Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Apartmen Mewah Keluarga Najib Kena Geledah

13-5-2018 08:09 AM |Dilihat:8351| Komen: 42
Pihak polis dilaporkan menyerbu sebuah apartmen mewah di Kuala Lumpur dipercayai milik keluarga bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Awani memetik agensi media Reuters menyatakan ia bertujuan mencari dokumen penting berkaitan 1MDB.

Menurut agensi berita itu, dapat dilihat kira-kira 20 pegawai polis memasuki lobi apartmen di Pavilion Residences semalam.

"Kami sedang mencari dokumen kerajaan yang mungkin telah diambil secara haram kerana kerajaan bimbang ia adalah bukti penting dan bimbang dilarikan ke luar negara," menurut pegawai kanak polis yang tidak mahu disebut namanya. 

Foto Astro Awani
Semalam, ada laporan menyatakan Pemuda Bersatu, Ben Ali mengesahkan dia membuat laporan polis berkenaan pemindahan barangan berjenama peribadi didakwa milik Rosmah. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
11
Marah
8
Terkejut
5
Sedih
4
Lawak
4
Bosan
4
Komen: 42
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Bonda_Aniey 15-5-2018 05:07 PM
SEronoknya jd kaya n berpangkat... tp tak seronok bila dah tertangkap..huhuhu

Lain-lain Komen

Quote roy3 13-5-2018 08:14 AM
Haha padan muka...aku yakin kondo tu da dikosongkan...
Quote nuralisa 13-5-2018 08:14 AM
Apartment ni yg alif syukri pun ada beli gak kan ??
Quote samasam90 13-5-2018 08:16 AM
roy3 replied at 13-5-2018 12:14 AM
Haha padan muka...aku yakin kondo tu da dikosongkan...

rosmah ada jah kat dlm... siap pakai baju kuning rambut kepok2 .. selesa pulak dia kat situ dgn kotak setinggi gunung..
Quote R2D2 13-5-2018 08:18 AM
Thread dh ada semlm
Lembab wartawan CARI
Mkn elaun buta ka
Quote CARI-MAMS 13-5-2018 08:23 AM
R2D2 replied at 13-5-2018 08:18 AM
Thread dh ada semlm
Lembab wartawan CARI
Mkn elaun buta ka

tau tp tu psl beg kan...ini yg latest ada kt awani dan malaysia kini pagi ni...kira wartawan mereka lembab juga ke? kan kami quote awani tu...
Quote CARI-MAMS 13-5-2018 08:27 AM
ini link di awani:

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/apartmen-mewah-keluarga-najib-digeledah-175308

ini link malaysiakini:

https://www.malaysiakini.com/news/424531

dua2 ni news utk pagi ni....kami di cari quote dari sana...kira kami lembap la?
Quote MayaDelaRosa 13-5-2018 08:38 AM
Yes..Ni news baru....Dah byk ari saya berkampung di sini..Psl geledah rumah mmg news bru...Xbaik ckp wrtawan cari lembap...sabar ye
Quote unguaurora 13-5-2018 09:08 AM
Woww...makin panas malaysia skrg. X sabo nk tgk hasil serbuan. Cincin berlian 2.4 juta tu jgn dilupa ye? Hihi{:nose
Quote FOTHER-MUCKER 13-5-2018 09:12 AM
unguaurora replied at 12-5-2018 05:08 PM
Woww...makin panas malaysia skrg. X sabo nk tgk hasil serbuan. Cincin berlian 2.4 juta tu jgn dilupa ...

Mana ada lah

https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1106127&extra=page%3D1
Quote roy3 13-5-2018 09:31 AM
samasam90 replied at 13-5-2018 08:16 AM
rosmah ada jah kat dlm... siap pakai baju kuning rambut kepok2 .. selesa pulak dia kat situ dgn ko ...

Oh silap pulak..mgkin kak ros jd kecik sebab takut kene tgkap..tu yg x nmpk
Quote noraidil_06 13-5-2018 10:11 AM
CARI-MAMS: tau tp tu psl beg kan...ini yg latest ada kt awani dan malaysia kini pagi ni...kira wartawan mereka lembab juga ke? kan kami quote awani tu...


