Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Degup Ramadan Lihat artikel

"Aduh, Malam Tadi Cek Dah Tak Ada Kesan Darah!" - Nak Puasa Tapi Keliru Masih Haid?

Oleh: Faizal|18-5-2018 12:29 PM Komen: 18
Selain darah haid, masalah keputihan dan darah istihadah (darah penyakit) adalah antara cairan yang akan keluar dari pada bahagian faraj wanita. Cairan-cairan inilah kadang kala membuatkan seeorang wanita itu berasa keliru adakah waktu keluar haidnya sudah berakhir ataupun belum lagi.

Foto: Google

Mengetahui waktu haid sudah berakhir ataupun belum adalah penting kerana ia bersangkut paut dengan ibadah yang hendak dilakukan oleh seseorang. Lebih-lebih lagi ibadah solat dn juga puasa. Jadi, bagaimana mengenalpasti sama ada darah yang keluar itu merupakan darah haid ataupun bukan?

Saintifik kejadian darah haid


Pada asalnya, darah haid merupakan cairan yang keluar dari rongga faraj akibat daripada keruntuhan dinding rahim setiap bulan apabila tiada telur (ovum) yang disenyawakan menempel di dinding rahim.

Menurut ulama, warna-warna darah haid ada lima iaitu:

1. Hitam
2. Merah
3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)
4. Kuning
5. Keruh

Warna-warna ini akan berubah dari peringkat permulaan datang haid sehinggalah haid anda berakhir. Peringkat permulaan hadi, darah haid yang keluar adalah bewarna hitam dan merah gelap kemudian bertukar merah dan kuning, kemudian kuning dan keruh dan akhirnya haid anda berwarna coklat.

Semasa tempoh keruh atau kekuningan inilah ramai wanita yang keliru kerana kadangkala ia disangkakan keputihan atau darah istihadhah.

2 Tanda habis haid


1. Kering dan bersih

Tanda yang utama ialah darah haid anda sudah betul-betul kering. Ini bermaksud, tiada lagi sebarang cairan yang keluar dari ruang faraj anda. Cara untuk mengetahuinya mudah sahaja. Ambil sehelai tisu berwarna putih dan lapkan di bahagian faraj.

Jika warna putih kapas tidak berubah, dia wajib mandi hadas dan mengerjakan solat. Namun jika di kapas ada bekas merah, kuning, keruh, atau coklat, maka tunggulah sehingga ia benar-benar bersih.

Foto: amazon.com

Ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan bahawa wanita-wanita sahabat menghantarnya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid.

Lalu Aisyah menjawab yang bermaksud:

Janganlah kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih (HR Imam al-Bukhari).

2. Keluarnya cecair putih

Selain haid yang kering, satu lagi tanda haid sudah berakhir ialah dengan keluarnya cecair berwarna putih daripada faraj.

Foto: tribunenews.com

Pada ketika cecair putih ini sudah keluar dan masih lagi terdapat kesan merah ataupun coklat pada faraj, ia tidak lagi dikira sebagai haid. Anda mesti mandi wajib.

Cara membezakan darah haid dan istihadah


Terdapat 4 ciri yang membezakan darah haid dengan istihadhah yang perlu diketahui oleh wanita.

Foto: peeonastickfreak.com

Bagi wanita yang keluar haid, mereka tidak boleh melakukan ibadah puasa dan solat, tetapi bagi wanita yang keluar darah istihadah, anda wajib melaukan ibadah-ibadah ini. Jom tengok macam mana nak bezakan darah haid dan darah istihadah.

1. WARNA
Darah haid berwarna merah gelap, sedangkan darah istihadhah berwarna merah segar (merah darah).

2. KEKENTALAN
Darah haid lebih kental manakala darah istihadhah lebih cair.

3. BAU
Darah haid berbau hanyir, sedangkan darah istihadhah biasanya tidak berbau.

4. KEADAAN DARAH
Darah haid masih kekal lembab setelah ianya keluar manakala darah istihadhah akan mengering kerana ia adalah darah dari pembuluh.

Jadi, sebagai wanita anda harus cakna dengan macam mana nak tahu bila haid anda bermula dan berakhir supaya ibadah yang kita lakukan diterim oleh Allah SWT. Selamat beramal. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 18
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 21-5-2018 10:32 PM
babydoll replied at 21-5-2018 04:13 PM
uihhh!! takut pulak i baca. dah lain mcm je sakitnye kalau keluar warna hijau.
ape dia ingat peri ...

