CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ustaz Dah Cakap Jangan Jual Beli Kucing, Sekarang Baru Nak Percaya?

1-8-2018 03:10 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10422| Komen: 60|Original author: Oleh: Azza

Description: Anda peminat kucing?Yang bulu kembang atau kucing kampung ja?Ramai yang menggelarkan diri mereka sebagai pecinta kucing, namun dalam masa sama memilih bulu. Hanya mahukan yang bulu kembang dan bersih ...


Anda peminat kucing?
Yang bulu kembang atau kucing kampung ja?

Ramai yang menggelarkan diri mereka sebagai pencinta kucing, namun dalam masa sama memilih bulu. Hanya mahukan yang bulu kembang dan bersih sahaja. Manakala kucing yang berkeliaran hanya dipandang sebelah mata. Lebih teruk disepak dan dianiayai pula.

Golongan ini sanggup membeli kucing baka mahal kononnya cintakan kucing. Biar pun telah diterangkan oleh Dr.Fathul Bahri bahawa Islam melarang jual beli kucing, namun ketika itu golongan ini membantah sekeras-kerasnya.

Kredit foto: Twitter

Ya, itu dulu. Kini ada individu dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menggerakkan kempen "Adopt, Don't Buy"

Kredit foto: Twitter

Menurut Hafiz, kucing jalanan boleh dijumpai di mana-mana. Namun ramai yang lebih berminat untuk membeli kucing mahal kerana mereka mampu, atau sebenarnya kerana menunjuk-nunjuk?


"Memang tak salah pun beli kucing, tapi  ..."




Hafiz menggalakkan sesiapa yang berkemampuan untuk mengambil kucing di pusat jagaan kucing terbiar.

Kredit foto: Twitter

Dan ini adalah jawapan pada soalan kenapa sanggup membeli kucing mahal.


Namun, ia dibangkang oleh segelintir oleh pihak yang merasakan ia sekadar alasan yang direka.
Kredit foto:  Carian Internet

Walau apapun alasan yang diberikan, tidak kira sama ada kucing import mahu pun kucing kampung, semuanya perlu dijaga kebajikan mereka. Bukan sekadar menyayangi mereka ketika cantik dan bersih sahaja. Apabila tua dan sudah tidak berdaya, dibiarkan merayau hingga hujung hayat mereka. Ambil tanggungjawab untuk menjaga mereka.

Jadi, anda pencinta kucing atau acah-acah sahaja? - CARI 
36

Bagus
39

Marah
44

Terkejut
38

Sedih
42

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (218 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 1-8-2018 03:33 PM
tak paham kenapa tak boleh jual/beli kucing..
Quote kroit92 1-8-2018 03:34 PM
kitorang dapat tucen baka mahal2, sebab tuan punya tuceng baka mahal beranak pinak tak larat jaga, dia bagi sape2 nak adopt lepas anak2 tucen tersebut putus susu

maka dapat la mangkuk seekor ni, comel gebu bukan main
tapi bodo
Quote matkpop 1-8-2018 04:03 PM
kucing stray kalau dijaga elok pun boleh jadi comel lote macam kucing import. bagi mat takda masalah pun kalau nak beli kucing, lagi2 kucing import. kalau dah mampu apa salahnya.

cuma nanti bila dah bela tak kira lah kucing import ke kucing local ke, bila kucing dah beranak pinak pahtu tak mampu nak jaga semua. hujung2 di buang nya kucing tu ke pasar. spesis owner gini memang mintak di rejam sampai mati.
Quote matkpop 1-8-2018 04:06 PM
kalau tak mampu nak jaga semua kucing tu, awal2 lah pegi neuter/spay kucing. tapi segelintir masy kita naik angin kalau issue mandulkan kucing dibangkitkan. konon nya kesian kucing pun ada nafsu jua.

ps: kucing tak ada nafsu.

#donemembebel
Quote MissVixen 1-8-2018 04:24 PM
Munchkin tu kita yang ubah ke. Pendek betulbkaki. Kalau tak dibela, mampu ke dia nak cari makan dan bergaduh dengan kaki pendek tu.
Quote BoLapciOus 1-8-2018 04:30 PM
betui...slalu dapat free je yg baka mahal2 ni..
Quote munchkin 1-8-2018 04:30 PM
Kucing stray ko bagi makan proper food spay neuter. Jadi comel nanti.

