Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Lavida Raya Jadi Fenomena! DSV Nak Bagi Duit Raya Dengan Syarat...

4-6-2018 10:51 AM|Oleh: Ain | Dilihat: 1553| Komen: 13

Siapa tidak kenal dengan usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV). Pasti ada sahaja kelainan cuba ditonjolkannya.

Jika sebelum ini DSV tampil dengan lagu I Am Me yang mencetuskan fenomena, kini lagu terbarunya, Lavida Raya sempena Aildilfitri menjadi 'trending' nombor satu di Youtube hanya dalam tempoh 24 jam, sekali gus membuktikan bakatnya dalam bidang nyanyian.


Foto: IG DSV

Menurut kenyataan daripada pihak pemasaran lagu itu seperti dipetik Astro GEMPAK, lagu berkenaan mendapat sambutan positif orang ramai kerana mempunyai elemen rancak.

Memang terngiang-ngiang di telinga pendengar sampai nak bernyanyi dan menari bersama!

Apa yang lainnya dengan pembikinan Lavida Raya ini adalah ia dihasilkan di kediamannya dan menggunakan penari dalam kalangan kenalan sendiri termasuk anaknya, Cik B dan Kacak.


Foto: Youtube

Lebih menarik, gaya tarian dalam muzik video itu adalah sumbangan idea dari Cik B dan dirinya sendiri!

Bukan itu sahaja, DSV bermurah hati memberikan 'duit raya' bersempena pelancaran muzik video itu di Youtube pada Jumaat lalu dalam bentuk hadiah bernilai RM100 serta barangan peribadi miliknya setiap hari selama seminggu !

Syaratnya mudah sahaja, hanya perlu kongsikan muzik video tersebut dengan hashtag #lavidaraya di akaun media sosial serta komen terbaik sebelum dipilih sebagai pemenang.



Ha! Tunggu apa lagi? Sesiapa berminat mendapatkan barangan peribadi milik DSV, cepat-cepat kongsikan muzik video itu! - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
5
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
3
Bosan
1
Komen: 13
Komen

Previous : Suami Minta Nad Zainal Kurangkan Bawa Watak ‘Rentan’

Next       : Nak Sorok Hubungan Dengan Pengkid, Zara Zya Pura-Pura Cintai Hafreez Adam?

Komen Terbaru

Quote GigaMom 5-6-2018 06:09 PM
Menyesal aku tekan. Buat perabis data.
Baikla lg ayam mee goreng tu

Lain-lain Komen

Quote barfi 4-6-2018 11:16 AM
Best ke lagunya.. ada jah keluor di recommendation youtube ni tapi tak lalu lagi nak tekan play.
Quote Badigol 4-6-2018 11:22 AM
best lagi lagu fatah amin
Quote luvemedaa 4-6-2018 11:25 AM
Sekali dgr ingat lagu bola
Quote itsmeshikin 4-6-2018 11:27 AM
meluatnye dengo..hahhaha
Quote kikuri 4-6-2018 11:31 AM
dia punya intro muah muah tu pun dah cringe je aku rasa...
Quote sok_suci 4-6-2018 11:38 AM
haha melekat kat kepala part korus tu.. "ooo, ooo,, ooooo , oooooo raya!"
Quote AyaqMeloSuam 4-6-2018 12:31 PM
Syok tu gaya seret2 duit...
Quote beeeee 4-6-2018 12:33 PM
boleh la layan lagu ni buat suka2 tapi cik b memang lawak hahahah kacak sempoi je
Quote siputsedut 4-6-2018 03:02 PM
Haha lagu tok vid better than lagu alip ngn sajat....walaupon ala2 lagu tema world cup  dah lagunya...plg takleh blah kacak cakap fashion tok vid like ayam golek..wakakakaka...anak2 sendiri ponnx gemor style maknya berbulu2 dr rambit sampai tapak kaki
Quote siputsedut 4-6-2018 03:02 PM
barfi: Best ke lagunya.. ada jah keluor di recommendation youtube ni tapi tak lalu lagi nak tekan play.

Tekan la uols..sketsa dpn nya kelakar...cikb pon mls dah nk melayan omaknya
Quote chinta89 5-6-2018 09:42 AM
muahhh muahhhh ade tak part yg muncung2 tu?
Quote 234126 5-6-2018 02:34 PM
Edited by 234126 at 5-6-2018 03:17 PM

Baru nak tekan play, tapi tetiba tersedar masih berada  di tempat awam {:run tunggu balik rumah la haha

Update: ok dah tengok cik B.. dah penat layan mak dia . Ok la lagu dia.. at least ceria. Ada slang lagi ohkey, ohkey.
Quote GigaMom 5-6-2018 06:09 PM
Menyesal aku tekan. Buat perabis data.
Baikla lg ayam mee goreng tu

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.059473s Gzip On
To Top