Sabarlah awaaa
Quote ultra78 13-5-2018 10:21 AM
Ini berita sebenar (copy paste dari thread sebelah)

Polis nafi serbu apartmen mewah

Diterbitkan pada Mei 13, 2018 09:36 MYT

Polis nafi serbu apartmen mewah

Mazlan berkata beliau akan membuat laporan mengenai berita palsu yang melaporkan serbuan susulan kes itu dan mempersoalkan siapakah sumber polis yang dipetik dalam laporan berkenaan. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Polis menafikan laporan beberapa portal berita yang mendakwa pasukan polis menyerbu sebuah apartmen mewah di Jalan Raja Chulan di sini petang semalam, berhubung pemindahan barangan mewah dipercayai milik isteri bekas perdana menteri.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pihaknya sedang menyiasat secara terperinci dakwaan itu selepas menerima laporan daripada Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tengah hari semalam.

"Pihak polis telah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan rapi dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan bukannya melakukan serbuan.

"Laporan berita Reuters dan beberapa portal adalah palsu dan tidak benar," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Mazlan berkata pihaknya juga telah merakam keterangan beberapa anggota polis bantuan di apartmen itu bagi membantu siasatan mengenai dakwaan terdapat maklumat dan rakaman video menunjukkan kira-kira 50 tas tangan Birkin dipindahkan daripada sebuah van ke beberapa unit apartmen itu.

BACA: 'Beri polis siasat laporan serbuan kondominium mewah' - Ketua Polis KL

Mazlan berkata beliau akan membuat laporan mengenai berita palsu yang melaporkan serbuan susulan kes itu dan mempersoalkan siapakah sumber polis yang dipetik dalam laporan berkenaan.

Malam tadi, sebuah agensi berita asing melaporkan kira-kira 20 anggota dan pegawai polis membuat serbuan di apartmen itu petang semalam susulan laporan yang diterima mengenai pemindahan barangan terbabit.

Tinjauan Bernama di lokasi berkenaan mendapati kira-kira 10 petugas media tempatan berkumpul di hadapan apartmen itu lewat malam tadi bagi membuat liputan.

-- BERNAMA



------------------------------------------------------------


Kemungkinan nak check CCTV tengok rakaman sama ada kenderaan rasmi kerajaan disalahguna.
Quote netto_ 13-5-2018 10:35 AM
Tgk wartawan cari dah marah.
Quote armin 13-5-2018 10:57 AM
samasam90: rosmah ada jah kat dlm... siap pakai baju kuning rambut kepok2 .. selesa pulak dia kat situ dgn kotak setinggi gunung..


Ohh tu video latest eh? Entah2 yg penting semua dah diselamatkan siap2 tinggal yg biasa2 je sbb tu sheols rileks je kot
Quote armin 13-5-2018 10:58 AM
MayaDelaRosa: Yes..Ni news baru....Dah byk ari saya berkampung di sini..Psl geledah rumah mmg news bru...Xbaik ckp wrtawan cari lembap...sabar ye


Wartawan cari gossip artis pun lambat kdg2 dah tak panas berita baru nak bukak benang
Quote mizzmimi 13-5-2018 11:12 AM
samasam90 replied at 13-5-2018 08:16 AM
rosmah ada jah kat dlm... siap pakai baju kuning rambut kepok2 .. selesa pulak dia kat situ dgn ko ...

Mana nak tengok ni?
Quote mizzmimi 13-5-2018 11:12 AM
Iols rindu nak tengok kak ros..
Quote ultra78 13-5-2018 11:20 AM
netto_ replied at 13-5-2018 10:35 AM
Tgk wartawan cari dah marah.

Wartawan cari buka thread sebab itu kerja dia. Ada sesetengah berita tu mereka tak follow sangat dan mungkin lambar sikit. Tak boleh compare dengan forumer tegar yang teruja sangat mengenai sesuatu isu dan refresh website berita setiap minit untuk dapatkan berita baru dan create thread. Lagipun artikel dari wartawan cari ni biasanya dialihbahasa dan diolah oleh wartawan itu sendiri. Kerja ini mengambil masa dan tidak secepat copy paste.
Quote Travelo 13-5-2018 11:32 AM
ultra78 replied at 13-5-2018 10:21 AM
Ini berita sebenar (copy paste dari thread sebelah)

Polis nafi serbu apartmen mewah

telah ke lokasi dan serbuan,sama shj tujuannya..

Lihat semua komen(42)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.087862s Gzip On
To Top