Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Nak Jadi Macam Mereka! Selebriti Yang Tiada Pengalaman Berniaga Tapi Mampu Berjaya

16-5-2018 04:26 PM |Dilihat: 1460| Komen: 12

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dikasihi. Jadi usahawan dalam peniagaan makanan ini ramai orang dah mula ceburi. Walaupun sekarang ni banyak juga yang gulung tikar dan ada yang terpaksa jual peniagaan mereka kerana tidak mampu bersaing. Tapi masih ramai lagi kat luar sana yang tiada background perniagaan makanan tapi masih mampu berjaya. 

Jom kita kenali beberapa usahawan makanan yang tiada ilmu peniagaan makanan tapi mampu untuk terus berjaya dan mengembangkan perniagaan mereka sehingga sekarang.

1) Datuk Seri Alif Syukri (Rumah Makan Terlajak Laris)
Siapa tak kenal kepada figura ini yang memang popular dengan mulut lancang dan juga kata laser beliau ini. Sebelum ini terkenal dengan produk kesihatan dan penjagaan diri kini telah buka satu lagi cabang perniagaan iaitu restoran. Ini mungkin kerana minat beliau dalam dunia masakan dan beliau kadang-kadang ada masa free akan habiskan masa memasak di rumah.


2) Ajai C Komposer (Restoran Asam Pedas Hirup)
Komposer yang cukup popular dengan menghasilkan pelbagai lagu yang top meletop seperti Pulangkan nyanyian Misha Omar dan Ku Akui nyanyian Hafiz. Tapi adakah dalam bidang nyanyian ini tidak mampu untuk hidup. Tidak Ajai membuka perniagaan makanan ini kerana minat beliau dalam masakan dan kini perniagaan aka nada cawangan.

3) Fizo Omar (Restoran Fizo Mawar Kitchen)
Pelakon ini dulu bermula sebagai model dari program realiti. Berlakon tidaklah sehebat mana tapi kerana minat dan impian nak menjadi usahawa beliau memperlahankan karea lakonan dan menceburi bidang perniagaan makanan. Pertama sekali beliau membuka faranchise Hot Burger dan kini telah membuka restoran masakan Thai yang popular juga.  


4) Fazley Yaakob (SukaSucre Bistro)
Dulu beliau penyanyi kemudian melibatkan diri dalam bidang lakonan dan kita terjun bidang kulinari. Bermula sebagai pemenang program reality Masterchef Selebriti Malaysia nama beliau makan dikenali dalam dunia masakan. Akhirnya kita beliau telah menjadi chef yang juga pemilik kepada restoran SukaSucre Bistro.

5) Linda Onn - Penyampai Radio (My Moms Chicken Rice & My Asam Pedas Shop)
Penyampai radio ini memang dah lama membuka perniagaan dalam industri makanan bermula dengan restoran nasi ayam dan kini ada cawangan asam pedas pula. Restoran ini pun ramai orang tahu dan ada pernah isu restoran ini tutup dan macam-macam lagi tapi beliau tetap berjaya hingga kini.

Foto Carian internet
6) David Teo C Penerbit Filem (Restoran Lemon)
Seorang lagi ini juga merupakan orang yang cukup popular dalam industri perfileman negara dan telah banyak menghasilkan filem menarik dan hebat seperti Adnan Sempit dan Dorm Melati. Tapi kini agak kurang dengar tentang penerbit yang tidak lokek dengan ilmu dan juga rezeki yang beliau miliki. Peniagaan makanan juga makin maju dengan telah membuka beberapa cawangan di Kuala Lumpur.

Sebenarnya ada ramai lagi mereka yang tidak ada latar belakang sebagai usahawan makanan tapi mampu untuk berjaya kat luar sana. Saya senaraikan mereka ini yang popular tapi kat luar sana ada doktor, peguam, engineer dan macam-macam lagi yang juga turut buka business makanan ini. Apa pun pokok pangkal kena ada ilmu dan juga semangat.

Jangan mudah putus asa bila gagal sekali tapi terus majukan diri. So jangan lupa untuk follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook page @Mahamahu, korang boleh luahkan pendapat kat situ nanti Maha cuba kongsikan ok. Ini hanya perkongsian untuk kebaikan dan keberkatan semua apa salahnya betul tidak. Semoga semua berjaya. 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
5
Terkejut
4
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
0
Reply: 12
Komen

Komen Terbaru

Quote gigahertz 4-6-2018 04:18 PM
krustykrab replied at 17-5-2018 03:27 AM
ada kat tesko ampang tapi sendu ....cemana ek blh bertahan

tgk harga menu dia berapa. biasanya diorang aim hari minggu / Cuti

Lain-lain Komen

Quote CiliPadiSedap 16-5-2018 04:57 PM
tan sri ali hashim - kfc
Quote grizz 16-5-2018 05:05 PM
mmg la bleh dorg rmai peminat..so xyh promote beria2 cm kite yg marhain ni..
Quote LostStar 17-5-2018 10:03 AM
dalam bnyk2 ni, kedai ajai daku teringin nk p.. sbb review org ramai tu buat aku teringin nk  merasa..
Quote sufi^_^ 17-5-2018 11:02 AM
My mom chicken rice tu ada lagi ke?
Quote krustykrab 17-5-2018 11:27 AM
sufi^_^ replied at 17-5-2018 11:02 AM
My mom chicken rice tu ada lagi ke?

ada kat tesko ampang tapi sendu ....cemana ek blh bertahan

Quote mieymiey 17-5-2018 01:41 PM
Dah nama pun selebriti, so tak heran. Ko jual la apa pun, dengan harga yahudi sekalipun, confirm BBNU berduyun-duyun beli.
Quote sufi^_^ 17-5-2018 01:53 PM
krustykrab replied at 17-5-2018 03:27 AM
ada kat tesko ampang tapi sendu ....cemana ek blh bertahan

Sekali je penah makan, kat shah alam lama dah. So-so je rasa.
Quote mamapea 17-5-2018 02:41 PM
dh nama pun selebriti...dh terkenal...jual la apapun mesti ramai je nk beli...
dh tu jual harga cekik darah...
Quote encikWawad 17-5-2018 03:06 PM
Lemon david teoh tu bukan dah melingkup ke you all
Quote Artemesiaa 17-5-2018 04:15 PM
Dah sedia terkenal tak perlu nak marketing teruk2 macam orang biasa.  Bertahan atau tidak bergantung pada masih gigih jaga quality dan perkhidmatan atau tidak je.
Quote chicozinn 18-5-2018 09:51 AM
dah ada nama boleh la sembang..cuba orang bese2 xpenah bukak biz tetiba bukak biz makan tahun kot kalu nak stabil dlm biz..
Quote gigahertz 4-6-2018 04:18 PM
krustykrab replied at 17-5-2018 03:27 AM
ada kat tesko ampang tapi sendu ....cemana ek blh bertahan

tgk harga menu dia berapa. biasanya diorang aim hari minggu / Cuti

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043008s Gzip On
To Top