Area rumah kami ada bangang bingai pet owner beli kucing mahal pastu biarkan. Ada yg tinggalkan terus. Jahat. Nasib ada neighbours yg prihatin baik hati feed the cats.

kami adopt. Diet bagi royale canin (4 jenis).  Dah gemuk. Setiap kali nampak muka kami, berlakon cam belum makan. Padahalllll dah makan 10 minit yg lalu. Bila cakap sudah sudah dah gemuk dah tu. muka masam merajuk.  
Quote Spicymami 1-8-2018 04:31 PM
Ok la.. Ada sapa2 nk bg iols British short hair pure with certificate percuma???
Quote MsKathryn 1-8-2018 04:35 PM
Kucing kampung pn comel apa{:childlike
Quote awanearisu 1-8-2018 04:37 PM
Boleh beli, tak boleh jual. Sebab yang Rasulullah larang adalah penjualan

Sumber: IslamQA
Quote Foxey 1-8-2018 04:46 PM
Spicymami replied at 1-8-2018 04:31 PM
Ok la.. Ada sapa2 nk bg iols British short hair pure with certificate percuma???

i oso like british shorthair nih... muka bulatttt ya amatt...

tapi mahal laa kucen nih...
Quote fly_in_d_sky 1-8-2018 04:47 PM
i wish i could own a cat again tapi .... ala tak sampai 5 minit pasti bersin or hidung berair
kemudian semput .. haisss ...
used to own 12 - 15 persians ... kena let go ... ramai sangat
bila pergi ipoh ... layan kucing Opah Chu .. jadilah walaupun ermm lepas tu simptomnya keluar
kucing pemalu ... namanya Julie .. yang latest Tommy Boy .. maine coon mix local .. ekor pendek
Quote SweetShera 1-8-2018 04:52 PM
aku bela kucing yg org buang ja.

asal jumpa sakit berdarah aku jaga bagi mkn bwk ke vet sampai sihat
Quote Lagubestbest 1-8-2018 05:02 PM
Laman rumah I ada sekor garfield. Bulu kembang lah tapi tak nampak gebu sgt dah sebab terlebih panjang serabai kot, dan dia dah kurus. Tapi masih nampak besar banding kucing local. Dah setahun dah dok merayau. Jenis sekor dia je, memang tak kawan dengan stray cats lain.
Quote lyza2474 1-8-2018 05:23 PM
aritu dapat sekor orang bagi kucing siam  ...tapi sempat seminggu dah hilang , kerja dia tido  laki aku dah menyampah tgk kucing tu...  kat rumah mmg ada bela kucing tp kucing kg je..seronok aktif tak macam kucing mahall
Quote nishikido 1-8-2018 05:37 PM
Dekat rumah ada maine coon,dlh dengan kucing kampung..kucing ada baka tu kawan2 my mom bagi but kucing kampung tu datang sendiri..kucing mahal memang lah comel,gebu gebas and orang pon suka tapi pemalas, makan memilih.. maintenance banyak,kena sikat selalu and jaga bulu takut kutu.. sedangkan kucing kampung tu kitorg tak jaga sangat,dorang pandai jaga diri sendiri.kuku bersih,makan apa adanya,nasi dengan bilis pon jalan..nak poo poo pon pandai dekat pasir siap kambus habis lesap xnampak apa..hihi.kucing kampung ni kalau tetamu datang rumah semua bo layan padahal kucing kampung ni lah yg tangkap tikus,sampai xde langsung masalah tikus dekat rumah termasuk rumah jiran sekali.pernah jugak kucing ni meow bising2 cam nak gaduh rupanya ada ular nak masuk rumah kami..dulu my mom xsuka kucing kampung ni tapi sekarang dah gemok,and manja sangat,terus jadi kesayangan..I luv kucen kampung
Quote dubuk 1-8-2018 05:47 PM
kucing kampung lah best.. poket pun tak rabak..
Quote Shirley23 1-8-2018 09:27 PM
Kat spca pun banyak kucing yang sedia untuk di adopt. Comel, bersih & udah di mandul yang betina tu.
Quote Shirley23 1-8-2018 09:40 PM
nishikido replied at 1-8-2018 05:37 PM
Dekat rumah ada maine coon,dlh dengan kucing kampung..kucing ada baka tu kawan2 my mom bagi but kuci ...

Haaa kan uols. Kalau letak kucing kampung sebelah menyebelah dengan kucing baka mahal memang bagai langit dengan bumi. Tapi kalau dari segi kerajinan & sifat berdikari tu kucing kampung win.

Dulu makcik sebelah rumah nak bagi free jer kucing parsi dia kat iols, tapi iols tolak sebab fikir hal kos maintenance tu nanti. Rumah ni pun dah ada berbelas ekor kucing kampung + stray cats yang menumpang makan & tido. Hihi

Lihat semua komen(60)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-1-2022 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.508628 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top