Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Projek Kereta Nasional Baharu Akan Membebankan Rakyat - Najib

12-6-2018 10:11 AM |Dilihat:1121| Komen: 21
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa kerajaan menangguhkan dahulu projek kereta nasional baharu, sebaliknya meneruskan projek pengangkutan awam seperti Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dan Tren Aliran Massa 3 (MRT3).



Menerusi laman Facebooknya, Najib menyifatkan projek kereta nasional baharu dan pelaksanaan semula langkah perlindungan hanya akan membebankan rakyat dengan kenaikan harga kereta dan kos pembiayaan.


Loading FB Post...

"Ketika saya menjadi Perdana Menteri, saya mengutamakan pengurangan harga kereta dengan mengurangkan cukai dan memperkenalkan insentif, serta memperluaskan projek pengangkutan awam.

"Hasilnya, harga kereta kini lebih murah berbanding ketika saya mula-mula menjawat jawatan berkenaan, manakala penggunaan pengangkutan awam pula meningkat.

"Dalam jangka masa panjang, langkah memperbetulkan masalah legasi lalu ini akan menguntungkan rakyat dengan nilai ratusan bilion Ringgit di samping menawarkan pengangkutan alternatif yang lebih cekap, kos efektif serta kurang kesesakan dan pencemaran.

"Janganlah batalkan projek berkenaan hanya kerana saya yang melaksanakannya dan kembali kepada projek lama atas sebab maruah yang hanya akan membebankan rakyat," tulisnya.


Foto: Reuters

Memetik BH Online, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini memutuskan membatalkan projek MRT3, manakala pembatalan HSR tertakluk kepada perbincangan dengan Singapura kerana implikasi kewangan yang tinggi. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 21
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote moonbug 18-6-2018 02:23 PM
Tapi memang tak perlu pun projek national car tu. Priorities priorities priorities

Lain-lain Komen

Quote Dunhill. 12-6-2018 10:32 AM
dia ni umpama pewaris yang akan menjual segala harta pusaka spt tanah kpd org luar untuk membayar pinjaman pokok dan bunga pinjaman kerana terlalu enjoy dgn harta yang ada sehingga hampir bangkrap
Quote nazzse 12-6-2018 10:35 AM
Pendapat mu tidak diperlukan. Sibuk jer
Quote fly_in_d_sky 12-6-2018 12:02 PM
buat kereta ni tak murah .. lama
kalau kata MRT, HSR dan ECRL tu ada kroni .. siasat tapi jangan kata batal .. kemudian kata tangguh
kalau kereta, orang beli kereta .. jalan raya sesak ..
kemudian kena bina jalan raya .. nak buat carpool? susah .. sebab tak semua willing nak follow time orang lain
minority buat carpool ...
apa salah public transport di upgrade .. menteri tak pening kepala .. rakyat pun senang ..
Quote mjla 12-6-2018 12:33 PM
Madey baru cadang
Ko dah melalak
Tak cukup ke berbilion duit ko sapu
Quote Maideen. 12-6-2018 12:36 PM
Bila kleptokrat yang dibenci rakyat berkata kata.....Prrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrpffftght

Apa apa pon kita nyanyi dulu...

Quote Bedah.Cun 12-6-2018 12:37 PM
fly_in_d_sky replied at 11-6-2018 04:02 PM
buat kereta ni tak murah .. lama
kalau kata MRT, HSR dan ECRL tu ada kroni .. siasat tapi jangan k ...

Ai agree dengan statement neh. Scrutinize perjanjian buat pengangkutan awam tue dan jangan quit terus. Macam kereta nasional bagai tue please lupakan saja aiiii memang tak setuju. Tak payah nak maruah2 sangat. Matawang kita dah melemah kita sepatutnya kena buat benda berdasarkan kepada priority semasa. Nak buat projek kereta nasional bagai, harap Tun guna duit simpanan dia snirik. Cukup kot ai rasa kalau dia buat kampeni kereta nasional dia sniri
Quote hady_vit 12-6-2018 12:41 PM
satu je nk komen..sibuk je la ko JIB
Quote Simunggu 12-6-2018 12:52 PM
betul apa yg PM najib cakap...kenapa lah reverse balik...sedih bila proton jadi bahan ejekan org luar..
Quote Dunhill. 12-6-2018 01:00 PM
Bedah.Cun replied at 12-6-2018 12:37 PM
Ai agree dengan statement neh. Scrutinize perjanjian buat pengangkutan awam tue dan jangan quit te ...

