Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

20 Sesat Lepas Pacak Bendera Di Puncak Bukit Batu Caves

16-4-2018 12:21 PM |Dilihat:3339| Komen: 109
Malang nasib 20 lelaki apabila sesat selepas meletakkan bendera parti politik di puncak bukit Batu Caves, malam tadi.

Memetik Harian Metro, mereka tidak menemui jalan turun ke kaki bukit di Lorong Cempaka Kampung Gombak Indah, Gombak.

Kumpulan lelaki berusia antara 20 hingga 70 tahun itu didapati sesat ketika cuba menuruni bukit berkenaan lewat petang semalam, kata Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad.


Foto: Harian Metro

"Mereka dikatakan mendaki bukit itu 9.30 pagi untuk memasang bendera sebuah parti, namun tidak dapat turun kerana keadaan gelap dan lampu kehabisan bateri.

"Bagaimanapun, seorang daripada mereka berjaya menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, BBP Gombak, BBP Serdang dan BBP Kepong tiba di lokasi kira-kira 10 malam dan semua mangsa berjaya diturunkan jam 12.30 tengah malam.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, semua mangsa tidak cedera, namun dalam keadaan lemah ketika dibawa turun. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 109
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ultra78 15-8-2018 06:40 PM
Sesat itu neraka

Lain-lain Komen

Quote barfi 16-4-2018 12:31 PM
Allahuakbar. Taktau nak simpati ke nak tergelak. By the way, aku yg marhaen ni dah beli tiket flight ya pergi balik 500 lebih. Gigih tak aku nak pulang mengundi? Sebab rasa bertanggunjawab nak2 lagi last election dah tak balik
Quote Red_mAnc 16-4-2018 12:33 PM
padan muka....
Quote myakayina 16-4-2018 12:55 PM
mcm mana boleh sesat tu..
Quote harkktuih 16-4-2018 12:56 PM
Kena sorok ngan hantu batu caves gamaknya
Quote sinalegna 16-4-2018 12:59 PM
cash
Quote cmf_premierleag 16-4-2018 01:02 PM
kalo ikut ajaran sis @Changa , baik korang gi sembah berhala jah kat batu caves tu
Quote sepiITUindah 16-4-2018 01:03 PM
parti mana???
PAS lah kot
juara pacak bendera
Quote fushimi 16-4-2018 01:07 PM


sape suruh pergi panjat bukit batu caves memalam cash selayaknya
Quote prettyuglybabe 16-4-2018 01:10 PM
naik ramai-ramai pun sesat..

Quote pyropura 16-4-2018 01:14 PM
Tu lah lobai, tempat suci jangan main ceroboh aje, ianya sunantiasa dilindungi awloh
Quote sarahmirza 16-4-2018 01:33 PM
Berapa agaknya upah pacak bendera tu?
Quote grizz 16-4-2018 01:34 PM
sehari suntuk tu..aduyai..
Quote jofizo 16-4-2018 01:40 PM
ada sesapa yg dok kat gombak ka, batu caves ka..... cer amik pic bendera tuh hasil usaha pnat lelah depa nih
Quote potprimo 16-4-2018 02:21 PM
gigihnya pasang tinggi2
Quote marumaru 16-4-2018 02:30 PM
tempat2 camtu memang ada lah penjaganya... ai ambik gambar satu temple kat jepun tengah2 malam pun dia ikut sampai umah.. sampai mengigau minta maaf bagai... kelakar..

nak speku parti biru kut... gigih nak berebut selangor kan... negeri lubuk emas...
Quote mjla 16-4-2018 02:30 PM
Hantu MIC jgn main2 wooo.
Kata cai umngok
Quote zulka 16-4-2018 02:41 PM
jgn main2 dgn penunggu bt caves ye
Quote zulka 16-4-2018 02:45 PM

ko tak baca abis ke bro...dorang pegi pagi2, smpai mlm tak jumpa jalan balik
Quote kucen_miang 16-4-2018 03:22 PM
kena sorok antu welwel kah?

Lihat semua komen(109)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.093212s Gzip On
To Top