Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Keluarga Terkejut, Lelaki Bakhil Rupanya Seorang Jutawan

13-6-2018 12:10 PM |Dilihat:3811| Komen: 57
Seorang lelaki bakhil yang meninggal dunia di usia 89 tahun telah mengejutkan keluarga apabila mengetahui dia sebenarnya jutawa dengan harta sebanyak S$20 juta (RM59.7 juta).

Loh Kum Mow dari Singapura meninggal dunia pada Disember 2016 dan kekayaannya hanya diketahui beberapa bulan lalu selepas semua harta dan sahamnya selesai dikira.

Today Online melaporkan, Loh telah mendermakan S$3.35 juta (RM10 juta) kepada empat pertubuhan kebajikan iaitu Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Kebajikan Moral Thye Hua Kwan, Hospital Ren Ci dan Persatuan Perkhidmatan Kebajikan Bo Tien dengan masing-masing menerima hampir S$840,000 (RM2.511 juta).

Loh dan pembantu rumahnya, Foto: Today Online
Selain itu Loh turut mewasiatkan 13.75 peratus kepada empat anak saudara, manakala tiga kakaknya masing-masing menerima enam peratus.

Anak saudaranya, Cahrlie Loh yang mewarisi rumah Loh di Bukit Timah berkata Loh hanya hidup serba ringkas dan tidak memiliki barangan berjenama kecuali jam tangan Seiko yang sudah beberapa kali dibaiki.

Mendiang isterinya yang bekerja sebagai seorang jurutaip juga adalah seorang yang berjimat cermat. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 57
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote spiderman80 15-6-2018 11:23 AM
Knowlee replied at 14-6-2018 11:51 PM
Unit trust tu dikira blue chips ke?

Posting sebelum ini, kami pernah menerangkan kepada anda tentang pasaran saham @ stock market. Kali ini mari kita lihat jenis-jenis saham yang wujud di dalam pasaran saham.
Sebenarnya pengkelasan saham ini tidak menentu, ada yang mengklasifikasikannya kepada banyak kategori, dan ada yang menggabungkan kategorinya menjadi sedikit.
Oleh itu, untuk mudah, kita akan lihat secara rawak jenis-jenis saham yang biasanya wujud. Antaranya ialah saham pertumbuhan, saham pendapatan, saham nilai, saham kitaran, saham defensif, saham mewah dan saham penny.
Bagi anda yang baru mendengar akan terma-terma saham ini, pasti anda berasa musykil dengan apakah intipati sebenar di dalam jenis-jenis kategori saham tersebut.
Dan untuk kali ini, kami akan membawakan kepada anda 2 jenis saham sahaja iaitu Saham Mewah (Blue Chips) dan Saham Penny (Penny Stock).
Tahukah anda apa itu saham Blue Chips?
Blue chips/ heavyweights stock/ saham mewah merujuk kepada syarikat yang ditubuhkan dan mempunyai asas latar belakang yang kukuh dengan risiko muflis yang sangat rendah serta syarikat ini konsisten dalam membuat pembayaran dividen kepada pemegang share nya.
Mengapa Blue Chips?
Asal perkataan Blue Chips adalah dari sejenis games iaitu permainan joker, di mana cip berwarna biru memegang nilai yang sangat tinggi. Oleh itu, secara simboliknya dipanggil blue chips kerana kebanyakan syarikat yang terhormat dan kukuh dalam pasaran dianggap sebagai selamat dan mempunyai kelayakan kewangan yang kukuh dan kuat.

Walaupun tiada garis panduan yang pasti tentang saham Blue Chips ini, tetapi boleh dikatakan kebanyakan 30 saham dalam index KLCI boleh dikategorikan sebagai saham mewah.
Saham Blue Chips telah lama bertahan dalam ujian masa dan telah menjadi salah satu kategori pelaburan yang paling disukai dalam kalangan pengurus dana profesional termasuklah kerajaan. Dan kebanyakan pengurus dana akan kekal melabur dalam saham Blue Chips ini untuk mengurangkan risiko penanda aras (benchmark).
Saham Blue Chips ini juga merupakan pelaburan utama untuk pelabur-pelabur asing apabila melabur dalam Malaysia.
Antara syarikat yang kukuh dalam indeks KLCI terutamanya adalah terdiri daripada bank-bank, syarikat-syarikat perladangan, kumpulan utiliti dan pembekal perkhidmatan telekomunikasi.
Kesemua syarikat ini merupakan bisnes korporat terbesar di mana ia juga menjadi wakil yang terbaik bagi ekonomi negara.

Kelebihan saham Blue Chips ini ialah risikonya rendah dengan potensi pulangan yang agak rendah. Dan harga sahamnya sentiasa stabil serta kurang berlaku turun naik harga. Selain itu, Blue Chips juga mempunyai level spekulasi yang rendah. Dan dividen yang diberikan sentiasa konsisten.
Bagaimana pula dengan Penny Stocks?
Penny Stocks tidak sama seperti Blue Chips. Kebanyakan Blue Chips selalu trade pada harga yang tinggi, manakala Penny Stocks kebiasaannya diperdagangkan bawah RM1.00 setiap share dan sangat popular dalam kalangan peruncit dan spekulator.

