Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Kemaluan Anak Dicilikan, Armin Setuju Ceraikan Ziana Zain Tapi Bersyarat

15-5-2018 03:54 PM|Oleh: Saiful | Dilihat: 2600| Komen: 0

Selama ini Ziana Zain memilih untuk berdiam diri, namun akhirnya dia tampil menceritakan hal sebenar mengenai kisah rumah tangganya bersama Armin Zaharin.

Dalam satu sidang media, Ziana dengan penuh rasa sebak memberitahu yang dia sudah hilang sabar melihat suaminya mencederakan anak-anaknya.



Bukan mahu mengajar, Ziana dedahkan yang anak-anak teruk dipukul Armin hingga lebam dan tangan 'pecah' kerana dirotan.

Lagi teruk bila anak kembarnya, Muhammad Ariel yang ketika itu berusia 3 tahun pernah dicili di kemaluan dan duburnya.

Foto: Carian Internet
“Hak seorang isteri salah satunya adalah hormat padanya. Bukannya dimaki, dimalukan depan orang, cuma hormat pada isteri” katanya seperti dipetik melalui Hangat.com.

Armin juga pernah mengambil dadah dan dia sebagai isteri yang sudah hidup bersama selama 20 tahun kenal benar dengan perangai Armin.

Foto: IG Ziana Zain
“Saya pernah tanya pada anak-anak tak nak makan di luar ke? Pastu dia menjawab, ‘Tak nak mak, nanti ayah maki kita. Malu kita nanti dekat restoran.”

Sementara itu niat penyanyi Madah Berhelah ini untuk bercerai secara baik tidak kesampai apabila Armin membangkitkan soal anak-anak mereka.

Foto: mStar Online
“Saya bersetuju untuk bercerai dengan baik tetapi dengan syarat saya dibenarkan untuk bertemu anak-anak saya.

“Sejak Mac lalu saya langsung tidak dapat bertemu mereka dan berharap perkara itu dapat diambil kira oleh mahkamah,” kata Armin sepeti dilaporkan di mStar Online. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 0
Komen

Previous : “Berdarah Telinga Dengar Janna Nick Nyanyi!” Netizen Minta Fokus Berlakon Je

Next       : Tak Cantik, Tak Kaya-Awin Dituduh Guna Bomoh Pikat Izzue Islam

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.040956s Gzip On
To Top