Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Tahu Tak Fungsi Butang Soak Pada Mesin Basuh Untuk Cuci Keladak Dalam Mesin?

13-4-2018 04:11 PM|Oleh: Suzy | Dilihat: 2199| Komen: 9


Pernah tak terfikir mengapa pakaian anda terdapat kesan-kesan putih dan berhabuk selepas seharian dijemur terutamanya pada pakaian berwarna gelap, kesannya lebih ketara kelihatan. 

Itu sebenarnya petanda bahawa mesin basuh anda telah menyimpan banyak khazanah yang mengotorkan pakaian anda.  Kotoran yang dikumpulkan daripada pakaian yang telah dibasuh terhimpun di dalam mesin dan boleh menyebabakan mesin rosak. Mesin basuh yang kotor ini juga akan menyebabkan pakaian yang dibasuh berbau kepam atau hapak.


Foto: Google

Jadi, bagaimana mahu membersihkan kotoran ini? Walaupun sentiasa menggunakan mesin basuh, ada sesuatu yang mustahak telah anda terlepas pandang. 

Ya! Ia adalah butang SOAK. Ingin mesin basuh bersih seperti baru di beli? Ikuti langkah-langkah ini. 


LANGKAH 1
Cabut penapis yang ada didalam mesin basuh, kemudian bersihkan dan pasangkan semula.  

LANGKAH 2
•Pilih program atau course atau mode "TUB CLEANING". Jika tiada pilihan tersebut, pilih "SOAK".
•Sekiranya tiada juga boleh pilih mana-mana program cuma pastikan pilih cycle "WASH" SAHAJA.
•Pastikan "WATER LEVEL" adalah tahap maksima dan tekan "START".
Nota: Pastikan anda tidak memasukkan apa-apa pakaian di dalam mesin basuh. Biarkan ianya dipenuhi air semata-mata.


Foto: Google

LANGKAH 3
Bila air 1/3 penuh, letak bahan pencuci bersesuaian. Ini antara produk yang ada di pasaran. Pastikan ia mengandungi:
•SODIUM PERCARBONATE atau SODIUM CARBONATE (300Gram) atau;
•Sodium Borate (Borax) ( 300Gram );
•Jenama CALGON @ COSWAY@OXY@( 300gram);
•140 Gram Soda ( RM3.00 ) dicampur bersama cuka putih 750ML ( RM2.50) yang telah dicampur dalam bekas lain sebelum dimasukkan kedalam mesin.;
•Pencuci jenama "ZIP " ACTIVE FORMULA with BICARBONATE. Pastikan bancuh sebelum memasukkan dalam mesin (300Gram);
•Tidak meletakkan apa-apa pun boleh juga , cuma kurang efektif kerja pencucian tersebut.


LANGKAH 4
•Jika anda memilih mode cucian TUB CLEANING atau SOAK, kerja anda lebih mudah. Anda hanya perlu menunggu ia siap saja.
•Jika memilih mode cucian WASH sahaja, selepas mesin siap cycle atau pusingan 3 minit, biarkan mesin terendam selama sejam.
•Selepas sejam, pilih mode ini: "Wash" 8 minit, "Rinse" 2 kali, "Spin"1 minit.
•Pastikan selepas mode tersebut siap tiada keladak yang tinggal di dalam dasar tangki. Jika masih ada, cuci filter terlebih dahulu dan ulangi langkah wash, rinse dan spin sehingga tiada kesan keladak tertinggal.
•SIAP.

Foto: Google

NOTA
1.Sebelum melakukan kerja pencucian DRUM ini, pastikan kerja-kerja membasuh telah siap sebab ia memakan masa yang lama (anggaran 2 jam).
2.Pastikan bahan-bahan yang dicadangkan sesuai dengan mesin anda. Baca manual mesin terlebih dahulu sebelum melakukan proses ini.
3.Kalau tidak yakin dengan bahan ini, cari di pasaran bahan khas untuk mencuci bahagian DRUM tersebut. Anda lebih yakin.

Sumber: Facebook Panda Bekki - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 9
Komen

Previous : 11 Selebriti Lelaki Ini Boleh Diangkat Jadi Bapa Pilihan & Penyayang..

Next       : Jom Buat Deodoran Dengan Hanya RM10, Boleh Jimat 6 Bulan!

Komen Terbaru

Quote amieab 14-4-2018 09:10 PM
mesin basuh mah aku dah tak leh drain air nyer....abis cuci terpaksa ku timba airnya keluar dengan mangkuk ayun mana ntah aku dpt.....siannya kan.....sape nak sedokah kat aku mesin baru persilakan la....kui kui kui.....

Lain-lain Komen

Quote shernazz 13-4-2018 04:25 PM
Iols.dolu noob juga
Tp.dh tukor.mwsin.baru.neh..dia ada tub cleaning...senang sket...kikiki
Quote imransulaiman 13-4-2018 04:52 PM
shernazz: Iols.dolu noob jugaTp.dh tukor.mwsin.baru.neh..dia ada tub cleaning...senang sket...kikiki


Brand apa sis beli. Mesin kat rumah ni bakal di ganti menjelang raya nanti...


*hihihi {:run
Quote grizz 13-4-2018 05:03 PM
bapak metua iolss siap bukak skru bwh tu nk cuci segale mak nenek daki yg melekat..
wt tiub cleaning pon xbape nk cuci ktenye..
Quote Artemesiaa 13-4-2018 05:13 PM
Yang penting kena rajin buat tub cleanning.  Kalau ada butang tub cleanning tapi jarang digunakan pasti keladak makin menebal susah nak dibersihkan nanti
Quote CardiGans85 13-4-2018 06:10 PM
Setahun 3 kali buat ni. Biasa guna soda x pun beli kt cosway je.
Quote matchstick 13-4-2018 09:01 PM
Biasa buat ni 1-2 bulan sekali. Dulu pakai cosway pnya pencuci. Skrg beli kt daiso je murah siket
Quote shernazz 14-4-2018 07:23 AM
imransulaiman replied at 13-4-2018 04:52 PM
Brand apa sis beli. Mesin kat rumah ni bakal di ganti menjelang raya nanti...



LG hihi
Senyap je beb...
Beli kat aeon big time 28hb ada diskaun 5%
Quote zehra2 14-4-2018 03:35 PM
Alamakk.. kna belek2 mesin basuh ni..
Quote amieab 14-4-2018 09:10 PM
mesin basuh mah aku dah tak leh drain air nyer....abis cuci terpaksa ku timba airnya keluar dengan mangkuk ayun mana ntah aku dpt.....siannya kan.....sape nak sedokah kat aku mesin baru persilakan la....kui kui kui.....

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.046852s Gzip On
    To Top