CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Remaja Ketagih Seks Lepas Dirogol Bapa Tiri Kini Hamil

19-4-2018 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11252| Komen: 67

Description: Remaja perempuan berusia 16 tahun ketagih seks hingga sanggup melakukannya dengan enam lelaki dikenalinya melalui aplikasi WeChat secara sukarela di beberapa lokasi di Labuan.
Remaja perempuan berusia 16 tahun ketagih seks hingga sanggup melakukannya dengan enam lelaki dikenalinya menerusi aplikasi WeChat secara sukarela di beberapa lokasi di Labuan.


Harian Metro melaporkan, ketagihannya itu berpunca daripada perbuatan keji bapa tiri yang mencabul dan merogolnya sejak enam tahun lalu.

Bagaimanapun, ibu mangsa tidak pernah mengetahui apa yang berlaku antara remaja dan bapa tirinya itu sepanjang lebih enam tahun mereka menjalin hubungan seks.



Remaja itu yang kini masih bersekolah disahkan hamil lima minggu selepas dia mendapatkan rawatan di hospital kerana mengalami sakit perut, pening dan muntah.

Berikutan itu, mangsa mendedahkan dia dirogol bapa tirinya sejak berusia 10 tahun dan kali terakhir pada 10 Mac lalu sebelum satu laporan polis dibuat semalam.


Menurut laporan, mangsa tinggal bersama ibu kandung dan bapa tirinya sejak 2010 selepas bapa kandung mangsa meninggalkan ibunya.

Sumber berkata, suspek mula mencabul mangsa dengan memegang anggota tubuh sambil menunjukkan video lucah dan ia berlarutan hingga sebulan sebelum suspek melakukan hubungan seks di rumah mereka ketika ketiadaan ibu mangsa.

Mangsa bagaimanapun difahamkan enggan membuat laporan polis kerana sayang selain suspek merupakan sumber pendapatan mereka sekeluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian.

“Suspek berusia 39 tahun ditahan reman hari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan kerana kesalahan sumbang mahram,” katanya. - CARI
17

Bagus
26

Marah
18

Terkejut
14

Sedih
17

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (108 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 19-4-2018 10:13 AM
kuajang sgguh bapak tiri..
Quote clarizsa 19-4-2018 10:14 AM
Hmmmmmmmm
Ayat berita memburukkan mangsa
Quote CardiGans85 19-4-2018 10:18 AM
Kalau masih berusia 10 thn, sayang pd bapa tiri tu mcm sayang pada ibu. Mesti remaja perempuan itu ingat ianya normal untuk melakukannya walhal, salah segi undang-undang dan berdosa.

Saya rasa, kalau ada datuk dan pak cik2 nak 'bersama' dgn remaja perempuan ni pun dia tidak akan ada masalah untuk menolaknya sbb rasa 'normal'.
Quote CardiGans85 19-4-2018 10:20 AM
Kesian remaja ni, bkn salah dia pun. Mohon potong saja kemaluan lelaki itu
Quote prettyuglybabe 19-4-2018 10:22 AM
semoga pencabul ni mampus digelek lori sampai penyet..
Quote damian_lee 19-4-2018 10:24 AM
Rogol tetap rogol
Tak kira lah apa kesan lepas itu ....
Quote LautBiru52 19-4-2018 10:26 AM
Sejak umur 10 tahun? Umur 16 tahun dah mengandung. Kesiannya.

Ot kejap
Jiran depan rumah aku dulu ade yg mcm ni. Ayahnya biawak hidup. Mak sorang bekerja. Anak ni selalu mengadu sakit pinggang. 1 hari tu nak dijadikan cerita cikgu tgk badan budak ni pelik. Perut buncit. Bila didesak baru dia mengaku ayah yg rogol. Bawa hospital sah mengandung Masa tu umurnya 11 tahun. Kesian
Quote myakayina 19-4-2018 10:30 AM
bapak tiri sialan..  
Quote sarahmirza 19-4-2018 10:33 AM
Ada budak umur 10 tahun masih tak tau beza sayang dgn hubungan seks..
Mereka ingat seks tu cara berkasih sayang kot..
Tapi kalau sedari kecik dah di ajar dan di ingatkan dengan Do & Don’t dalam pergaulan sesama & lain jantina, mungkin dia tau seks dgn bapa tiri tu salah..

Bertabahlah wahai si ibu...
Semoga dia bernekad pisahkan selamanya anak perempuan dia dengan bapa tirinya..
Jangan macam kes i baca dalam FB...
Bapa kandung dah rogol anak sampai mengandung & lahirkan anak pun...
Anak masih melawat bapa di penjara sambil ditemani si ibu dengan alasan anak sayang bapa.
Demmm... gila betul mak jenis mcm tu
Quote tungkai 19-4-2018 10:37 AM
So yg 6 org kongkek tu terlepas la...??
Quote idakamaruddin 19-4-2018 10:52 AM
LautBiru52 replied at 19-4-2018 10:26 AM
Sejak umur 10 tahun? Umur 16 tahun dah mengandung. Kesiannya.

Ot kejap

alahaii lps tu apa cite budak tu skg ?
Quote besarkecik 19-4-2018 11:08 AM
lepas tu wang hantaran apak mahal!
Quote ell768 19-4-2018 11:18 AM
setan betol..mmg bahaya kalau budak2 yg kene rape ni nak2 lagi drg mcm dah diajar sex tu sebab sayang..banyak kes budak bwh umur yg kecik2 ni ketagih sex..mmg celaka betol jantan2 x guna tu.
Quote Red_mAnc 19-4-2018 11:44 AM
terkilan dan semoga bapak tiri tu diliwat sewaktu dlm penjara.. kalau stim pun, p lah cari social escort daripada ko ratah anak tiri sendiri, mmg sial!! Arghhhhhhhhhhhhhh, damn it!
Quote sufi^_^ 19-4-2018 11:53 AM
tungkai replied at 19-4-2018 02:37 AM
So yg 6 org kongkek tu terlepas la...??

Malangnya, ye.
Sebab budak tu ngaku sukarela dan dia dah 16 tahun (age of consent di malaysia).
Kalau dia belum 16 masa kejadian, then baru boleh dakwa yang 6 orang tu for statutory rape.
Quote sufi^_^ 19-4-2018 11:55 AM
Edited by sufi^_^ at 19-4-2018 03:57 AM

Kenapa ada #perogoldalamrumah?

Sebab:
1. mudah nak access si mangsa, dalam rumah sendiri tak yah keluar, tak yah spend sesen pun.2. perogol orang yang berautoriti ke atas mangsa, atau orang yang ditakuti mangsa, jadi mangsa ni terpaksa menurut je
3. perogol lehnat fikir dia takkan kantoi
4. mak tak tahu menahu (ada kes gini sebab rogol terjadi masa mak keluar gi kerja)
5. mak tahu tapi buat tak tahu (paling malang buat mangsa)
Quote chinta89 19-4-2018 12:13 PM
kesiannya,....


jahanam pak tiri!
Quote jlo 19-4-2018 12:26 PM
celaka betul pak tiri
Quote Clan204 19-4-2018 12:27 PM
ini memang salah... kenapa pak tiri yang menuai hasil #marimenuai #hasildituai

Lihat semua komen(67)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

16-8-2022 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.082497 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top