Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Umie Aida Tak Mahu Dedah Aib Kerajaan Dahulu, Ini Sebabnya...

15-5-2018 11:48 AM|Oleh: Saiful | Dilihat: 2808| Komen: 7

Sejak Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum Malaysia, sekaligus menggantikan pemerintahan Barisan Nasional, macam-macam cerita keluar!

Termasuklah mengenai isu artis yang didakwa 'lalang', menyaksikan ramai yang tampil bersuara membuka rahsia tentang kerajaan dahulu.

Namun bagi Datin Seri Umie Aida, dia lebih selesa untuk berdiam diri bila diminta untuk berkongsi pengalaman suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditahan polis pada tahun 2015.


Melalui Instagram, pelakon ini menyatakan walaupun Malaysia sudah bebas bersuara namun dia tidak bersedia untuk berkongsi pengalaman pahit itu.

Walau bagaimanapun tidak teragak-agak untuk berbuat demikian suatu hari nanti, bila keadaan sudah reda.



Susulan itu, ramai yang memuji sikapnya kerana memilih untuk tidak membuka aib mana-mana pihak.

Sebelum ini Khairuddin pernah ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Foto: Carian internet
Dia juga dilarang ke luar negara dan telah disenarai hitam oleh  Jabatan Imigresen Malaysia atas arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM). -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 7
Komen

Previous : Ezuwan, Maria Sengaja Tiru Gaun 'Cekedis Keju' Kerana Geram Dengan Netizen

Next       : “Berdarah Telinga Dengar Janna Nick Nyanyi!” Netizen Minta Fokus Berlakon Je

Komen Terbaru

Quote zeitabaei 15-5-2018 06:35 PM
Ala sbnrya dlm peringkat nak cerai ni, tiba2 pH menang X jadi la nak cerai SBB pH jadi kerajaan laki nya JD org kerajaan balik

Lain-lain Komen

Quote grizz 15-5-2018 12:06 PM
bagus gak acik umi ni..
ke klu bukak takut kne kecam blek..
Quote besarkecik 15-5-2018 12:10 PM
Semoga tak jadi lalang..
Semoga, isu politaik Malaysia ni cepat tamat, sebab naik muntah tengok status  masing-masing dalam fb. Tolonglah move on
Quote BookerT 15-5-2018 12:17 PM
semua mak hayam nak dedah rahsia...lepas tu acah aib....ke kau orang sebenarnya malas nak layan polis buat siasatan ke atas diri kau orang nyah..acah deep je nak dapat like netizen kan nyah...
Quote Suchi 15-5-2018 12:47 PM
Baguslah
Tak suka ngn politik balas dendam ni
Malah sejak PRU14 ni boleh nampak sapa yg hati perut busuk hitam dendam tak sudah2
Lagi2 yg bersifat peribadi.
Tak suka org itu ini suh siasat org itu ini, padankn muka org itu ini
Hanya disebabkan hal peribadi iaitu rasa menyampah dan cemburu.
Sehari dua lagi nak puasa harap masing2 muhasabah diri lah.
Jangan benci melampau2 sgt kt org kerana perangainya tapi benci la pd diri sendiri yg rasa terlalu sempurna sampai boleh judge org itu ini.
Quote shernazz 15-5-2018 12:57 PM
Kekadang aku tgk laki.umie neh cm.faradhiya versi lelaki
Quote pandora72 15-5-2018 05:04 PM
Ok juga. Kira mcm bukan sore-winner la ni. Lain la pula dgn si NurulZahid tu. Sore loser sgt. Masih lagi x dpt move on kekalahan still giat komen n kondem kerajaan yg terkini. Bajet ilmiah sungguh!
Quote zeitabaei 15-5-2018 06:35 PM
Ala sbnrya dlm peringkat nak cerai ni, tiba2 pH menang X jadi la nak cerai SBB pH jadi kerajaan laki nya JD org kerajaan balik

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.056342s Gzip On
To Top