Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Jururawat Racun 20 Pesakit Untuk Percepat Kematian

11-7-2018 05:44 PM |Dilihat:1153| Komen: 10
Seorang jururawat di Jepun ditangkap kerana disyaki meracun hingga 20 pesakit supaya mereka meninggal dunia di luar waktu dia bertugas, lapor Mail Online.

Ayumi Kuboki, 31, didakwa meracun kesemua pesakit warga emas terbabit dengan menyuntik cairan antiseptik ke dalam titisan intravena (IV Drip) mereka di Hospital Oguchi pada 2016.




Ketika disoal siasat, Ayumi memberitahu polis bahawa dia hanya mempercepatkan kematian mereka supaya mereka meninggal dunia ketika jururawat lain bertugas.

Difahamkan, dia juga melakukannya kerana tidak mahu menyampaikan berita kematian itu kepada keluarga pesakit, lapor akhbar tempatan Asahi Shimbun.

Menurut laporan, jururawat di hospital berkenaan bertanggungjawab untuk menyampaikan berita kepada keluarga jika pesakit meninggal dunia ketika mereka bertugas.

"Tanggungjawab itu menyusahkan saya saja," katanya.

Polis melancarkan siasatan selepas seorang jururawat melihat terdapat buih di dalam beg titisan IV pesakit berusia 88 tahun, Nobuo Yamaki selepas dia meninggal dunia pada September 2016. Kandungan buih di dalam beg titisan IV bermaksud ia mungkin telah diganggu.

Pemeriksaan doktor mendapati kandungan cairan antiseptik yang pekat dalam darah Yamaki membuktikan kematiannya berpunca akibat diracun dan perkara sama berlaku kepada tiga lagi pesakit warga emas.


Foto: Mail Online

Apabila disiasat, polis menemui antiseptik di dalam uniform yang dipakai Ayumi. Sebaik ditahan, Ayumi mengakui dia membunuh 20 pesakit, tetapi mendakwa dia hanya mensasarkan pesakit yang tenat saja.

Polis, bagaimanapun meraguinya kerana ada di antara mangsa yang tidak tenat.

Ayumi berhenti kerja di hospital berkenaan sejurus sebelum dia disoal siasat pada Jun lalu dan ditahan pada 7 Julai. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
6
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 10
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Heol 14-7-2018 03:12 AM
shocking news

Lain-lain Komen

Quote moonbug 11-7-2018 05:49 PM
Nurse pun mental
Quote airmineral 11-7-2018 06:16 PM
Keje dia buat dia jadi mental
Camtu ke?{:thief
Quote Levespa 11-7-2018 06:38 PM
banyak dah kes sama mcm ni
Quote milo_888 11-7-2018 07:04 PM
Kadang2 dorang yg nk mati suruh nurse buat.. sbb dh tua tak ada keluarga... hidup pun tak guna..
Quote GigaMom 11-7-2018 07:53 PM
Siapapun bpotensi jadi pembunuh zaman ni...
Quote EvieWanKenobi 11-7-2018 09:43 PM
kalau dah pemalas sangat,
berhenti lah kerja..

menyusahkan orang aje..
Quote xtahumenahu 11-7-2018 09:54 PM
Da macam horror movie lak
Quote Nana_Man 11-7-2018 11:09 PM
Ni mesti dpt idea kat internet ni.. i tau ada similar cases kat tmpt lain.
Quote LautBiru52 12-7-2018 06:44 AM
Dah tau hati tisu buat ape la jd nurse. Kan dah susah nk berdepan dgn family pesakit. Tapi ni alasan je kot. Sendiri mental lg nak kasi alasan
Quote Heol 14-7-2018 03:12 AM
shocking news

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.093245s Gzip On
To Top