CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Tertinggal Barang Di Pasar, Punca Pasangan Di Terengganu Bercerai

5-6-2018 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2920| Komen: 12

Description: Antara punca penceraian yang dilaporkan di Terengganu adalah disebabkan tertinggal barang di pasar.
Antara punca penceraian yang dilaporkan di Terengganu adalah disebabkan tertinggal barang di pasar.

Pelbagai punca remeh dan tidak masuk akal menjadi penyebab perpisahan antara pasangan berkahwin.


Ketua Hakim Syarie Negeri, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata,

“Menyebut mengenai kes perceraian dan puncanya tiada apa pelik dan mustahil di mahkamah syariah, banyak kes perpisahan berlaku kerana hal yang tidak wajar.

“Biarpun terlihat pelik dan tidak munasabah serta tidak masuk akal namun itulah realiti yang berlaku di kalangan suami isteri yang gagal mempertahankan perkahwinan mereka di negeri ini.” 

Gambar Hiasan

Tambahnya, antara kes yang terbaru adalah melibatkan penceraian suami isteri di atas motosikal.

“Hanya kerana si isteri tertinggal barang yang dibeli di pasar berlaku pertengkaran ketika dalam perjalanan pulang dengan menaiki motosikal sehingga suami melafazkan talak kepada isterinya.

“Jika diikutkan hal demikian hanya hal kecil dan boleh dibawa berbincang namun perpisahan tetap berlaku kerana kedua-duanya tidak sabar dan cepat mengambil keputusan tanpa memikirkan kesan terhadap keluarga termasuk anak-anak.'

“Sehingga kini kes perceraian di negeri ini pada tahap sederhana namun usaha untuk membendungnya akan diperkasakan supaya statistik yang direkodkan dapat dikurangkan.

“Pelbagai masalah timbul akibat perceraian termasuk kegagalan bekas suami memberi nafkah yang akhirnya anak-anak menjadi mangsa.

“Sehubungan itu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) menyediakan Bantuan Pendahuluan Nafkah (BPN) untuk membantu ibu tunggal menampung perbelanjaan keluarganya sementara kes tuntutan nafkah di mahkamah sedang berjalan." -CARI
23

Bagus
15

Marah
11

Terkejut
8

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 5-6-2018 12:41 PM
Kalau hati dah tak suka...
Quote ninjago 5-6-2018 12:51 PM
kihkihh.. arwah atuk i penah tinggalkan arwah nenek i lagi kat pasar sebab terlupa dah nyanyuk.. helok je bersama tilljannah. betul la.. kalau dah sebenarnya memang dah takde cinta..
Quote BoongaKertas 5-6-2018 12:51 PM
sedihnya..sbb benda2 kecik jer pun
Quote chinta89 5-6-2018 01:05 PM
teringat list2 punca cerai dlu. kes picit ubat gigi pun ade.

btw Terengganu ni tangga keberapa ranking perceraian ek?
Quote kikuri 5-6-2018 02:20 PM
patah la balik tengok barang ade lagi ke tak... yang nak sampai bercerai tu kenapa
Quote Orix 5-6-2018 02:28 PM
Indahnya isele
Quote Atata 5-6-2018 02:31 PM
Barang tertinggal kat pasar maybe melibat kerugian duit. So kalau family yg cukup2 makan, kerugian duit dgn cara mcmtu mmg menimbulkn stress yg amat. Dah la duit seciput kan.. brg yg d beli plk tertinggal mcmtu. jd la gaduh
Quote ninja9 5-6-2018 02:42 PM

hate -> pertengkaran -> bigger hate -> cerai on the spot

mcm mana korang define hubungan laki-bini korang

1. penuh protokol mcm hubungan raja dan permaisuri. maintain smpi ke bilik tifur. cuba tengok nirvana in fire kalu mau tengok contoh

2. masing2 aku ni laki - aku ni bini - asyik pertahankan hak masing2 sebab terasa ala2 bujang

3.  bertukar2 mode, kdg laki-bini, kdg kawan-kawan, kdg anak-bapa

4. tak tahu
Quote jlo 5-6-2018 02:45 PM
aduh macam2..sikit punca hal..patah balik kalo ada rezeki..ada..kalo takde takpe la redha
Quote rosasen 5-6-2018 03:30 PM
kadang2 tertinggal barang kt pasar tu salah satu penyebab kemarahan, mungkin berlaku bila kesabaran dah sampai kemuncak, time tu jgk lafaz cerai..huhu.....
Quote exclusive_vvip 5-6-2018 04:16 PM
rosasen replied at 5-6-2018 03:30 PM
kadang2 tertinggal barang kt pasar tu salah satu penyebab kemarahan, mungkin berlaku bila kesabaran  ...

btol...bukan bercerai semata2 sbb tertinggal barang kat pasar je tu...maybe dah lama rumahtangga bergolak...kemuncaknya,pertengkaran terakhir sbb kes tertinggal barang yg membawa kpd si somi akhirnya melafaz cerai...
Quote biozipstar 5-6-2018 09:51 PM
maybe selalu sgt tertinggal barang kt pasar ke... kite xtau

Lihat semua komen(12)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-5-2022 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.184497 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top