Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Rosyam Nor Kondem Netizen Boikot Pasar Rayanya, Ini Pula Kata Farouk Hussain

11-6-2018 12:07 PM|Oleh: Azza | Dilihat: 7400| Komen: 58


Kecoh media sosial apabila Dato Rosyam Nor memberi respon memeranjatkan kepada segelintir netizen yang mengajak orang ramai memboikot pasar raya miliknya.

"Terima kasih yang ‘support’ bagi saya benda itu segelintir sahaja, orang Melayu Islam tak sebegitu hanya mereka yang mungkin kekurangan akhlak melakukan perkara begitu,” kata Rosyam Nor kepada pemberita.

Umum mengetahui pasar raya yang beroperasi 24 jam itu baru dibuka di Setiawangsa dan memberikan pelbagai respon positif. Namun, ada juga reaksi negatif seperti harga yang lebih mahal berbanding pasar raya yang lebih gah. Bagaimanapun, ia sudah dipatahkan oleh netizen yang menjelaskan kos beroperasi dan memandangkan ia masih baru, maka ia dianggap masih okey.

Tetapi, apabila penjelasan Rosyam yang dianggap kurang 'cerdik' itu membuatkan ramai yang panas hati. Antara artis yang turut menegur di laman Instagram ialah pengacara Farouk Hussain.




Ramai yang menyokong pandangan Farouk dengan memberi pelbagai hujah.

Namun ada juga yang tidak bersetuju dan menganggap kenyataan tersebut hanya sekadar ingin menjatuhkan bisnes sesama Melayu.

Namun, Farouk menjelaskan kembali yang dia hanya menegur dari segi adab dan bahasa, namun ramai netizen terus menyerangnya dengan hujah politik.




Walau apapun, diharapkan isu ini kembali jernih dan semuanya berbaik-baik untuk menjaga keharmonian Malaysia. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 58
Komen

Previous : Jasmin Hamid Kesal Ditegur Netizen Secara Kasar

Next       : Che Ta Ajar Intan Salleh Teknik Hentakan Tumit Tinggi Untuk Perampas...

Komen Terbaru

Quote kambinggila 30-7-2018 09:01 PM
Intanmahsuri replied at 11-6-2018 12:35 PM
Pasaraya dia tak best - tak comfortable - tempat cashier sempit - Tempat telur serabut -

lama tak trim ke telur serabut? jgn marah aaa gurau kasar jer

Lain-lain Komen

Quote kodoksilver 11-6-2018 12:12 PM
team #farouk
Quote hanuma 11-6-2018 12:13 PM
ada byk pilihan... pegi la mana supermarket pun yang berkenan di hati..
Quote virgo19 11-6-2018 12:20 PM
bagi aku memang kurang akhlak la yg beriya nak boikot tu. pasaraya 24jam memang la mahal sikit, sama juga mcm 7e dan kk mart. kalau rasa tak nak pegi tempat mahal, takyah la pergi, tempat murah pun ada banyak, tapi tak perlu sampai nak boikot bisnes orang.
Quote cha-cha 11-6-2018 12:24 PM
Bukan kurang akhlak, kurang duit sebenarnya.
Quote mieymiey 11-6-2018 12:31 PM
Semua yang boikot tu dah sah-sah macai ker?
Quote Intanmahsuri 11-6-2018 12:35 PM
Pasaraya dia tak best - tak comfortable - tempat cashier sempit - Tempat telur serabut -
Quote de_ikea 11-6-2018 12:48 PM
Kompom farouk dah takde job dr suhan movies pas ni. Tok danish tak boleh ditegur ya.
Quote Mierafaziera 11-6-2018 01:10 PM
virgo19 replied at 11-6-2018 12:20 PM
bagi aku memang kurang akhlak la yg beriya nak boikot tu. pasaraya 24jam memang la mahal sikit, sama ...

betul!!! kaka sokong virgo....sebab dikatakan kurang akhlak oleh DRN tu sebab yang group tu siap buat kempen untuk ajak netizen supaya boikot kedai dia..memang kurang akhlak la..pehal la plak kempen nak boikot sebab politik..
Quote bukan_ustazah 11-6-2018 01:51 PM
Melayu dan EMO berpisah tiada sebab tu susah maju, hasad dengki banyak sangat. Cina tolong cina melayu dengki tak sudah
Quote wadiunong 11-6-2018 01:52 PM

kawan iols yang obses dengan politik  pon sama kempen kat wall dia suruh boikot. adoii la mentaliti jamban betul.

