Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Teka-Teki Terjawab, Tun M Bertanding Di Langkawi

16-4-2018 10:57 AM |Dilihat:3053| Komen: 154
Akhirnya teki-teki mengenai lokasi bertanding Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad terjawab bila beliau dilaporkan bertanding kerusi Parlimen Langkawi untuk PRU14 nanti.

Memetik Bernama, pengumuman tersebut dibuat Timbalan Pengerusi PH yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail malam tadi. 

Difahamkan semua calon PH akan bertanding di bawah simbol tunggal PKR. 

Foto Projek MMO
Selain PKR, tiga lagi parti komponen PH ialah PPBM, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP. 

Dalam pada itu, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilaporkan akan bertanding di Parlimen Jerlun dan DUN Jitra. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 154
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote kecimpret 17-4-2018 05:46 PM
penjilat tegar najib bakal lwn tun ni..MO1 pun dikatanya Agong


Nawawi mohon keampunan kepada Yang di-Pertuan Agong‎
WARTAWAN SINAR HARIAN 22 OGOS 2016

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad membuat permohonan maaf kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini berhubung kekeliruan dengan istilah Malaysian Official 1' atau MO1" di lama sosialnya minggu lalu.

Menurut Nawawi, beliau tidak berniat untuk mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dengan isu tersebut namun kenyataan itu menjadi viral oleh pihak tertentu dengan fahaman yang lain daripada apa dinyatakannya sebelum ini.


Patik sebagai rakyat bawahan Kedah dan Malaysia, menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku dengan ketinggian ketaatan yang tiada tolok bandingnya, dan amat menyesal dengan apa yang berlaku.

Baginda Tuanku adalah suci dan bersih dari segala hal pergolakan politik rakyat jelata dan tidak ada secebis zarah pun kaitan dengan isu DOJ dan 1MDB,katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Minggu lalu, Nawawi dilaporkan menulis di laman sosialnya dengan berkata Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) sebelum ini adalah Yang di-Pertuan Agong.

[ARTIKEL BERKAITAN: Nawawi nafi maksudkan Agong sebagai MO1]

Namun begitu, Nawawi dalam kenyataannya sebelum ini menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan bahawa MO1 yang dimaksudkan adalah Malaysian Official Number One berdasarkan soalan oleh kenalan Facebooknya bernama Allan Mor yang bertanyakan siapakah MO1 dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Dalam pada itu, Nawawi berkata, beliau dengan rasa rendah diri dan penuh tanggungjawab memohon sejuta keampunan sekiranya perkara yang menjadi viral itu menyentuh dan mengguris hati baginda.

Patik merasa amat kesal di atas kejadian ini dan berjanji untuk sangat berhati-hati di masa hadapan dalam membuat sebarang komen di sosial media dan berjanji untuk tidak lagi menulis kenyataan melibatkan baginda sebagai sultan berdaulat di negara ini, katanya.

Selain itu, Nawawi turut memohon maaf kepada Majlis Kerabat Diraja Kedah atas kenyataan tersebut dan berjanji untuk tidak lagi menyentuh hal-hal berkenaan di media sosial.

Tambahnya, semua kekeliruan yang berlaku itu adalah disebabkan oleh dirinya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak sama ada kerajaan, parti atau pihak-pihak lain.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sebelum ini meminta Nawawi agar tidak berdolak-dalik dalam isu Yang di-Pertuan Agong tersebut.

Selain itu, Majlis Kerabat Diraja Kedah turut menzahirkan rasa kecewa dan kesal terhadap kenyataan dibuat Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad yang mendakwa Malaysian Official One (MO1) adalah Yang di-Pertuan Agong.

Pemuda parti Amanah Kedah juga turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sebelum ini bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas kenyataan Nawawi tersebut.


Lain-lain Komen

Quote nerdy69 16-4-2018 10:40 AM
Interesting...
Quote supernaturalee 16-4-2018 10:52 AM
silap hari bulan menang tanpa bertanding

Quote kakmonaBN 16-4-2018 10:56 AM
ada nampak bendera PKR, rocket??

ada nampak mummy happy????

kaktom happy










Quote CARI-MAMS 16-4-2018 10:57 AM
Akhirnya teki-teki mengenai lokasi bertanding Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad terjawab bila beliau dilaporkan bertanding kerusi Parlimen Langkawi untuk PRU14 nanti.


Memetik Bernama, pengumuman tersebut dibuat Timbalan Pengerusi PH yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail malam tadi.


Difahamkan semua calon PH akan bertanding di bawah simbol tunggal PKR.


Foto Projek MMO


Selain PKR, tiga lagi parti komponen PH ialah PPBM, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.


