Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Chatime Peroleh Perintah Mahkamah, Tealive Diarah Berhenti Perniagaan

28-6-2018 11:17 AM |Dilihat:6452| Komen: 153
Minuman teh bubble yang digemari ramai iaitu jenama Chatime berjaya dalam usaha rayuannya apabila memperoleh perintah Mahkamah Rayuan melarang pesaingnya jenama Tealive meneruskan opearsi mereka.


sumber : carian internet

Memetik laporan The Malaysian Insight, dalam penghakimannya semalam, Hakim Hamid Sultan Abu Backerm yang mengetuai tiga ahli panel berkata injunksi adalah berdasarkan pelanggaran syarat pasca francais dan juga mengembalikan haknya. 

Secara mudahnya, Loob mendapat keuntungan daripada perniagaan francais Chatime untuk menubuhkan perniagaan saingan yang mana menurut La Kaffa ia tidak dibenarkan di bawah peraturan francais dan juga Akta Francais 1998. "

Chatime yang dimiliki Kumpulan La Kaffa International Co Ltd yang berpangkalan di Taiwan mendakwa perniagaan francais teh jenama Tealive di Malaysia disyaki meniru daripada mereka. 
 
Justeru itu, Chatime bertindak memfailkan tuntutan untuk mendapatkan injunksi bagi menghalang Loob Holding Sdn Bhd daripada terus beroperasi di bawah nama Tealive.

Pada Disember 2016, La Kaffa menamatkan perjanjian francais induk dengan Loob walaupun 20 tahun dalam perjanjian itu. Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Bryan Loo telah membuat laporan polis berhubung penamatan secara tiba-tiba tetapi bersetuju dengan penamatan kontrak La Kaffa pada 20 Januari.

Kini Tealive memiliki 161 cawangan dan 800 pekerja di seluruh negara.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
3
Bosan
2
Komen: 136
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote dauswq 6-7-2018 12:46 AM

Pemilik Tealive kemuka rayuan ke Mahkamah Persekutuan




   PEMILIK minuman Tealive, Loob Holding Sdn Bhd, sudah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan dikeluarkan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang memihak kepada pemilik jenama Chatime, La Kaffa International Co Ltd.

Pada 27 Jun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan perintah injunksi kepada La Kaffa, sekali gus melarang Loob daripada mengendalikan Tealive sebagai perniagaan yang bersaing dengan Chatime untuk tempoh dua tahun di Malaysia, mengikut undang-undang.

Permohonan Loob sebelum ini ditolak Mahkamah Rayuan atas alasan syarikat itu melanggar kontrak dan tuntutan undang-undang terhadap La Kaffa, berkaitan dengan halangan dagangan serta undang-undang francais Malaysia.

Susulan itu, kami mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan menolak permohonan kami untuk mengekalkan perintah injunksi atas alasan kami melanggar kontrak dan tuntutan undang-undang terhadap La Kaffa
berkaitan dengan halangan dagangan serta undang-undang francais Malaysia.

Peguam syarikat sudah diarah untuk membuat rayuan itu kepada Mahkamah Persekutuan dan ia sudah difailkan pagi tadi, katanya, katanya dalam kenyataan dikeluarkan.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/355018/pemilik-tealive-kemuka-rayuan-ke-mahkamah-persekutuan
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/355018/pemilik-tealive-kemuka-rayuan-ke-mahkamah-persekutuan



  Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Julai 2018 @ 12:40 AM

Lain-lain Komen

Quote Thanatus 28-6-2018 11:26 AM
seumur hidup aku tak pernah lagi minum teh bubble nii... best ke?

Quote dutch_lady 28-6-2018 11:30 AM
tak brape faham kes ni...anyone blh tlg bg pencerahan?
Quote saladin780 28-6-2018 11:32 AM
Minuman biji2 kelenti t kata sis changa
Quote nisako 28-6-2018 11:35 AM
sian pekerja dia org....
Quote fushimi 28-6-2018 11:40 AM
tomok pun ada bukak satu kan

Quote Begbiru 28-6-2018 11:41 AM
Ala... lepas ni kat mana lg nak dapat kan my favorite choc supreme salted cheese drink I???
Quote Begbiru 28-6-2018 11:42 AM
Begbiru: Ala... lepas ni kat mana lg nak dapat kan my favorite choc supreme salted cheese drink I???

{:freak {:freak {:question
Quote jofizo 28-6-2018 11:44 AM
dutch_lady replied at 28-6-2018 11:30 AM
tak brape faham kes ni...anyone blh tlg bg pencerahan?

yg aku fahami dulu Loob buat perjanjian dgn la-kaffa utk jual produk chatime... tiba2 loob buat bisnes sendiri dgn nama tealive yg mana produknya adlah sama mcm chatime.... mestilah dah melanggar peraturan

Quote kenarikelabu 28-6-2018 11:44 AM
Thanatus replied at 28-6-2018 11:26 AM
seumur hidup aku tak pernah lagi minum teh bubble nii... best ke?

Sedap la jugak. Sekali-sekala pekena.
Quote dekmieDandy 28-6-2018 11:46 AM
berkuatkuasa bila?

aman2 jah post dekat ig tealive tadi ada promo
Quote MeghanK 28-6-2018 11:48 AM
bagus la stop operation..tealive tak sedap..kurang flavor manis je lebih..i request for less sugar pon manis jugak
beli tea beli coffee pon tak rasa tea coffee
Quote cmf_premierleag 28-6-2018 11:48 AM
stok2 hadek ponen jah yg sukakan bubble tea nih
Quote cmf_premierleag 28-6-2018 11:49 AM
so kalo tealive diarah berhenti perniagaan, so means katup la sume kiosk nya kan?
Quote ctaz 28-6-2018 11:50 AM
air yg penuh perwarna tiruan...
Quote sharlenetexas 28-6-2018 11:57 AM
Edited by sharlenetexas at 28-6-2018 11:59 AM

Cina sama cina gaduh.

BCard selalu ada promo Tealive ni.

Bubble tea ni utk minum sekali sekala tak kira apa jenama pun.
Quote myakayina 28-6-2018 12:00 PM
lama dah tak minum chatime...
Quote babyhubby85 28-6-2018 12:00 PM
tak suka both brand... too sweet, sugary sweet
Quote babyhungger 28-6-2018 12:03 PM
jofizo replied at 28-6-2018 11:44 AM
yg aku fahami dulu Loob buat perjanjian dgn la-kaffa utk jual produk chatime... tiba2 loob buat bi ...

Baby ada dengar2 dari cakap2 orang sekeliling awal tahun lalu la, masa dlm tempoh Agreement, loob ada langgar syarat dgn beli barang2 bukan dari chain/supplier yg al kaffa dah tetapkan sebab harga agak mahal dari sumber yg loob beli, so bila al kaffa dpt tau dorang terminate la agreement ngan loob, so loob buat report police rasanya dan loob buat jenama tealive dorang sendiri.
so skrg ni al kaffa nak loob hentikan chain tealive sebab loob dah meniru signature hampir sama ngan chattime.
Gitu lah gamaknya yang yang Baby dengar... kalau salah baby minta ampun ye loob
Quote sharlenetexas 28-6-2018 12:05 PM
babyhungger replied at 28-6-2018 12:03 PM
Baby ada dengar2 dari cakap2 orang sekeliling awal tahun lalu la, masa dlm tempoh Agreement, loob  ...

Mcm Faiza dan Faiz.

Lihat semua komen(153)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.095441s Gzip On
To Top