Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Rumah Tiada Air Dan Elektrik, Tujuh Sekeluarga Hanya Berbuka Mi Segera

13-6-2018 10:19 AM |Dilihat:1013| Komen: 13
Hanya mi segera menjadi santapan tujuh sekeluarga di Kampung Jiboi, Ampangan Seremban kerana ketiadaan wang untuk membeli makanan.

Harian Metro melaporkan, Siti Rohani Abdul Kamal, 28, bersama enam anak berusia empat bulan hingga 12 tahun baru pulang ke rumah pusaka ibu bapa bapanya dari Kulai, Johor kerana mempunyai masalah rumah tangga dan kini dalam proses penceraian.

Sudah empat hari kami berbuka puasa dengan mi segera kerana itu saja yang mampu saya sediakan. Saya pulang ke rumah ini lima hari lalu (Jumaat lalu) kerana rumah sewa sudah tertunggak lebih empat bulan.

Foto: Harian Metro
Saya dan anak balik sehelai sepinggang dan tiada apa di rumah pusaka ini. Dapur pun tiada cuma ada pemanas air yang menggunakan elektrik dari rumah jiran dan itulah yang saya gunakan memasak mi segera, katanya.

Tambah memilukan, rumah berkenaan juga tiada bekalan air dan elekrtrik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata,

Pada mulanya saya hairan kenapa baru sekarang saya tahu ada ibu tunggal anak enam yang hidup melarat di kawasan saya, tetapi saya dimaklumkan mereka baru berpindah ke sini.

Keluarga ini perlu dibantu apatah lagi anak sulungnya ada masalah jantung dan anak bongsunya menghidap asma. Saya pastikan keluarga ini mendapat bantuan sewajarnya secepat mungkin."

Kesemua anak Siti Rohani tidak pernah bersekolah kerana kemiskinan. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 13
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote jazaa100 13-6-2018 10:15 PM
Umor 15 ke 16 dah kwin....
Dulu dpt kwin bangga mcm menang trophy piala dunia......

Lain-lain Komen

Quote prettyuglybabe 13-6-2018 10:29 AM
anak ramai kan rezeki..
rezeki dah banyak tapi masih perlu bantuan..
kalau anak sorang dua tu faham la sebab rezeki dorang sikit
Quote mjla 13-6-2018 10:36 AM
Nak rayo kono musibah cam ni
Tabah tol hati akak ni
Quote myakayina 13-6-2018 10:38 AM
lakinya takkan la tak bantu..tau buat anak jer..
Quote vanillaninja 13-6-2018 10:41 AM
Kenapa la beranak ramai2 kalau sedar akan deny hak anak2 untuk bersekolah. Kesian la budak2 tu terpaksa hidup susah just because mak pak selfish.
Quote munahminah 13-6-2018 10:46 AM
Ank tu rezeki.. kata ummah meleis {:give
Quote ninjago 13-6-2018 10:59 AM
kesiannya tgk anak2 dia. harap akak nie bangkit semula cari rezeki sungguh2 tuk anak. at least umah dah ada nak berteduh. mujurlah ADUN ada nak bagi bantuan..
Quote tungkai 13-6-2018 11:08 AM
Mak umur 28. Anak paling tua 12 tahun. So mak kahwin umur 16 tahun...???
Quote krustykrab 13-6-2018 11:20 AM
prettyuglybabe replied at 13-6-2018 10:29 AM
anak ramai kan rezeki..
rezeki dah banyak tapi masih perlu bantuan..
kalau anak sorang dua tu faha ...

hahah..sarkastiknya dikau
umo 28 anak 6 dah...tp nak tau jgk condition si ibu ni, adakah beliau ada masaalah pembelajaran ke lalu parents kawinkan cepat2 dgn harapan "ada yg menjaga"...biasanya org melayu akan lepas tangan mcm ni lah



Quote Burong_Hantuk 13-6-2018 11:23 AM
kasehan..ini mungkin kes suami tak guna & tak bari wang saku
Quote biskutsusu 13-6-2018 11:24 AM
haiihhh
asal miskin je beranak ramai

nampaknya kat sekolah kena ajar murid murid guna alat pencegah kehamilan
meleis ni nak beli kondom pun malu


Quote prettyuglybabe 13-6-2018 11:31 AM
krustykrab replied at 13-6-2018 11:20 AM
hahah..sarkastiknya dikau
umo 28 anak 6 dah...tp nak tau jgk condition si ibu ni, adakah bel ...

lagi satu alasan baik kawinkan sebelum dapat malu..ujung-ujung dapat susah..
tengok anak-anak macam rupa myanmar/paki..
entah betul kawin entah tidak maknya tu..
anak-anak pun entah daftar entah tidak..
esok dah besar meratib pulak si anak takde document bla bla bla..
mujur la mak ayah si mak ni dah tak ada..
kalau tak, tak pasal-pasal hidup menanggung anak cucu..

and harap adik beradik lain tak datang rebut rumah pusaka tu..
Quote Sharifah180175 13-6-2018 10:04 PM
prettyuglybabe replied at 13-6-2018 11:31 AM
lagi satu alasan baik kawinkan sebelum dapat malu..ujung-ujung dapat susah..
tengok anak-anak mac ...

Omak.eh yg rambut panjang lurus (cantik jg dia), baju.pink.tu kan. Anak.onam badan lawa lagi. Cuma.miskin..sj le.
Quote jazaa100 13-6-2018 10:15 PM
Umor 15 ke 16 dah kwin....
Dulu dpt kwin bangga mcm menang trophy piala dunia......

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.079336s Gzip On
To Top