Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

PH Masih Belum Tunai 10 Janji 100 Hari - Naib Ketua Pemuda UMNO

11-7-2018 03:17 PM |Dilihat:1263| Komen: 34
"Hari ini (Selasa), genap dua bulan sejak Pakatan Harapan (PH) memegang 
tampuk pentadbiran kerajaan. Bermakna, kurang 40 hari untuk mereka 
menunaikan 10 janji 100 hari mereka."

Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata demikian ketika mengulas mengenai 10 janji 100 hari PH.

Menerusi Facebooknya, Shahril mendakwa sehingga hari ini, hampir kesemua janji berkenaan masih belum ditunaikan, tidak dilaksana atau ditangguhkan dengan memberikan beberapa alasan seperti penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN.


Foto: shahrilhamdan.com

"Peminjam yang disenarai hitam sebelum ini telah dibebaskan dari sekatan perjalanan, namun penangguhan bayaran sehingga gaji RM4,000 tidak dapat dilaksanakan atas alasan kedudukan kewangan negara," ujarnya.

Menurutnya, penghapusan cukai GST masih belum terlaksana dengan hanya dikadar sifarkan dan tidak memberi kesan kepada penurunan harga barangan.

"Janji menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar juga belum dilaksanakan, sebaliknya kembali kepada subsidi pukal yang memberi lebih banyak kelebihan kepada golongan berpendapatan tinggi berbanding golongan yang memerlukan," katanya.

Shahril juga mengulas mengenai projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing.

"Tiada hasil kajian secara lanjut dibentangkan untuk apa-apa projek mega, sebaliknya kos pembinaan ECRL naik dari RM55 bilion kepada lebih RM80 bilion di bawah pentadbiran PH," ujarnya. - CARI


Loading FB Post...

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 34
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote sidewinder 12-7-2018 05:21 AM
setakat ni tak der lagi menteri2 PH yg kata sapa tak puas hati sbb janji tak tertunai lagi soh keluar dr Malaysia.....menteri2 UMNO dulu je yg selalu buat statement cam gitu....menteri2 PH yer yer kan ajer rakyat tgh berbunyi sambil berusaha

Lain-lain Komen

Quote Themilo 11-7-2018 03:30 PM
ehem.. bila la almarhumah tokpitput nak calonkan Shahril ni dalam carta IG beliau
Quote jcopy 11-7-2018 03:54 PM
baru kawin, masih honeymoon



Quote munchkin 11-7-2018 03:55 PM
Tau pun. Lain kali jangan berjanji. I tengok janji2 depa ni aku hmm kan aja. Especially ptptn tu.
Quote jcopy 11-7-2018 03:57 PM
lagi2 kawin sejenis, sampai kiamat takkan beranak

Quote gaara_X 11-7-2018 04:00 PM
nak gelak pun ado ngan sikap ko nie...
Quote gaara_X 11-7-2018 04:01 PM
nak gelak pun ado ngan sikap ko nie...
Quote GigaMom 11-7-2018 04:07 PM
Agak rembes
Tp siapakah heshe
Quote jcopy 11-7-2018 04:10 PM

apalah diharap janji2 PH









Quote misscendol 11-7-2018 04:17 PM
Aihhhhh.... tengoklah berapa trilion hutang ditinggalkan kerajaan dulu cmne. sabaq nah... kasi clear dulu hutang yg bertrillion  dulu.
Quote chicozinn 11-7-2018 04:45 PM
meollss bukan nak menangkan sape2..tapi at least barang da xde dikenakan caj gst wlaupun gst still ade cuma 0% & petrol takuk tu pon da leh bajet siap2..dpat la bernafas skit daripada kerajaan sblm ni..lgsung xleh wat bajet bulanan lagi2 petrol sbab harga xtetap stiap mggu..
Quote fatinandreanna 11-7-2018 06:11 PM
Relaxla bro. PH pn bkn janji 60 hari. Tggu dulu be fair to them. Dh ckp 100 ari x tunai jugak ko hentamla cukup2.   
Quote giyomi 11-7-2018 06:38 PM
Dah puak2 ko wat hutang bertrillion, berenjoy sakan time amik tampuk so kenalah amik masa tuk dipulihkan...bodoh. The world is not created in one day
Quote borrow 11-7-2018 06:39 PM
Punah Harapan
Quote totokreturn 11-7-2018 06:57 PM
Macai umno dah giler sejak2 kalah.... Aku undi ph pun tak tau apa manifesto ph.. Janji harga petrol tak tiap2 minggu naik, gst hapus dan hancurkn umno penjahanam negara. ..
Quote MarryPottet 11-7-2018 07:07 PM
baguslah naib ketua pemuda umngok yg baru dilantik ni. naik naik je terus merempan kat orang yg terpaksa berhempas pulas cuci najis yg geng penyangak dia dah buat dulu. dia bukan nak buat post mortem punca kekalahan parti bangsat dia & berusaha membaik pulih parti bangsat dia yg dah rosak teruk tu
Quote zidane_ziege 11-7-2018 07:16 PM
Najib dh merasa tido lokap..itu satu drp manifesto..
Quote Orix 11-7-2018 07:27 PM
Whoooo are yussss
Quote bangcak 11-7-2018 07:43 PM
sama i jugak.

taktau n tak ambik tau apa2 pasal janji ph.
nak gadai negara ka
nak lantik kitsiang jadi pm ka

pedulik hapa.

janji umngok melingkup.
org kata kalu syg anak, pukul. bg pengajaran.
kalu syg umngok, bg melingkup dulu.
bila pemimpin2 korup bertempiaran lari pegi uk, lari masuk kebun sawit.

baru la kita bleh tgk sapa yg masih setia dlm parti tu.
Quote jcopy 11-7-2018 07:50 PM
mana pernah orang munafik tunai janji

Lihat semua komen(34)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.085349s Gzip On
To Top