Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Perkahwinan Budak 11 Tahun Di Kelantan Tiada Unsur Jenayah

2-7-2018 10:42 AM |Dilihat:5534| Komen: 127
Isu yang membabitkan perkahwinan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun sedang heboh menjadi bualan sekarang ini.

Walau bagaimanapun Polis Kelantan menolak kemungkinan unsur jenayah dalam kes tersebut.

Astro Awani melaporkan, siasatan pihak polis mendapati tiada sebarang unsur paksaan, ugutan, rayuan, atau pedofilia terhadap kanak-kanak terbabit.

Foto: Sinar Harian
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad berkata, 

"Siasatan kes berkenaan dibuka selepas kami menerima laporan polis yang dibuat oleh isteri kedua lelaki tersebut yang berumur 34 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang semalam.

"Kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dan difahamkan ia kini disiasat di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002 kerana berkahwin dengan wanita berusia bawah 18 tahun."

Suami kanak-kanak tersebut yang juga seorang peraih getah sekerap tidak ditahan kerana perkahwinan tersebut dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata perkahwinan tersebut adalah tidak sah dari segi undang-undang.

Hal ini kerana perkahwinan tersebut tidak mendapat kelulusan daripada mahkamah untuk bapa kanak-kanak itu mewalikan anaknya dan menjadi isteri kepada orang yang lebih tua, selain kerana budak itu adalah di bawah umur iaitu 11 tahun.

Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula menyatakan bapa yang menikahkan anak bawah umur sebab miskin tak layak jadi wali.

Biarpun tiada paksaan dalam Islam untuk menikahkan anak perempuan, namun pelbagai dalil mensyaratkan kerelaan wanita dalam perkahwinan.

Anak perempuan yang di bawah umur, yang tidak memahami realiti apa yang dipersetujui tidak boleh dianggap rela, katanya di Facebook.- CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
3
Terkejut
6
Sedih
13
Lawak
3
Bosan
2
Komen: 127
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Redskin 4-7-2018 01:18 AM
Edited by Redskin at 4-7-2018 01:21 AM

Pihak polis lebih arif dan telah mengesahkan tiada unsur2 jenayah atau paedophile..

Seperti yg seluruh donia tahu, Thailand adalah syurga sex,
budak2 pompuan kicik2 sudah menjadi pelacur.

Nak tergelak bila ada yg kata budak2 pompuan Thai 11 tahun tak tahu apa2.

Agaknya duduk dlm gua, itu belum lagi tengok kat Philippines dan Latin America.

CHILD PROSTITUTION IN THAILAND




Suatu langkah yg bertanggungjawab oleh seorang Bapa
yg membenarkan anaknya bernikah dgn bersyarat .

Dgn ini masa depan anaknya selamat dari terjebak dgn pelacuran
dan lebih terjamin hidupnya setelah berkahwin.

Lain-lain Komen

Quote shernazz 2-7-2018 10:50 AM
Moga bahagia till jannah
Elok.hidupnya tanpa masuk.paper tinggal.dlm.kandang bagai...
Quote Skuau 2-7-2018 10:52 AM
mak bapak bdk pompuan tu bagi/benarkan/setuju ank depa kawen ke???????
Quote haryatie 2-7-2018 10:57 AM
kalau xde unsur jenayah pun tp umur tu kecik sgt aihhh...
geli geleman aku..
Quote prettyuglybabe 2-7-2018 10:59 AM
totally salah mak bapak budak ni..
esok anak dia pun akan jadi serupa mak bapak dia..
harap mandul tak membiak keturunan mereka..
Quote Dwdrum 2-7-2018 11:02 AM
Edited by Dwdrum at 1-7-2018 07:04 PM

