Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Netizen Terkejut Staf Pos Laju Hantar Bungkusan Guna Kereta. Rupanya...

Oleh: Whitney|13-6-2018 11:28 AM |Dilihat:3474| Komen: 30

Menjelang hari raya yang hanya tinggal 2 hari sahaja lagi, masih ramai netizen tertunggu-tunggu barang yang dibeli secara online yang dihantar melalui khidmat kurier tiba di rumah mereka. Sememangnya ramai netizen yang suka membeli secara online pada saat-saat akhir sehingga pihak kurier tidak menang tangan untuk menguruskan penghantaran  barang-barang.

Atas sebab itu, bukan sahaja posmen di Pos Laju Malaysia sahaja yang ditugaskan untuk menghantar bungkusan pelanggan,pihak pengurusan tertinggi dan juga staf di Pos Malaysia yang bekerja dibahagian lain turut membantu walau terpaksa menggunakan kenderaan sendiri agar bungkusan pelanggan diterima sebelum hari raya ini. 

Seorang pengguna facebook bernama Ahmad Zulkarnain Abdullah menaikkan status tentang hal ini dan ia menjadi tular di media sosial serta menerima pelbagai respon daripada netizen. 

Keadaan staf yang bekerja di Pos Laju Malaysia yang sibuk dan lambakan bungkusan yang belum dihantar kepada penerima. 

Bungkusan yang hendak dihantar kepada penerima memenuhi ruang dalam kereta salah seorang staf Pos Malaysia.

Ramai netizen yang pada awalnya keliru dan terkejut kerana bukan posmen yang datang menghantar bungkusan mereka ke rumah.


Ramai yang takut dan risau untuk membuka pintu bagi mengambil bungkusan mereka.



Bagaimanapun, ramai netizen yang memuji pengurusan pihak Pos Malaysia atas usaha dan inisiatif mereka agar pelanggan menerima bungkusan mereka sebelum tiba hari raya. Netizen masing-masing mengucapkan terima kasih.

 

Syabas diucapkan kepada pengurusan Pos Malaysia dan semoga kalian yang masih menunggu bungkusan tu, harap kalian dapat bersabar. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
3
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
5
Komen: 30
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote AznieBunnie 20-6-2018 10:07 AM
dah lama dah org opis kena turun buat delivery time-time nak raya. cuma tahun ni je bawah boss baru mereka war-warkan secara besar-besaran.

Lain-lain Komen

Quote umbut 13-6-2018 11:39 AM
Dah byk kali terima mlm2 bungkusan, diorang hantar pakai kereta sendiri.. katanya overload... kesian sangat kat abg2 pos laju... rasa bersalah sebab selalu order via shopee... tapi brg2 murah benorr... x order rugi
Quote moonbug 13-6-2018 11:42 AM
Bertabahlah yg menunggu parcel tu. Yg menghantar pun sama
Quote bungamelurindah 13-6-2018 11:58 AM
kat rumah aku asyik terima barang org lain je hahahahha, baju baru lak tu,
Quote kikuri 13-6-2018 12:02 PM
aku order barang kat shopee jangka sampai after raya... sebab seller pos hari ahad tak silap... semalam aku dpt parcel aku...
Quote rosasen 13-6-2018 12:02 PM
semoga Allah membalas jasa2 abg n kakak pos sekalian..
Quote besarkecik 13-6-2018 12:03 PM
[quote]bungamelurindah: kat rumah aku asyik terima barang org lain je hahahahha, baju baru lak tu,[/quote

Bagi balik ke atau ambik terus?
Quote Artemesiaa 13-6-2018 01:06 PM
Dah parcel lagi banyak dari biasa nak buat macam mana.  Apa pun syabas buat mereka sebab tetap berusaha agar parcel tu semua sempat dihantar sebelum hari raya.
Quote lola0311 13-6-2018 01:22 PM
iols punya kesian kat posmen, trace tracking no, smpai kat poslju terus pegy ambik sndiri.
Quote zulka 13-6-2018 01:30 PM
ok la tu, we pay for that apa....bukan murah2 dow...
Quote nazzse 13-6-2018 01:57 PM
Wlpun gaji kecik, abg2 posmen ttap usaha hantar parcel dlm hujan panas..Kt tmpat I abg posmen baik2, suka tnya khabar klu lama x beli brg. Tq abg2 posmen..{:good
Quote AbukRokok 13-6-2018 02:46 PM
naikkan la gaji.... baru ramai berlumba mintak kje....
Quote AbukRokok 13-6-2018 02:48 PM
nakbeli kek lapis sarawak pun order shopee..... hmmmmm
Quote ninjago 13-6-2018 03:46 PM
waahh lebat la bonus staff Pos Malaysia tahun nie.. bisnes banyak bagus oooo
Quote ninjago 13-6-2018 03:48 PM
hats off to Pos Malaysia.. sedaya upaya fulfill delivery sebelum raya. surely they have a great team!
Quote munchkin 13-6-2018 04:31 PM
Waaaahhh. Selamat bertugas dan selamat hari raya
Quote aderaderker 13-6-2018 06:28 PM
Tahniah Pos Malaysia.
Good effort!
Quote HYSB 13-6-2018 07:57 PM
Adui ak xboleh laa tengk mke pak cik pos laju tu lagi nak tgh PMS ni dia yg hanta parcel ak maunye ak cakap terime kasih sambil menangis huduh
Quote hasniey 13-6-2018 10:00 PM
Syabas pos laju.ai pon bru dpt parcel td.igtkan lps raya bru smpai
Quote olaoliolu 13-6-2018 10:02 PM
Order #riclutch hari isnin. Harini dapat dah. Poslaju malaysia the best. Dapatlah mak berayaa dengan bag baru

Lihat semua komen(30)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.055072s Gzip On
To Top