Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Tutup Kedai Gara-Gara Cikgu Ini Beli 55 Pasang Kasut Sekolah Untuk Murid Miskin

Oleh: Whitney|19-4-2018 12:18 PM Komen: 51
Tugas guru di sekolah bukan sahaja setakat mengajar murid-murid menulis, membaca dan menulis tetapi kadang kala lebih daripada itu. Guru juga diibaratkan orang kedua terpenting yang menjaga kebajikan murid-murid apabila berada disekolah.


Seorang guru bernama Mohd Fadli Salleh berkongsi status dirinya yang membeli 55 pasang kasut sekolah baru untuk murid-muridnya di Facebook. Menariknya, kedai kasut Bata yang dikunjunginya terpaksa ditutup sementara bagi memudahkan pekerja mencari saiz kasut dan mengurus pembelian cikgu ini.

Tidak sempat nak melayan pelanggan lain menyebabkan pekerja kedai kasut ini terpaksa tutup kedai. Penat mereka mencari saiz dan kasut sebanyak 55 pasang itu.


Keadaan kasut salah seorang murid yang mendapat kasut sekolah baru. Cikgu tersebut mengukur saiz tapak kasut murid-muridnya agar tidak tersalah beli.

Ramai netizen yang terharu dan mengucapkan terima kasih atas usaha murni cikgu ini yang mengurus dana untuk anak-anak yatim, murid-murid miskin dan yang memerlukan di sekolah tempat dia mengajar. Rezeki anak-anak muridnya, kali ini dapat membelikan mereka kasut sekolah baru.

Netizen dapat merasakan yang bukan sahaja tauke kedai kasut Bata itu yang seronok malah murid-murid yang akan menerima kasut sekolah baru itu pun lagi seronok. Yang sedihnya, guru ini tidak berpeluang untuk berjumpa dengan tauke kedai kasut Bata yang dikunjunginya. Jika tidak, pasti akan dapat diskaun kerana membeli kasut yang banyak untuk anak-anak yatim, miskin dan susah.
   

Rupanya ramai yang tidak tahu kedai kasut Bata menawarkan diskaun kepada pemenang kad ahli termasuklah seorang netizen ini. Lepas ni sesiapa yang nak beli kasut di kedai kasut Bata boleh la daftarkan keahlian.


Harapnya murid-murid lebih bersemangat untuk ke sekolah dan belajar dengan bersungguh-sungguh selepas dapat kasut sekolah baru.  - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
13
Marah
10
Terkejut
14
Sedih
11
Lawak
12
Bosan
12
0
0
Komen: 51
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote precious_chicas 23-4-2018 02:45 AM
Edited by precious_chicas at 23-4-2018 02:47 AM

harap takde makcik pakcik membawang ngata ke heols motip upload ke socmed atas usahanya.
Secara positifnya harap good deed camni merebak kepada orang2 lain juga untuk membantu mereka yg tak berkemampuan.

Btw kepada para isteri yg suaminya bersifat dermawan...kena berlapang dada sekiranya suami berbuat camni.
Ai pernah memandang serong kepada hb bila dia senyap2 (tak cerita pun kat ai) pasal dia bantu dari segi kewangan kepada kawan2 zaman sekolah yg single parent daif dan anak ramai, kawan fb yg voluntarily bela stray cats, keperluan sekolah anak2 sedara, support adik2 dia study, etc. Bila ai curi2 buka whatapp dia ada la Nampak chat2 yg siap ada resit online transfer dan jumlah bagai (mujur takde hanky-panky issue). Memula tu mcm nak meradang gak, yelah, tolong orang yg dia pun bukan kenal sangat kan.
But then ai slowly understand dan tumpang bangga dgn hb...serta berharap agar anak2 kami pun bersikap dermawan mcm bapa depa.

Lain-lain Komen

Quote chinta89 19-4-2018 12:26 PM
good!                 
Quote Skuau 19-4-2018 12:38 PM
yb mana...yb...mana....yb mana...???
Quote ninjago 19-4-2018 12:40 PM
effort kecik2 camnie la yg buat dunia nie lagi bermakna.. kumpul dana sesama fmly, kwn.. tlg org2 yg terdekat yg memerlukan..
Quote Artemesiaa 19-4-2018 12:40 PM
Syabas usaha yang bermanafaat untuk kanak2 yang benar2 memerlukan
Quote fliphair8 19-4-2018 12:43 PM
Moga cikgu murah rezeki
Quote Red_mAnc 19-4-2018 12:44 PM
terbaik cikgu atas usaha tersebut. Semoga di permudahkan segala urusan serta di murahkan rezeki ..insyallah..amin
Quote marumaru 19-4-2018 12:46 PM
bagus cikgu... keep it up
Quote Siti_Mustaqim 19-4-2018 01:07 PM
Semoga Allah membri ganjaran setipalnya untuk penderma dan yang menguruskan dana..Terima kasih cikgu.
Quote shernazz 19-4-2018 01:10 PM
Bagus cikgu ni..
Kekadang bukan xnak minta bantuan yb menteri bagai..
Tapi kita tahu masih ramai sudi beri bantuan dan murid murid begini mmg  sangat memerlukan bantuan kilat seperti ni...
Maybe pasni ada yb bg bantuan alatulis ke..buku ke...
Sumbangan kecil ni besar.maknanya...
Melainkan.penipu kat luar tu.. mmg.patut kita sula...
Quote grizz 19-4-2018 01:16 PM
gud job cikgu..
Quote missinpiece 19-4-2018 01:23 PM
Yolah. Moga dimurahkan rezeki cikgu tersebut. Pasni iols pulak nak g post segala amal jariah yg dh dibuat
Quote aqissa 19-4-2018 01:27 PM
Gud job cikgu korea...
Quote pakderis 19-4-2018 01:47 PM
bagusss usaha murni ini
Quote deekhan 19-4-2018 01:51 PM
bagus cikgu nie yer
Quote diss69 19-4-2018 02:33 PM
Alhamdulillah...syabas n tahniah ckgu ats usaha ini menggembirakan ank2 pelajar...tersentuh akk..
Quote zulka 19-4-2018 02:48 PM
alhamdulillah bagus, lagi bagus kalau dia tak show off
Quote MeghanK 19-4-2018 02:56 PM
Skuau replied at 19-4-2018 12:38 PM
yb mana...yb...mana....yb mana...???

tak payah la nak tanya yb mana yb mana..nak tolong orang tak payah nak tunggu yb turun
Quote sufi^_^ 19-4-2018 03:52 PM
Aiseh...menunjuk apanya.
Kasut tu dibeli dengan duit yang orang derma, so ni appreciation post untuk penderma.
Mudah2an ramai lagi yang ambik inisiatif yang sama nak bantu orang susah.
Kalau sensorang mungkin tak mampu, so pakat2 kumpul dana ramai2 untuk bantu.

Quote chicozinn 19-4-2018 03:54 PM
bagus bila ade orang wat program camni..tahniah insha Allah bertingkek2 rezeki yg memberi ni

Lihat semua komen(51)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top