Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Infozon Lihat artikel
Jul
31

Berkonsep Urban Sport, Isuzu Lancarkan X-Series Edisi Terhad

31-7-2018 05:33 PM | Dilihat: 403| Komen: 0

Isuzu Malaysia Sdn. Bhd. telah memperkenalkan edisi terhad mereka, Isuzu D-Max X-Series yang akan menarik perhatian mereka yang mencari trak pikap berkonsep urban sports. Pelancaran kenderaan itu dilancarkan oleh Ketua Pegawai Operasi bagi Kenderaan Komersial Ringan Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki. Majlis pelancaran ini telah diadakan di Drive Autofair 2018 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Peningkatan luaran utama termasuk skirting depan atletik dengan dwi tona pancaran warna merah yang memberikan penampilan lebih menarik. Skirting belakang sporty direka bersama dengan aero sport bars untuk meningkatkan lagi penampilan metropolitannya yang bertenaga.



Pakej aksesori luaran lain untuk versi edisi terhad ini termasuk logo Isuzu yang eksklusif berwarna merah di tailgate belakang kereta dengan lambang X-Series. Di bahagian hadapan, perubahan termasuk gril depan berwarna kelabu dengan logo Isuzu merah yang meningkatkan pesona sportynya.

Identiti penting untuk edisi terhad ini, Isuzu D-Max X-Series, adalah decal badannya yang tidak dapat dijumpai pada varian standard mereka yang lain. Reka bentuk jalur sporty telah ditambahkan ke permukaan bonetnya dan juga pada cermin hadapan.

Pemilik Isuzu D-Max X-Series ini akan dapat menikmati lampu aluan yang menjadi ciri standard untuk varian edisi terhad ini. Lampu aluan ini akan menyala apabila kunci kereta dibuka. Lampu sorot putih akan diaktifkan dan diunjurkan ke tanah selama 30 saat.


Isuzu D-Max X-Series juga menawarkan aksesori standard lanjutan termasuk ciri-ciri seperti sistem 360 Around View Monitor (AVM), tag elektronik dalam kereta dan tempat duduk kulit dengan jahitan bentuk sarang lebah. AVM adalah ciri baharu yang menggunakan empat kamera luaran agar memberikan pandangan keselamatan yang lebih tinggi. Kamera AVM ini membantu pemandu melihat objek di sekeliling kenderaan, terutamanya bagi kehadiran objek pendek yang mungkin tidak dapat dilihat dari tempat duduk pemandu.

Bagi tag elektronik dalam kereta, ciri ini berguna untuk pemandu membayar dan melepasi tol. Kad Touch N Go perlu dimasukkan ke dalam alat pembaca yang terletak di dalam tempat meletak tangan. Ia berfungsi seperti tag elektronik dalam kereta di mana skrin akan menunjukkan baki kad dan ia akan mengeluarkan bunyi amaran apabila baki kad adalah di bawah RM10.


Perubahan lain yang menonjol untuk edisi terhad ini adalah lampu LED dalaman berwarna merah dan illuminasi LED pada plat rocker. Fungsi ini meningkatkan rasa premium untuk pemandu dan penumpang. Lampu merah akan menyala secara automatik apabila pintu dibuka dan dikunci. Ia juga membantu meningkatkan penglihatan di dalam kabin semasa keadaan gelap.

Harga edisi terhad Isuzu D-Max X-Series ialah RM 118,000.00 untuk 2.5L dan RM 124,000.00 untuk 3.0L tanpa insurans (Semenanjung Malaysia). Ia boleh didapati dalam dua warna; Silky Pearl White dan Stallion Black Metallic. Setiap pembelian X-Series dilengkapi dengan pek premium yang terdiri daripada beg silang X-Series yang eksklusif, tumbler, rantai kekunci dan kad Touch N Go.


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pelbagai kenderaan Isuzu, sila hubungi 1-300-88-1133 atau lawati www.isuzu.net.my/pickup/.

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 0
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.038089s Gzip On
To Top