Walaubagaimanapun, syarikat jenis ini kurang ditubuhkan dan membawa risiko yang agak tinggi. Oleh itu, spekulatif trader lebih suka Penny Stocks kerana memberikan potensi pulangan yang tinggi dengan penggunaan modal yang lebih rendah berbanding Blue Chips.
Namun begitu, trader perlu lebih berhati-hati jika ingin memasuki saham syarikat jenis ini. Apa yang perlu dilakukan adalah anda cuba buat pemeriksaan latar belakang syarikat terlebih dahulu, cari tips bagi saham Penny Stocks di dalam internet, cuba ambil tahu bisnes apakah yang dibuat oleh syarikat tersebut, siapakah pemegang sahamnya, adakah syarikat tersebut bakal menerima kontrak terbaru atau syarikat tersebut akan diambil alih oleh pihak lain.
Setelah semua kajian dilakukan, baru anda dapat buat keputusan sama ada ingin mengambil risiko atau tidak. Kerana dalam setiap saham Penny Stocks, pasti terdapat banyak spekulasi dan tips yang diberi. Segala maklumat yang anda kumpulkan bergantung kepada kualiti maklumat tersebut, sama ada kukuh atau kurang kukuh.
Sekurang-kurangnya anda dapat membuka peluang untuk diri sendiri. Jika anda bertuah, anda dapat membuat duit apabila tips anda menjadi kenyataan. Dan jika sebaliknya, anda dapat melepaskan diri dengan kerugian yang sedikit jika tips tersebut tidak berlaku.
https://akademijl.com/2016/09/22/tahukah-anda-jenis-saham-blue-chips-penny-stocks/

Lain-lain Komen

Quote luvemedaa 13-6-2018 09:11 AM
Jutawan senyap.
Quote EncikH 13-6-2018 09:11 AM
inspirational
Quote azwanaliori 13-6-2018 09:34 AM
Gigit jari la sanak sedara yg x pernah berbakti kat dia masa dia idup.
Quote haryatie 13-6-2018 09:40 AM
senyap2 jerk yer..
kat sini ada yag hari2 nak update betapa kaya nya dia
Quote dodolgemok 13-6-2018 10:10 AM
Untong lah anak sedara tiba2 jah dpt kekayaan segunung.
Quote mjla 13-6-2018 10:33 AM
Mandai je ckp bakhil
Elok je bg derma tu
Quote tanakkampung1x 13-6-2018 11:23 AM
Tak sesuai dipanggil bakhil kerana banyak menyumbang kpd kebajikan dan anak2 buah

Quote tanakkampung1x 13-6-2018 11:24 AM
Mungkin lebih sesuai dipanggil frugal

Hidup sederhana tp banyak tolong orang
Quote OmJualGas 13-6-2018 11:28 AM
Mulai hari ni,  om nak belajar pasal saham....
Quote spiderman80 13-6-2018 11:32 AM
OmJualGas replied at 13-6-2018 11:28 AM
Mulai hari ni,  om nak belajar pasal saham....

Om jangan terburu-buru dengan permainan saham. Kena belajar dulu.
Ramai yang rugi teruk.
Quote ninjago 13-6-2018 11:33 AM
bestnya.. sebelum meninggal sempat derma harta kt badan2 kebajikan & family2 dia. baru la betul hidup berbakti
Quote spiderman80 13-6-2018 11:35 AM
Spidey punya boss yang kini dah mendiang, seorang ahli perniagaan Singapura. Masa hidup merupakan antara manusia terkaya di Asia Tenggara ( sumber Forbes).
Tapi dia sangat humble penampilannya. Pergi ke Cold Storage membeli groceries pun cuma pandu SUV Jepun. Tak ada bodyguard bagai.
Quote Decaffeinated 13-6-2018 11:40 AM
mjla replied at 13-6-2018 10:33 AM
Mandai je ckp bakhil
Elok je bg derma tu

'bakhil' pada diri sendiri semasa hayat maybe.....
dia derma melalui wasiat selepas kematian....


Quote spiderman80 13-6-2018 11:41 AM
Btw, apa maksud bakhil?
Quote Decaffeinated 13-6-2018 11:44 AM
spiderman80 replied at 13-6-2018 11:32 AM
Om jangan terburu-buru dengan permainan saham. Kena belajar dulu.
Ramai yang rugi teruk.

seumur hidup saya hanya pernah jual saham dua kali je kot.....
selebihnya saya beli IPO dan biarkan mereput jadi pusaka sahaja.... nasiblah siapa yang inherit nanti...



Quote suka.suki 13-6-2018 11:44 AM

Bakhil = kedekut
Quote Pixie902 13-6-2018 11:47 AM

Kedekut...tangkai jering...
Quote spiderman80 13-6-2018 11:52 AM
Decaffeinated replied at 13-6-2018 11:44 AM
seumur hidup saya hanya pernah jual saham dua kali je kot.....
selebihnya saya beli IPO dan biark ...

Spidey dah berjinak dalam dunia saham dekat 10 tahun, cuma sekali jer beli IPO untuk saham JCY.
Tapi kan bro, Spidey dah insaf bermain saham sebab sampai kini masih menderita menanggung kerugian. Sad.
Quote spiderman80 13-6-2018 11:53 AM
suka.suki replied at 13-6-2018 11:44 AM
Bakhil = kedekut

Thanks Suka.suki

Lihat semua komen(57)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.084937s Gzip On
To Top