Dalam pada itu, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilaporkan akan bertanding di Parlimen Jerlun dan DUN Jitra. - CARI
Quote kakmonaBN 16-4-2018 11:01 AM
kaktom dah jawab awal2 tadi dik, semua dah tahu jawapan teka teki tu dik

kau lambat bukak thread



Quote kakmonaBN 16-4-2018 11:05 AM





Quote kucen_miang 16-4-2018 11:08 AM
harap lepas ni projek2 terbengkalai dulu disambung semula.
Quote Red_mAnc 16-4-2018 11:10 AM
Alhamdulillah, sokong Tun selamanya.. #lawantetaplawan
Quote nolya 16-4-2018 11:22 AM

Apa masalah Mona kalau Tun M bertanding kat Langkawi? Andainya TunM menang, Mona akan terbang ke alam barzah ke? atau kalau TunM kalah, Mona boleh terbang ke alam firdausi ke? Di mane Tun layak bertanding, biak pi kat dia laa.... pengundi  L'kawi yg akan menentukan. Menang syukur, tak menang pun syukur kerana Allah lebih tau mengaturkannya.  Tak sudah2 menyebarkan aroma busuk hati dah kenapa?
Quote potprimo 16-4-2018 11:28 AM
bagus la Tun bertanding di Langkawi ni.. Najib pasti tabur projek lg utk 'tenggelamkan'  nama Tun
Quote kakmonaBN 16-4-2018 11:29 AM
nolya replied at 16-4-2018 11:22 AM
Apa masalah Mona kalau Tun M bertanding kat Langkawi? Andainya TunM menang, Mona akan terbang ke a ...

terima la, redha la, Allah dah menentukan sejak merdeka, BN memerintah malaysia dan ahok dipenjara

apasal kau nak lawan tetap lawan takleh terima tiap kali pembangang kalah???

apasal kau marah bangat bila Allah menentukan ahok masuk jel??






Quote noor2 16-4-2018 11:34 AM
kakmonaBN replied at 16-4-2018 10:56 AM
ada nampak bendera PKR, rocket??

ada nampak mummy happy????

Tengok nick kak mona terus teringat kak tom. ..tambah2 kak mona sebut kak tom....hehe....

Cepatlah pilihanraya nya. ....
Quote pyropura 16-4-2018 11:34 AM
kakmonaBN replied at 16-4-2018 11:01 AM
kaktom dah jawab awal2 tadi dik, semua dah tahu jawapan teka teki tu dik

kau lambat bukak thread
...

Bende lama lah Laba, org dah tau 2-3 minggu lepas dah, siap masuk CNA lagi, dan political analyst Aussie univ kata dia boleh menang Langkawi tanpa masalah . Bangga syok sendiri tak tentu hala kau nih Laba   
Quote totokreturn 16-4-2018 11:35 AM
Ok... ph dah dapat seat kemenangan yg pertama.... seat yg ph tak pernah menang sebelum ni.... yeahhhhh....
Quote kakmonaBN 16-4-2018 11:37 AM
pyropura replied at 16-4-2018 11:34 AM
Bende lama lah Laba, org dah tau 2-3 minggu lepas dah, siap masuk CNA lagi, dan political analyst  ...

nampak????

selagi tak ada kepastian dari tuan diri, kakmona relax jer tak cakap apa

tak macam korang, baru dengar2 orang cakap dah merata tabur fitnah



Quote Red_mAnc 16-4-2018 11:39 AM
Buat makluman semua, waktu ni kalau nak mintak duit ngn UMNGOK sure dapat.. kredit to WOB

https://www.worldofbuzz.com/viral-video-shows-alleged-bn-officer-bribing-foreigner-with-business-license-and-rm3000/
Quote kakmonaBN 16-4-2018 11:39 AM
totokreturn replied at 16-4-2018 11:35 AM
Ok... ph dah dapat seat kemenangan yg pertama.... seat yg ph tak pernah menang sebelum ni.... yeahhh ...

kalau mahafiraun menang, agak2 lagi berapa tahun pru kecil terpaksa diadakan di langkawi lepas pru14 ni???








Quote akusukaq 16-4-2018 11:40 AM
supernaturalee replied at 16-4-2018 10:52 AM
silap hari bulan menang tanpa bertanding

tak pernah menang pru tanpa bertanding.kecuali siap isi borang  pencalonan  atau calon muflis.
Quote GigaMom 16-4-2018 11:44 AM
nolya: Apa masalah Mona kalau Tun M bertanding kat Langkawi? Andainya TunM menang, Mona akan terbang ke alam barzah ke?


Jarang2 kak nolya menempelak org x pasal2
Politik juga penyebabny

Lihat semua komen(154)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.080043s Gzip On
To Top