Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Sembelih Anak Untuk Dijadikan Korban Ramadan

11-6-2018 01:37 PM |Dilihat:1250| Komen: 10
Seorang lelaki ditahan di daerah Jodhpur, India pada Sabtu selepas didakwa menyembelih anak perempuannya sebagai korban sempena Ramadan.


Foto: Mail Online

Memetik Times of India, mayat kanak-kanak malang berusia empat tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah pada awal pagi Jumaat.

Menurut jurucakap polis, ketika disoal siasat Nawab Ali Qureshi, 26, mengaku menyembelih anaknya, Rizwana untuk dijadikan korban.

Difahamkan, sehari sebelum kejadian suspek sempat membawa anaknya ke pasar membeli pelbagai barangan dan memberitahu mangsa bahawa dia terlalu menyayanginya.


Foto: Times of India

"Ketika ahli keluarga lain sedang nyenyak tidur, suspek membawa kanak-kanak itu ke sebuah bilk di tingkat bawah sambil membacakan 'ayat suci' sebelum menyembelih mangsa dan kembali ke tempat tidurnya.

"Dalam jam 5 pagi, isteri suspek terjaga dan mendapati Rizwana hilang. Dia kemudian mencarinya di seluruh rumah dan menemui anaknya terbaring di bilik tingkat bawah.

"Mangsa dikejarkan ke hospital tetapi doktor mengesahkannya sudah meninggal dunia," kata Rajan Dushyant.

Tambahnya, suspek yang menjalankan perniagaan daging pada mulanya cuba meyakinkan keluarganya bahawa Rizwana mungkin dibunuh seekor kucing.

"Isteri suspek, bagaimanapun tidak mempercayainya dan membuat laporan polis," jelasnya.

Sementara itu, pada hari sama (Jumaat) di Rhondda, Selatan Wales, wanita berusia 37 tahun ditahan selepas didakwa membakar anaknya. 



Foto: Express.co.uk

Express.co.uk melaporkan, jirannya yang menyaksikan kejadian mendakwa Carly Ann Harris membakar anaknya, Amelia-Brooke Harris, 3, dengan harapan ia dapat menyedarkan kanak-kanak perempuan itu selepas ditemui lemas dalam tab mandi. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
3
Sedih
3
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 10
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote melnanzz 11-6-2018 06:56 PM
Kejinya Nawab ni... memang bodoh piang bab agama Islam... Ni Raya Aidilfitri, bukan Raya Aidiladha (Raya Korban). Lepas tu bunuh anak sendiri. Dia ingat Allah nak gantikan anak dia dengan seekor kibas ala2 Nabi Ibrahim? Memang tak lah... mati sia2 je budak comel tu... semoga rohnya terbang ke syurga.

Lain-lain Komen

Quote zaraaqilah 11-6-2018 01:51 PM
allahu....apa ler nak jadi..ramai nau org giler kat dunia nih...
Quote haryatie 11-6-2018 01:59 PM
gilerrrr nyaa
Quote Aliaskotonggo 11-6-2018 02:11 PM
bodohnya punya keling, patutnya buatlah masa Raya Haji/korban.
Quote airmineral 11-6-2018 02:11 PM
Psikooooo. Ngeri minta jauh la kita dari benda2 camni
Quote kemaruk 11-6-2018 02:14 PM
2-3 ribu tahun lepas boleh la orang percaya ko dengar suara tuhan bagai
Quote jofizo 11-6-2018 02:15 PM
woooo.....ingat nk jadi nabi Ibrahim ka
Quote chicozinn 11-6-2018 02:26 PM
ni da tertekan dengan hidup la tu..tetiba meollss teringat orang bunuh diri kat masjidilharam tu..nauzubillah..
Quote Afifi82 11-6-2018 03:07 PM
Sembelih plak si bangang ni.Pas tu cincang2 badan dia campak ke dlm jamban !
Quote giyomi 11-6-2018 06:47 PM
apalah manusia sekarang ni.
Quote melnanzz 11-6-2018 06:56 PM
Kejinya Nawab ni... memang bodoh piang bab agama Islam... Ni Raya Aidilfitri, bukan Raya Aidiladha (Raya Korban). Lepas tu bunuh anak sendiri. Dia ingat Allah nak gantikan anak dia dengan seekor kibas ala2 Nabi Ibrahim? Memang tak lah... mati sia2 je budak comel tu... semoga rohnya terbang ke syurga.

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.101160s Gzip On
To Top