan Kafe Mewah, Rupanya Kantin Sekolah Je

9-8-2018 11:10 AM|Oleh: Faizal | Dilihat: 1835| Komen: 19

Kantin adalah antara tempat yang menjadi tumpuan bagi sebuah sekolah. Kantinlah tempat untuk pelajar-pelajar dan guru-guru makan dan kadang kala kantin juga jadi tempat para pelajar untuk menjalankan aktiviti pembelajaran ataupun kokurikulum.


Jika diingat kembali, kantin setiap sekolah sekali pandang tiada bezanya. Bangunan terbuka yang memuatkan meja dan kerusi panjang untuk murid-murid makan, singki untuk membasuh tangan dan juga sebahagian bangunan tertutup untuk urusan memasak dan juga tempat makan cikgu-cikgu.

Tetapi, agak berbeza bagi kantin Sekolah Menengah Pasir Gudang ini. Sekali pandang macam tidak percaya bahawa ianya adalah sebuah kantin sekolah. Seolah-olah kafe ataupun restoran 'high class' yang biasa kita lihat.








Bila dah cantik tentu sahaja cabaran seterusnya ialah untuk mengekalkan tahap kebersihan dan deko yang cantik itu bersama-sama. Syabas dan taniah buat pemilik kantin serta warga sekolah ini kerana mampu mempertahankan.

Memetik maklum balas seorang bekas pekerja kantin ini, bahawa setelah bertahun kecantikan dan keindahan dekorasi kantin ini masih kekal terplihara.


Semoga dengan adanya kantin yang cantik seperti ini membuatkan semua pelajar lebih selesa untuk menjamu selera dan melakukan aktiviti. Dan ianya mungin boleh menjadi penanda aras bagi kantin-kantin sekolah lain di Malaysia ini. - CARI 

Kredit foto: SMK Pasir Gudang Via Pendidik2u

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
3
Bosan
5
Komen: 19
Komen

Previous : Ice Cafe, Terasa Seperti Di Kutub Utara. Jangan Sampai Menggigil Dibuatnya

Next       : Rare! Kesedapan Steamboat Coklat Hanya Di Cameron Highland

Komen Terbaru

Quote MsKoreanfanatic 15-8-2018 09:17 AM
bestnyer.. haha.. jgn leka tk masuk kelas ye adik2

Lain-lain Komen

Quote Lorra2411 9-8-2018 11:45 AM
wow, lawa. betul-betul macam kafe
Quote nisako 9-8-2018 11:53 AM
wah kelas tul ...
Quote mizruncing 9-8-2018 12:25 PM
perghh cantik n kemas! hope dikekalkan laa. kang blm hujung tahun da serupa jamban kt sekolah hrga mknn ok tak agak2 dh kantin mewah cenggitu
Quote aleesyasofia 9-8-2018 02:09 PM
kalo gini harus iols lepak kt kantin saje
Quote RatuDunia94 9-8-2018 02:12 PM
Cantiknya.. Kalau mcm ni rasa x berbaloi waktu rehat 30 minit je.. Rasa nak lepak sampi habis waktu sekolah.
Quote KucingKedai 9-8-2018 05:11 PM
Fuh.. macam ni la kantin sekolah. Nak buat event kat sekolah pon seronok~
Quote Foxey 9-8-2018 09:00 PM
Wowww... Menarik nya kantin. Mmg tak macam kantin sekolah biasa.
Quote EvieWanKenobi 9-8-2018 10:59 PM
cantiknya..
Quote syue86 10-8-2018 08:42 AM
xcukup 30 minit waktu rehat ha..hipster
Quote rynehanekoma 10-8-2018 11:20 AM
Banyak betul budget depa..
Quote saviour_09 10-8-2018 04:11 PM
kudos to tokey dia!
kalo gini sambung kontrak sampai bila2 pun takpe
as long as kebersihan & kualiti makanan tu jaga
Quote kroit92 10-8-2018 05:29 PM
bestnya kantin dia.. mesti makanan pun sedap

takde lagi dah nugget mahal gila, tapi keras macam batu, berminyak dan rasa macam goreng semalam
Quote evlinne 10-8-2018 07:40 PM
Laah ingat kat kay ell. Rupanya kat joho. Tempat yg orang duk kutuk2 jowo pun lagi cantik
Quote Aliaskotonggo 11-8-2018 08:49 AM
very nice cuma tang chendellier tu macam tak kena pulak
Quote Pink_Purple 12-8-2018 04:11 PM
hipster habis..

budak2 mmg suka
Quote holothurian 12-8-2018 06:03 PM
mewahnya kantinnnn,nk mkn mst seronok bebudak nie
Quote fishcracker 12-8-2018 07:42 PM
Ni baru betul cantik
Quote sapeka 13-8-2018 07:34 AM
cantiknya...
selesa betul
idea kreatif
nak makan pon berselera
Quote MsKoreanfanatic 15-8-2018 09:17 AM
bestnyer.. haha.. jgn leka tk masuk kelas ye adik2

Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043690s Gzip On
To Top