Lobai itu pun cakap tidak bawa isteri tinggal dan register kahwin di malaysia sebelum 16 yo ..... takut ler tuuuu
If not mistaken di thailand boleh jah kahwin bukan civil ..asal kan cukup syarat nikah ....
Quote sofiazara 2-7-2018 11:13 AM
ooo kalo miskin tak boleh jadi wali
Quote Dwdrum 2-7-2018 11:15 AM
Dicrimination pada yang miskin .....walau pun anak dari darah sendiri ...
Quote Napasiro 2-7-2018 11:25 AM
{:freak{:freak{:freak
Quote eyansss 2-7-2018 11:26 AM
Dwdrum replied at 2-7-2018 11:15 AM
Dicrimination pada yang miskin .....walau pun anak dari darah sendiri ...

kalau salah baca memang akan jadi lain... maksudnya, bapa yang kahwinkan anak atas alasan miskin, tak layak jadi wali... wali takleh bagi alasan : anak aku miskin sebab tu aku kawenkan dia...
Quote eyansss 2-7-2018 11:27 AM
sofiazara replied at 2-7-2018 11:13 AM
ooo kalo miskin tak boleh jadi wali

kalau salah baca memang akan jadi lain... maksudnya, bapa yang kahwinkan anak atas alasan miskin, tak layak jadi wali... wali takleh bagi alasan : anak aku miskin sebab tu aku kawenkan dia...
Quote ipin 2-7-2018 11:33 AM
eyansss replied at 2-7-2018 11:27 AM
kalau salah baca memang akan jadi lain... maksudnya, bapa yang kahwinkan anak atas alasan miskin,  ...

depa belajar agama takat tadika kemas sj..tp rasa mcm pandai..

sj cari jalan nak burukan agama .. cari salah islam..

Quote skinsandstars 2-7-2018 11:39 AM
Takda unsur pedofilia? Dia dah bercinta and groom budak tu sejak 4 tahun lepas, apa nya yang takda unsur pedofilia? Seriously, polis?
Quote MissVixen 2-7-2018 11:54 AM
Bagi yang menyokong. Bayangkan anak atau adik korang yang umur 7 tahun, belum baligh diayat manis dan lucah oleh lelaki sama umur dengan bapak kamu. Lelaki yang banyak pengalaman dengan perempuan dewasa. Kalau tiada rasa jijik, adalah fius yang putus dalam otak tu.
Quote tobby 2-7-2018 12:01 PM
Mcm2 terjadi sejak Pakatan Hancing memerintah
Quote MariaClara 2-7-2018 12:03 PM
bdk tetap bdk...dia mestilah suke kalau di berikan mcm2 yg mak pak dia x bole beli..dia rase dah senang sgt dah..so dia rase syg...yg bodohnye si lelaki..kenot brain laaaa this kind of people..sick!

sebaya anak aku ler...renung muke anak..cube membayangkan sanggup ke aku membenarkan anak aku menikah usia mcm ni...mau aku sepak terajang jantan tersebut...moga dijauhkannn...
Quote eyansss 2-7-2018 12:04 PM
ipin replied at 2-7-2018 11:33 AM
depa belajar agama takat tadika kemas sj..tp rasa mcm pandai..

sj cari jalan nak burukan agama ...

nada bila salah, memang habis la maksud sebenar ayat tu... kalo cakap depan2 pun sokmo salah interpret... dalam hal ni aku setuju je bila hak wali digugurkan sebab bangang sangat alasan bagi anak semuda itu bernikah... tak kisah la gantung tak gantung (tu adat melayu)... kalo anak dah umur 20 tahun tu ok la lagi...
Quote rospinki 2-7-2018 12:12 PM
bukan budak skrg cepat berakai ke..kecik2 dh pandai becinta dm/pm bagai wicat smua tu

kalu tak masakan kes anak murid pempuan syok kt cigu lelaki kt sekolah..umo 11 tahun tuuuu...dengar anak aku bcerita kegedikan budak2 pompun kt skolah rasa nk cili2 je pepes diorg
Quote harryn 2-7-2018 12:18 PM
Child sex grooming. Memang tak boleh hadam..
Quote bakingsoda 2-7-2018 12:32 PM
patut bapaknya yang kawin ngn pedo tu kesian anak dimanipulasi sebegitu rupa sejak darjah satu pulak tu

Lihat semua komen(127)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.112616s Gzip On
To Top