Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Hangatkan Tubuh Cara Orang Cina C Amoi Kongsi Resipi Sup Longan Dan Kurma Merah

24-4-2018 04:28 PM|Oleh: Azza Rai | Dilihat: 3317| Komen: 17



Setiap bangsa mempunyai amalan atau petua masing-masing demi mendapatkan badan yang sihat. Jika orang Melayu kaya dengan pemakanan jamunya, orang India pula dengan rahsia kunyitnya, kaum Cina juga mengamalkan petua tradisi iaitu kurma merah.
    
Walaupun ramai yang mengamalkan petua ini adalah ibu bersalin kerana mahu susu ibu meriah, namun sebenarnya ia sangat bagus diamalkan bagi semua yang mahukan vitamin semulajadi.
    
Maklumlah bila yang asli ini, ia pastinya tiada kesan sampingan. menambahkan kecergasan, menghangatkan tubuh dan bagus untuk menambah sel sel darah merah untuk mereka yang kurang darah atau anemia.
    
Netizen ini, Amanda Tan atau popular dengan nama Amoi Jamu berkongsi resipi yang sangat mudah disediakan ini iaitu sup longan dan kurma merah. Semuanya untuk sihat dengan cara semulajadi. Jom hangatkan tubuh cara  bangsa Cina.


Sup kurma merah dan longan
Bahan-bahan
-    segenggam longan kering
-    segenggam kurma merah
-    segenggam buah goji
-    segenggam Yuk Chuk
-    2 batang Huai Shan atau dikenali Naikamo

Bahan-bahan herba
Cara membuatnya
1)    Bersihkan semua bahan. Hiris kulit Huai Shan dan cuci sekali lagi. Potong saiz sederhana.
2)    Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Isikan 800ml air.
3)    Biarkan mendidih dengan api kecil selama 2 jam (jaga supaya tidak hangus atau melimpah). Jika air kurang, tambahkan air.
4)    Perisakan dengan garam secukup rasa sebelum dihidang.

Setelah 2 jam direbus

Manfaat
- Longan kering - bagus untuk kesihatan jantung dan buah pinggang.
- Kurma cina -memperkaya dan menambah sel sel darah merah.
- Buah Goji -bagus untuk kesihatan mata dan sistem imun badan.
- Yuk Chuk - menguatkan paru paru dan sistem imun badan.
- Huai Shan @Naikamo- kuatkan organ perut dan limpa dan kurangkan keletihan.

* Setiap bahan di atas kecuali Huai Shan, boleh dibeli di bahagian menjual herba herba di pasaraya atau di kedai tabib Cina. Huai Shan pula boleh dibeli di pasar raya bahagian sayur sayuran.

Jom sihat secara semulajadi. - CARI 

Kredit : FB Amanda Tan


Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
5
Komen: 17
Komen

Previous : Tart Telur Guna Roti Je! Sama Ke Nikmatnya?

Next       : 'Kamus Ikan' - Bolehlah Tunjuk Handal Depan Mak Mertua Nanti!

Komen Terbaru

Quote drivethru 29-5-2018 10:38 PM
Selalu beli yg dah siap pack kat kedai mee tarik warisan. Balik rumah tambah air panas jer.

Lain-lain Komen

Quote grizz 24-4-2018 04:30 PM
aku klu nk minum minuman kesihatan ni g je kedai mkn cina..yg halal la..
senang..
Quote noraidil_06 24-4-2018 04:37 PM
My fav ms dlm pantang. Beli kt kedai ubat cina. Campak je dlm slow cookerm done. Kalau rajin, msk dgn ikan haruan
Quote chinta89 24-4-2018 04:44 PM
MCM BEST JE
Quote missinpiece 24-4-2018 05:05 PM
Sup ayam masak ngn herba sodap
Quote CiliPadiSedap 24-4-2018 05:15 PM
noraidil_06 replied at 24-4-2018 04:37 PM
My fav ms dlm pantang. Beli kt kedai ubat cina. Campak je dlm slow cookerm done. Kalau rajin, msk dg ...

kaka masak ikan haruan, sekali isi hilang lupa padam api dapur
Quote myakayina 24-4-2018 05:26 PM
goji beri tu aku selalu letak kat overnight oat..sedap ..my cainis kolig jua yg ajar..
Quote Catpaw 24-4-2018 06:18 PM
Pernah buat kurma merah, goji rebus. Tambah gula batu sikit, lagi manis

Buat yang tak pernah cuba, kurma merah tu beli yang ada biji, sebelum rebus buang dulu biji dia. Bukan kurma yang jenis manisan tu tau kawan cina iols juga ajar mende ni. Siap ajar srh bubuh dalam sup
Quote Cari-Azza 24-4-2018 06:48 PM
myakayina replied at 24-4-2018 05:26 PM
goji beri tu aku selalu letak kat overnight oat..sedap ..my cainis kolig jua yg ajar..

tabur macam tu ja ke kena rebus?

Quote DeeHanania 24-4-2018 07:08 PM
Faveret nie...
Slalu buat rebus kurma merah,goji&halia...
Sedap!!!
Quote lwyl 24-4-2018 09:44 PM
Masak nasi campak goji berries sedikit. Baik untuk mata.

Rendam kurma merah dan goji berries dalam secawan air panas dan minum.
Quote umbut 25-4-2018 08:59 AM
Aku selalu minum longan, kurma merah utk bykkan susu badan..
Quote hiriko 25-4-2018 09:20 AM
Catpaw replied at 24-4-2018 06:18 PM
Pernah buat kurma merah, goji rebus. Tambah gula batu sikit, lagi manis

Buat yang tak pernah c ...

Kenapa kena buang biji dulu ye??
Quote myakayina 25-4-2018 09:42 AM
Cari-Azza replied at 24-4-2018 06:48 PM
tabur macam tu ja ke kena rebus?

rendam dlm air panas sekejap, biarkan sejuk lepas tu baru masuk dlm oat..
Quote Catpaw 25-4-2018 08:18 PM
hiriko replied at 25-4-2018 09:20 AM
Kenapa kena buang biji dulu ye??

Bijik kurma tu panas kate ahmoi sekerja iols, tu yang dia srh buang duu
Quote chicozinn 26-4-2018 04:29 PM
meolss penah beli kurma merah da siap buang biji..rasa pelik siot xcam kurma merah yg belum buang biji punya..trus stop minum padahal dulu rajin wat air rebus nk tmbah susu..sejak anak da benti bf, trus xbeli lagi da brg2 tu sume
Quote vee_zara 29-5-2018 12:55 AM
Sedappp rasa fresh je kat tekak.
Quote drivethru 29-5-2018 10:38 PM
Selalu beli yg dah siap pack kat kedai mee tarik warisan. Balik rumah tambah air panas jer.

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043102s Gzip On
To Top