Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Riak Wajah Ernie Zakri Semasa Sidang Media Haqiem Rusli Dipersoal Netizen..

6-7-2018 04:43 PM|Oleh: Amiey | Dilihat: 11833| Komen: 85

Umum mengetahui yang beberapa hari yang lalu, penyanyi berbakat Ernie Zakri bengang apabila dia seolah-olah dipergunakan dalam gimik murahan Haqiem Rusli. 

Bagaimanapun Haqiem menafikan yang dia terlibat dalam rancangan untuk mempergunakan Ernie serta dua penyanyi wanita lain, Wany Hasrita dan Ara Johari dalam temu bual bersama Hot FM beberapa hari yang lalu.


Semalam, Haqiem telah mengadakan satu sidang media dimana dia telah pun memohon maaf dan mengaku mengalami 'mild-depression' akibat daripada kecaman dan penghinaan yang kerap diterimanya di media sosial.

Video sepanjang sidang media yang diadakan di SukaSucre Bistro milik Datuk Fazley Yaakob tersebut turut dikongsi di media sosial oleh media dan rakan artis termasuklah Fazley sendiri. 


Menerusi posting di akaun Instagram miliknya, Fazley meminta semua untuk memberi peluang kepada Haqiem memperbaiki dirinya


Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Namun, apa yang menarik perhatian kami adalah komen daripada beberapa individu yang mendakwa riak wajah Ernie Zakri kelihatan tidak gembira sepanjang sesi tersebut berlangsung. 

Muka masam seolah-olah bengang..



Ramai yang menyangkakan yang Ernie masih lagi marah ekoran kejadian yang berlaku sebelum ini. Bagaimanapun, dalam kenyataan lain oleh Ernie sendiri, dia dilihat sudah pun berbaik dengan Haqiem dan mungkin riak wajahnya sememangnya begitu.

Semoga menjadi pengajaran..

Foto: Twitter Ernie Zakri

Apa pun, diharap isu ini tidak dipanjangkan lagi. Ernie dan Wany pun sudah mengeluarkan kenyataan yang mereka sudah memafkan Haqiem.-CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 85
Komen

Previous : Top 10 Artis Diboikot Sepanjang Zaman, Ini Guideline Kepada BBNU!

Next       : Yang Haqiem Jumpa Tu Pakar Psikologi, Patutnya Kena Psikiatri - Netizen

Komen Terbaru

Quote kitiykat 15-7-2018 02:24 PM
org camni buang masa je layan

Lain-lain Komen

Quote miemiecha 6-7-2018 04:56 PM
hurmmm...
bengang kne tipu lah kot..
len kali mek nk suh reni pakai mask catwomeng
Quote manehnya 6-7-2018 05:04 PM
muka x bleh blah... tp sapa yg tipu nya nih? sian budak tu.. sampai nages2... olo loooo

meh sini mak pujuk
Quote Mary_jane 6-7-2018 05:19 PM
Kuat propa jugak dak hakiem ni.
Quote CiliPadiSedap 6-7-2018 05:22 PM
fikir sajat yang buat press conference
Quote mizruncing 6-7-2018 05:24 PM
knp dia dtg dok ngn hakiem skli dlm sidang media tu
Quote naina 6-7-2018 05:25 PM
Ayat dia..
"dijauhkan dengan perkara2" instead of dijauhkan Dari perkara2 begitu.. "
Ulang2 baca.
Quote harkktuih 6-7-2018 05:36 PM
kaki drama jah budak ni..sekejap depress, sekejap tekanan, sekejap mild depress..jumpa doktor pun tidak..br menang tmpt kedua ajl dah feeling bagus..
Quote sukacactus 6-7-2018 07:09 PM
Tgk pic 1 boleh compare wajah sebelah menyebelah, sama je rupa ernie...jenis muka masam
Quote virgo19 6-7-2018 08:08 PM
tak faham la.. kalau program kat hotfm tu gimik utk promote lagu baru haqiem, apa perlunya invite ernie dan wany utk dipergunakan di situ? diorg bukan rapat pun.. lain la kalau invite asad motawh dan ismail izani ke.. aku syak, program ni mmg nak promote 3 artis ni, tapi since haqiem tgh hot dgn kisah depression dia, penyampai hotfm tu lebih berminat nak lebihkan haqiem.
Quote sokmogitu 6-7-2018 08:31 PM
harkktuih replied at 6-7-2018 05:36 PM
kaki drama jah budak ni..sekejap depress, sekejap tekanan, sekejap mild depress..jumpa doktor pun ti ...

Pembetulan...pemenang tempat ketiga AJL ya..tu pun dia bukan komposer
Quote makneng 6-7-2018 08:33 PM
Propa lagi khennzz...tp acik kepam porom ramai je yg suka pbnu ni khen..buang karen je
Quote xdielzx 6-7-2018 08:35 PM
muka dia resting bitch face
Quote harkktuih 6-7-2018 08:35 PM
sokmogitu replied at 6-7-2018 08:31 PM
Pembetulan...pemenang tempat ketiga AJL ya..tu pun dia bukan komposer

Owh silap..tmpt kedua lagu sejati
Quote kiah_mai_pulak 6-7-2018 08:55 PM
sukacactus replied at 6-7-2018 07:09 PM
Tgk pic 1 boleh compare wajah sebelah menyebelah, sama je rupa ernie...jenis muka masam

Muka jenis senduk.. ala2 eina azman.. lepas ni leh ernie senduk. Haha
Quote Orix 6-7-2018 09:02 PM
Eh ko nak suh ernie tu menyingai ke masa PC tu?ke nak suruh sheols senyum plastikk ??? X paham aku netizen ni
Quote Jagendas 6-7-2018 09:07 PM
nape x ajak mail tonsil skali
Quote setori_mori 6-7-2018 09:08 PM
Tak kenal dedua
Quote hotmak 6-7-2018 09:48 PM
tak habis lg ke cerita budak ni, jujurnya tak tau pun apa lagi dia tapi asik lah ceta 2 gini keluar
Quote cikgojesss 6-7-2018 10:14 PM
muka heshe macam nenek sihir yach masa pc tu.. sesuai jadi pelakon watak perempuan jahat..

Lihat semua komen(85)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045017s Gzip On
To Top