Ntah ler sis...maybe pernah jd kes tu kot that's why ada mazhab tu ckp cmtu..kekeke~

Lain-lain Komen

Quote intan_smsb 18-5-2018 12:35 PM
ooo nasib baik tiada gambar berdarah yg betul2
Quote Konahhh 18-5-2018 01:06 PM
useful TT.
Quote myakayina 18-5-2018 01:12 PM
good info ..
Quote grizz 18-5-2018 01:59 PM
bagus..
Quote gadiskosmos 18-5-2018 02:11 PM
di lema jadi perempuan
Quote eizarz 18-5-2018 02:40 PM
intan_smsb: ooo nasib baik tiada gambar berdarah yg betul2
yg tu kena mintak kat abam sajat{:cryrun{:cryrun
Quote insulin 18-5-2018 02:53 PM
Info yang berguna untuk den yang belum kahwin...
Quote sufi^_^ 18-5-2018 03:17 PM
Good info, tt. Biasanya citer pasal cara kira haid, cara tentukan istihadah. Yang ni camana nak beza ikut rupa bentuk darah.
Quote sufi^_^ 18-5-2018 03:17 PM
insulin replied at 18-5-2018 06:53 AM
Info yang berguna untuk den yang belum kahwin...

ekceli yes, suami atau bakal suami pun kena tahu gak pasal haid istihadhah ni.
Quote rosasen 20-5-2018 09:20 AM
good info..thanks
Quote nasbab86 20-5-2018 10:54 AM
aku prnah blajar time skolah rendah, klu darah berhenti kurang dr 24 jam, consider istihadhah jgk.

Quote rogayahtop 20-5-2018 11:45 AM
bukan form 1 dah belajar ke benda ni? tu pasal kena buat proper sex education. bukannya sex education tu cerita pasal dlm kelambu ala2 cd ceramah.
angin pulak akak.
Quote chinta89 20-5-2018 01:31 PM
nice info              
Quote salmon-suki 21-5-2018 06:27 AM
Good info,mmg ramai y still confuse bab ni...penah blaja psl haid ni dlm kelas fardu ain,and paling lawak tu ada dlm satu mazhab ckp darah haid ada warna hijau..adehhh..ntah dr mana mai kaler tu..hihihi~
Quote talapia 21-5-2018 02:19 PM
camne kalau period yang biasanya dalam 6 hari. tapi... hari ke 5.. malam.. memang xde stain langsung pon.. clean pad. Masuk siang hari ke 6... baru ada stain tanda2 nak habis period.

Bangun pagi.. tengok clear.. so mandi.. and qada' maghrib n isya'. Sebab masa mandi petang tu.. masih ada stain pada pad. so assume siang hari ke 5 tu masih period.

Bila hari ke 6 tu.. ada stain semula.. so kena mandi semula kan?
Quote babydoll 21-5-2018 04:13 PM
salmon-suki replied at 21-5-2018 06:27 AM
Good info,mmg ramai y still confuse bab ni...penah blaja psl haid ni dlm kelas fardu ain,and paling  ...

uihhh!! takut pulak i baca. dah lain mcm je sakitnye kalau keluar warna hijau.
ape dia ingat period tu mcm lumut ke cmne?

Quote ladybugz 21-5-2018 04:45 PM
Byk pendapat dan pandangan mengenai haid ni. Ape yg perlu di ingat setiap wanita adalah unik. Jd x semua boleh dipukul rata. Lembab atau kering tu bukan pengukur tepat. Oleh itu jika ada masalah berkaitan haid yg luar biasa drpd org lain sila rujuk secara personal dgn ustaz atau ustazah.
Quote salmon-suki 21-5-2018 10:32 PM
babydoll replied at 21-5-2018 04:13 PM
uihhh!! takut pulak i baca. dah lain mcm je sakitnye kalau keluar warna hijau.
ape dia ingat peri ...

Ntah ler sis...maybe pernah jd kes tu kot that's why ada mazhab tu ckp cmtu..kekeke~

Lihat semua komen(18)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.048164s Gzip On
To Top