manusia kalo hati tu dah hitam dah tak boleh bezakan mana yg baik & buruk. pandang semua benda buruk je
Quote chicozinn 11-6-2018 02:30 PM
meollss kalu barang murah, rasanya xsalah pergi kot..alah, kalu stakat mahal xsampai singgit bleh je kot nak g..
Quote cascutes 11-6-2018 02:44 PM
bg aku kurang akhlak tu mungkin refer pada sikap individu yg mengajak org ramai supaya boikot kedai tu,,,,  abg parok sejak PH menang ni lain macam sikit expose nye..
Quote Burong_Hantuk 11-6-2018 02:50 PM
rosyam nih memang penjilat kasut rosmah mansor & jibby
Quote ra5101 11-6-2018 02:51 PM
Kalau rasa tak nak pi pasaraya Rosyam, depan sikit tu ada Giant pi jer lah Giant. Pandu depan sikit ada Jusco.
Quote Nenasketum 11-6-2018 02:54 PM
Masa dia dok jadi batu api, bagus sangatlah akhlak dia kan. Diani macam shiela rusly, tak suka jangan tengok. Bingai, dah drama ko bergantung pada ratings. Dedulu boleh lah, cium molot ngan Noh Omar. Diorang nak buat style gengster skolah bawah jembatan, boleh lah poie mereput.
Quote zaraaqilah 11-6-2018 02:54 PM
ra5101 replied at 11-6-2018 02:51 PM
Kalau rasa tak nak pi pasaraya Rosyam, depan sikit tu ada Giant pi jer lah Giant. Pandu depan sikit  ...

kannn..byk jer pilihan....pandu dlm 5 km lg ada jer pasaraya hero....kalau x nak....pandu depan2 lg belok kiri...jumpa aeon big...
Quote selyusi 11-6-2018 03:23 PM
Aku boikot zawara coffee (dulu) - sampai sekarang sebab ada beberapa kereta besar ni guna parking orang cacat betul2 depan kedai tu pastu dengan angkuhnya angkut barang2 diorang letak atas satu meja ni tapi tak duk pun situ, duk meja lain. Bila aku duk kat meja tu giler kerek minah2 tu (MUA kot makeup sekati) mendengus boleh pulak alih barang. Kecewa sbb takde sorang pun staff tegur psl parking tu dan wat dek je depan mata diorang.

Bodyshop pun aku boikot, masa tu last day nak redeem points beratus, aku pergi kedai pakai cikai2 je takde makeup tak tahu nak beli apa asalkan nak habiskan points tu je, lama jugak la aku tengok baca2 label macam2, staff tu duk ngekor bila aku letak brg dia terus acah2 susun, pastu duk ckp ni mahal tu mahal in sarcastic and rude ok nampak sangat merendahkan aku. Last2 bila aku nak bayar aku tunjuk resit points tu dia mintak ic, before this aku pergi bodyshop takde minta ic pun, sebut nombor je, nak tuduh aku tipu la tu.. lepas check baru elok sikit cakap dgn aku. Tu last aku masuk bodyshop, dah hijrah ke l'occitane yang wayyyyyyy better than bodyshop.  Tak paham aku salesgirl pun sibuk nak pandang rendah kat orang.

So bang rosyam, dalam cerita aku ni siapa yang kekurangan akhlak??
Quote pujanggacinta 11-6-2018 03:34 PM

dengar penuh ajer market rosyam nie
so bersyukurlah

x payah lah melabelkan org lain kurang akhlak sbb dtg market
meolls agak
dia nie jenis suka labelkan org
kurang akhlak and kurang ajar....
ada bakat dlm lakonan tp
budi bahasa takde yea
Quote cupu 11-6-2018 03:36 PM
Aku ni dr kecik terlibat ngan bidang runcit..ayahku ada kedai runcit.ms sek rendah aku selalu bwk gula2 pergi jual kat sek..dah bsr pun tb2 lakiku bk kedai runcit..ckp psl persaingan mmg sengit oo....bygkan harga borong kita dpt dr coke yg jual 1.5L dlm 2.5..klu offer atau borong byk2 dpt murah lg..tp tesco jual rm1.90.ayam dlm 7/kg tesco jual rm5.99..nasib kedaiku kat kg..tu pun skrg bsaing ngan keda ecorm2 plk...yg netizen dh sah2 akan cr yg murah..sama la ngan kita pun.
Jd nasihatku dato rosyam.klu nk kekal lama kn pandai pusing dan jg servis..supermarket ni dia rendahkan harga bwg,telur dan2 dia pi markup harga sabun harga milo..org dtg skali harung beli semua senyum jela depa.mmg kn pandai twist2 ni.

Lihat semua komen(58)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
1.327716s Gzip On
To Top