CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Insiden Triathlon PD, Syed Saddiq Arah Siasat

16-7-2018 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6279| Komen: 59

Description: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menubuhkan jawatankuasa siasatan berhubung insiden seorang peserta Port Dickson International Triathlon 2018 ditemui lemas, manakala seorang masih hilang di Port Dick ...
Insiden tidak diingini dilaporkan berlaku dalam penganjuran Port Dickson International Triathlon 2018 semalam di Avilion Admiral Cove, Port Dickson.

sumber : carian internet

Memetik laporan Bernama, seorang peserta tempatan, Tharm Wei Wong dari Pulau Pinang yang menyertai acara renang ditemui lemas selepas berenang sejauh 750 meter di Pantai Batu 5, kira-kira 8 pagi.

Manakala seorang lagi peserta dari Hong Kong yang bernama Yuen Chi Yuen dilaporkan hilang dipercayai lemas ketika acara renang bagi kategori ‘Olympic Distance Triathlon’ yang memerlukan peserta berenang, berbasikal dan berlari.

Difahamkan satu jawatankuasa siasatan akan ditubuhkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menyiasat sama ada penganjuran itu mendapat kebenaran KBS atau sebaliknya sebelum sebarang tindakan susulan.



sumber : carian internet

Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, program bertaraf antarabangsa anjuran Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) itu sepatutnya menekankan aspek keselamatan.

“Kita akan mengkaji secara keseluruhan berhubung penganjuran (acara) ini sama ada bercanggah dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 atau tidak."

“Buat masa kita masih menunggu laporan bedah siasat (mayat) sementara operasi mencari seorang lagi yang hilang diteruskan.” 

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika meninjau lokasi mencari dan menyelamat (SAR) di Pantai Batu 5, Port Dickson, semalam. 

Seramai 2,300 peserta dari 39 negara mengambil bahagian dalam sukan lasak itu yang berlangsung dua hari mulai Sabtu lalu.- CARI


3

Bagus
3

Marah
5

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 15-7-2018 03:42 PM
Rip apek..
Mmg penat kan triathlon neh..
Dgn cuaca lagi...
Quote asamfish 15-7-2018 04:04 PM
Mungkin heat stroke....
Quote chinta89 15-7-2018 04:11 PM
rip.....
Quote kisahkeaku 15-7-2018 04:16 PM
ni yg menteri sukan rembes suruh buat jk utk siasat kes ni.tp nak tny pd sape yg tau,masuk triathlon ni kena ada pengesahan doktor fit atau x ke?ke main masuk je camne?
Quote jofizo 15-7-2018 04:40 PM
Oooo yg nih peserta dari pulau pinang.  Sorg lg peserta dari taiwan masih lg hilang,  operasi mencari masih lg dijalankn
Quote matamata 15-7-2018 04:50 PM
kejang otot agaknya
Quote EvieWanKenobi 15-7-2018 05:28 PM
Menteri Sukan tak buat pc ka?
Quote blastoff 15-7-2018 05:36 PM
EvieWanKenobi replied at 15-7-2018 05:28 PM
Menteri Sukan tak buat pc ka?

Pi twitter .....semua di twitter hokeh bro yo yo.

Quote blastoff 15-7-2018 05:42 PM
Edited by blastoff at 15-7-2018 05:44 PM

Perlu ke wujudkan jawatan kuasa tak dan hapa nih ...bukan patutnya tunggu laporan dari forensik dan pihak polis dulu ke utk tahu kematian kerana pe sebenarnya ?

Jawatan kuasa perlukan duit le kan utk buat kerja sedangkan dah ada dah polis dan pakar forensik segala buat pa nak perabih duit plak.

Kalau ada yg tak kena setelah dapat laporan official la baru boleh di fikirkan utk wujudkan jawatan kuasa plak .

Jenuh ler setiap kematian nak wujudkan jawatan kuasa immediately .....habih bazir duit rakyat jadinya ler.





Quote insulin 15-7-2018 05:47 PM
Takziah...
Quote blastoff 15-7-2018 05:51 PM
Yg mat rempit mati berkojolan atas jlnraya sana sini, yg penagih heroin gam meth ice dikalangan remaja dok terlentok mcm zombie tu tak nak plak kalut buat jawatan kuasa oiii menteri twitter ? Tu lagi banyak jumlahnya yg mati , yg ni baru satu je dah tak dan dan nak buat .

Quote taikor 15-7-2018 06:12 PM
blastoff replied at 15-7-2018 05:51 PM
Yg mat rempit mati berkojolan atas jlnraya sana sini, yg penagih heroin gam meth ice dikalangan rema ...

Yg ni ade commercial value. Acara antarabangsa. Mat rempit, penagih dadah buat masalah sosial dan merugikan negara
Quote harkktuih 15-7-2018 06:16 PM
KAtanya sorg lagi peserta hong kong hilang dipercayai lemas gak kan?
Quote harkktuih 15-7-2018 06:18 PM
“Sudah beberapa tahun kami menyertai program ini, tidak sangka kali ini ada insiden yang mengejutkan,” kata seorang peserta Port Dickson International Triathlon (PDIT) 2018 dari Hong Kong yang mahu dikenali sebagai Hau, 40-an.

Hau berkata, dia tidak menyangka rakan senegaranya, Yuen Chi Yuen, 41, hilang dipercayai lemas di Pantai Batu 5, Port Dickson memandangkan rakannya itu seorang yang aktif dan lasak.

Katanya, Yuen dipercayai hilang ketika acara renang bagi kategori ‘Olympic Distance Triathlon’ yang memerlukan peserta berenang, berbasikal dan berlari.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/358084/peserta-triatlon-hong-kong-dikhuatiri-lemas
Quote totokreturn 15-7-2018 06:26 PM
Nasib baik bukan melayu... Kalau melayu kita... Ayuhh kita berdemo depan pejabat kerajaan negeri sembilan.....
Quote famri7 15-7-2018 06:33 PM
totokreturn replied at 15-7-2018 10:26 AM
Nasib baik bukan melayu... Kalau melayu kita... Ayuhh kita berdemo depan pejabat kerajaan negeri sem ...

Kalau nayyu trus salah lim guan eng dan ambiga.
Quote blastoff 15-7-2018 06:43 PM
Edited by blastoff at 15-7-2018 06:44 PM
taikor replied at 15-7-2018 06:12 PM
Yg ni ade commercial value. Acara antarabangsa. Mat rempit, penagih dadah buat masalah sosial dan  ...

Ye la kot kot boleh masuk muka terpampang kat reuters , dah kata international , boleh glamour tak terkira lah , tu yg top priority utk nampak buat kerja ...yg penagih mat rempit tu semua akhbar tempatan pun malas nak laporkan tu yg YB twitter pun ikut malas nak layan tu.

Quote Decaffeinated 15-7-2018 06:44 PM
Berenang dah mcm ikan pun boleh lemas. Kejang otot la ni. It happens.

Review emergency response penganjur. Kat situ yg kena improve.
Quote grouper 15-7-2018 06:55 PM
Mcm mana org safety yg jaga situ x perasan ada masalah time acara renang ni, bukan sorg tapi dua.. x cukup org ke mmg ada keadaan luar jangka

Lihat semua komen(59)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

13-8-2022 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.073508 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top