Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Melayu Dengan Rayanya

31-5-2018 03:48 PM |Dilihat: 1925| Komen: 5

Google apa makna raya antara penjelasan yang muncul ialah Raya maksudnya besar . Dan "raya sering digandingkan dengan perkataan lain untuk memberikan maksud berbeza dalam menyatakan kelebihan perkataan itu berbanding perkataan asal. Raya juga membawa erti rai. 

Mungkin berdasarkan itu C sedikit  sebanyak menjelaskan facination orang Melayu terhadap perkataan atau makna raya. Kita tertarik, terpukau, terpesona. Senang cakap kita suka dengan raya.

Tahun 50-an dulu ada satu konsep atau impian dinamakan C Melayu Raya  (yang juga dikenali sebagai Indonesia Raya ). Ia merupakan satu gagasan kesatuan Malaya- Indonesia C Brunei C disatukan dalam satu rumpun. Idea itu tidak menjadi realiti. Panjang ceritanya. Sila google jika mahu lanjutannya.

Proses demokrasi memilih pemimpin dan kerajaan. Di Indonesia ia dipanggil pemilu, singkatan pemilihan umum. Kita di Malaysia proses itu kita gelar  pilihanraya.


Itu urusan politik. Perkara berat. Bagaimana pula dengan hal atau istilah untuk benda benda simple? Raya tetap menjadi pilihan. Contoh C jalan. Ada laluan tanah merah, jalan kampung sebagainya. Bila jalan itu ditar dan jadi agak besar kita panggil ia jalanraya. Dan bila ada lebih besar C highway C kita namakan lebuhraya .

Begitu juga pasar. Ada pasar kering, pasar basah. Tapi untuk pasar besar atau  supermarket  C kita namakan ia  pasar raya. Tempat orang berkumpul khususnya di kampung, untuk bermesyuarat  dan lain aktiviti dinamakan balai raya. Tidak terkecuali jabatan khasnya jabatan yang menyediakan infrastrutur  C kita kenali ia sebagai jabatan kerja raya.

Dan agensi yang menguruskan  harta dan yang berkaitan dengannya C dalam bahasa Inggeris public trustee   - bagi kita C amanah raya. Pegawai atau pakar perundangan yang membuat pendakwaan ialah pendakwaraya.

Beralih kepada bunga. Ya bunga kebangsaan kita. Nama asal atau nama saintifiknya hibiscus rosasinensis. Berbelit lidah nak menyebutnya. Saya difahamkan nama komannya  atau common name ialah bunga sepatu atau kembang sepatu. Waullahualam.

Tapi bagi kita ia adalah si bunga raya. Nama yang manis dan amat sesuai  sebagai  bunga kebangsaan Malaysia.  Takkan nak panggil bunga kebangsaan negara bunga sepatu C ia tak? By the way tahu tak anda apakah itu sepatu? Untuk pengetahuan orang muda sepatu ialah kasut. Orang tua tentu tahu. 

Foto Carian internet
Ok dan jika anda percaya atau gemar kisah alam mistik C kisah hantu C tentunya  tahu hantu pun tak dapat lari daripada raya. Lantas ada hantu raya. Ada lagi. Bila kota atau bandar pesat membangun dan jadi besar kita namakan ia bandar raya. Banyak lagi raya sebenarnya. Tapi yang paling best ialah hari raya.

Dan ucapan raya diiringi dengan mohon maaf. Oleh kerana ini ada artikel saya yang terakhir untuk Cari.com.my saya memohon maaf kepada semua jika ada terkasar bahasa dan tersinggung perasaan dalam penulisan saya sepanjang saya menulis untuk portal ini.

Dan walaupun ada lebih kurang dua minggu lagi sebelum datangnya 1 Syawal, saya  mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pembaca, pengunjung ,kakitangan dan pengendali  Cari.com.my. Maaf zahir batin.

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
4
Terkejut
9
Sedih
3
Lawak
6
Bosan
3
Reply: 5
Komen

Komen Terbaru

Quote matkpop 1-8-2018 11:31 PM
teringat dgn lagu jalil hamid - raya.

Lain-lain Komen

Quote shernazz 31-5-2018 04:15 PM
Hantu raya maksudnya hantu yang besor la.ek..
Hahahahaha
Quote pinkpunk 4-6-2018 09:29 AM
ok. baru paham maksud raya
Quote misscendol 25-6-2018 11:54 AM
mcm tu ke? bru tauuu.........
Quote munchkin 1-8-2018 07:21 PM
Aku meluat dengar raya kan sebulannnnnn. Menyudahnya ramai tak buat kerja. Kerja tertunda. Mcm cipet.

Bangsa lain ada ke raya sampai sebulan. 2-3 hari sudahlah....
Quote matkpop 1-8-2018 11:31 PM
teringat dgn lagu jalil hamid - raya.

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.037628s Gzip On
To Top