Industri kereta di Rayong Thailand telah jauh meninggalkan kita dan sudah setaraf dgn USA
Quote AbukRokok 12-6-2018 01:30 PM
coming soon kereta A.l jenama Protune akn bersaing dgn Elon musk
Quote AbukRokok 12-6-2018 01:31 PM
nurul izzah msh tergelak lg? @ dah terbahak?
Quote AbukRokok 12-6-2018 01:34 PM
mjla replied at 12-6-2018 12:33 PM
Madey baru cadang
Ko dah melalak
Tak cukup ke berbilion duit ko sapu

biar melalak dlu
kang dah jd bru nk melalak
jd mcm jib balas KJ .. masa ada kuasa apsal xtegor  wakakaka
Quote puanserama 12-6-2018 01:34 PM
diam la kauuuuuuuuuuuuuu
Quote apalancut 12-6-2018 02:04 PM
terima kasih DS Najib di atas rasa prihatin DS Najib terhadap rakyat. tak sangka.. lepas DS Najib dah step down baru la DS Najib betol2 ambil berat beban rakyat.. #HidopNajib .... habis tu sblm ni yang ko sebat duit billion2 tu.. kerajaan kena bayar hutang ko.. ko kenakan cukai sana sini....ko tak pk poowwnnnn. Bodoow!
Quote Dunhill. 12-6-2018 02:12 PM
Maideen. replied at 12-6-2018 12:36 PM
Bila kleptokrat yang dibenci rakyat berkata kata.....Prrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrpffftght

Apa apa p ...


Quote zulka 12-6-2018 02:19 PM
tak tanya punnnnnn..
Quote ninja9 12-6-2018 02:33 PM

najib bercakap walau ada point tetapi masyarakat bukan nak dengar pun apa dia cakap skrng. Hanya penyokong politik dia shj yang akan dengar tetapi tak ada makna pun.. kes ini pun dia yang mulakan dengan serang legasi mahathir dulu..

Selain dari tak ada kuasa, imej betrayer, penyamun, tamak selfish tak peduli rakyat semua itu masih terbayang2 dlm perasaan rakyat.  Apa2 yang keluar dari mulut najib sekarang dilihat mempunyai agenda untuk kepentingan sendiri, politik dan kuasa serta orang yg tidak boleh dipercayai..  Kefahaman dan kesedaran orang ramai kpd najib spt ini sudah cukup untuk tolak apa shj yg najib kata.

even brim dan kedai 1malaysia yg gagal itu, yang bawa pegaruh najib pun orang ramai dah lupa. Sebabnya, bila brim diteruskan oleh ph, pengaruh najib kpd rakyat disebabkan brim hilang serta merta ... najib sendiri yang ajar cari sokongan dengan guna cash is king, tetapi akhirnya sekarang rakyat balas no money no talk.   ..

jd imej najib yang tinggal ialah kos sara hidup tinggi, 1mdb dan gaya hidup mewah..dan barisan menteri yang bongkak

yang dia boleh cakap sekrang cuma defense, dia kena jelaskan kenapa dia serang mahathir dengan taktik hapuskan legasi... apa2 cadangan suruh orang lain cakaplah..
Quote kenarikelabu 12-6-2018 02:49 PM
ninja9 replied at 12-6-2018 02:33 PM
najib bercakap walau ada point tetapi masyarakat bukan nak dengar pun apa dia cakap skrng. Hanya p ...

Memang betul sgt la tuh. Dah la sblm PRU menyampah tgk muka dia, skg masih lg cuba nak bersuara. Memang lagi meluat ada la. Rasain lhor....jadi pembangkang skg.
Quote nitrotech 13-6-2018 04:10 AM
mengurangkan cukai harga kereta zamannajib?baik diam dari berkata2.nampak kurangcerdik disitu

Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.048464s Gzip On
To Top