Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Rosmah Nafi Beli Barang Kemas Dari GRT

11-7-2018 10:17 AM |Dilihat:2438| Komen: 39
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menafikan dakwaan firma tukang emas Lubnan bahawa dia membeli barangan kemas daripada syarikat berkenaan.




Foto: BH Online

Memetik BH Online, perkara itu dimaklumkan peguamnya, Datuk M Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram menerusi kenyataan media.

"Kami merujuk kepada laporan media mengenai saman sivil yang difailkan Global Royalty Trading Sal (GRT) terhadap anak guam kami.

"Terdapat dakwaan yang tersebar bahawa barang kemas disenaraikan syarikat itu dibeli dan menggunakan wang yang dicuri. Tuduhan itu tidak benar dan tidak berasas. Kami akan mengambil tindakan diperlukan bagi melindungi kepentingan anak guam," katanya.

Tambah kenyataan itu, Rosmah mahu melihat barangan yang disita bagi mengenal pasti barangan miliknya memandangkan barangan anak perempuan dan menantunya turut dirampas dalam serbuan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).



"Bagi keadilan, Rosmah wajar diberi kebenaran mengenal pasti harta benda dan barangan miliknya.

"Kami berharap, PDRM bersikap adil terhadap anak guam kami dan semua proses dipatuhi mengikut peruntukan sewajarnya," katanya.

Menurut laporan, Pejabat Peguam Negara, semalam mengemukakan permohonan menjadi pencelah dalam kes saman GRT terhadap Rosmah atas alasan kesemua 44 barang kemas yang dituntut firma berkenaan adalah milik kerajaan yang dibeli menggunakan wang curi. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
6
Terkejut
4
Sedih
6
Lawak
4
Bosan
3
Komen: 39
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote surwanis 12-7-2018 02:48 PM
makton replied at 11-7-2018 01:53 PM
sabar la noks... sedangkan sinetron indon beratus ep pun orang sanggup tunggu & folo..
ni kan pla ...

citer bwg putih bwg merah pon iolls is bosan
tp citer nekmah ni iolls is tgu jah

REDHA

Lain-lain Komen

Quote sharlenetexas 11-7-2018 10:37 AM
Tak mengaku pulak....
Quote armin 11-7-2018 11:01 AM
Ada duit tak tu nk byr 60 juta? Asyik nk saman org balik je keje. Byk pulak duit byr lawyer? Lawyer mahal2 pulak tu
Quote psychobubble 11-7-2018 11:11 AM
laa betul la tu kan kak mah pinjam jah
beli ape nye lak
Quote babynina30 11-7-2018 12:00 PM
armin replied at 11-7-2018 11:01 AM
Ada duit tak tu nk byr 60 juta? Asyik nk saman org balik je keje. Byk pulak duit byr lawyer? Lawyer  ...

Pstu nk byr 500k,mintak kt rakyat jelata yg budiman pergi sedekah kt haukest ni. Adess. Padehal rakyat ponnn ikat perut.
Dema ni acc overseas berlambak tak kena freeze pon kannn
Quote ALDRIN 11-7-2018 12:04 PM
armin replied at 11-7-2018 11:01 AM
Ada duit tak tu nk byr 60 juta? Asyik nk saman org balik je keje. Byk pulak duit byr lawyer? Lawyer  ...

Kenkonon tu...x ngaku..gertak2 nk saman..utk buy time je. Nanti pihak sebelah sana tunjuk bukti ckp pulak ni fitnah. Cacai umngok pastu cadang2 pulak #tabungrosmah
Quote munchkin 11-7-2018 12:46 PM
I tahu je ada org cam rosmoh ni. Anak laki suruh simpan jewellery (isteri punya). Dirembat kasi anak pompuan sendiri. Bila minta balik dijeritnya. Sejenis gila harta and tak boleh org lebih pada dia. So tak heranlah kalau rosmoh buat gitu.
Quote cairel_azlie 11-7-2018 12:49 PM
Kalau betul dia pinjam cam mana caranya syarikat tu nak dapatkan balik barang2 tu? muskil plak...kesian company tuh
Quote dodolgemok 11-7-2018 12:55 PM
Alamak cmne ni, rosmah xmengaku pulak. Cacai dah terpancut awal ni @tobby @badaksumbu
Quote MarryPottet 11-7-2018 01:15 PM
umpama seorang ibu yg dipisahkan dari cahayamata kesayangannya, begitulah runtun & sasau jiwa borosmah  bila dipisahkan dengan intan berlian permata kesayangannya sehinggakan beliau terpaksa mengupah peguam supaya dapat peluang untuk menatap 'anak kesayangannya' itu walau sedetik cuma
Quote kiutghost 11-7-2018 01:24 PM
Eh eh eh dia ni...da xnk mengaku plak...abis tu kalo bkn ko sape punya?
Quote namieamuro 11-7-2018 01:55 PM
munchkin replied at 11-7-2018 12:46 PM
I tahu je ada org cam rosmoh ni. Anak laki suruh simpan jewellery (isteri punya). Dirembat kasi anak ...

eh bole cenggitu..abes tuan pnye jewellery x amok ke
Quote misscendol 11-7-2018 03:21 PM
Kalau rosmah di pihak yg betul die boleh saman balik si GRT ni
Quote surwanis 11-7-2018 03:43 PM
BERAPA EPISOD NK TGU??
Quote gaara_X 11-7-2018 03:59 PM
takkan nak rossy mengaku nyer...
Quote munchkin 11-7-2018 04:00 PM
Edited by munchkin at 11-7-2018 04:03 PM
namieamuro replied at 11-7-2018 01:55 PM
eh bole cenggitu..abes tuan pnye jewellery x amok ke


Mengamuk ngan mak mertua??? Nanti org kata menantu derhaka. So anak dia sendiri dah berhati2 dengan mak dia sendiri.
Quote Matpon 11-7-2018 04:03 PM
Edited by Matpon at 11-7-2018 04:05 PM

dah kalih plak..takut kena siasat kot..sbb sebelum ni syarikat tu ada bagi tahu..kalau rasa suka baru beli....akan dibayar pihak ke 3 atau akuan peribadi
Quote munchkin 11-7-2018 04:05 PM
Kalau pinjam takkan lama benar membelek
Quote netto_ 11-7-2018 05:03 PM
Lahh da xmengaku plak dah. Jdnye 44 jewellery tu bkn pinjam kah? Hadiah? Penat toby kulu kilir dr smlm psl ni last2 xngaku plak dah
Quote dani-rox 11-7-2018 07:58 PM
entah btol ke tidak claim kompeni lubnan tuh kan.
manalah tahu taktik firma scammer nak curik koleksi rosmah.

Lihat semua komen(39)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.086298s Gzip On
To Top