Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Buku 555 Versi Aplikasi - Mudahlah Nak Semak Siapa Hutang Anda!

13-4-2018 12:16 PM|Oleh: Azza Rai | Dilihat: 652| Komen: 5



Hutang budi dibawa mati – Itu peribahasa ringkas orang Melayu dulu-dulu yang sangat sinonim dengan bahasa tersirat. Namun bagaimana pula dengan hutang duit? Adakah orang akan membayarnya kembali atau buat-buat lupa walaupun telah ditulis dalam buku 555?


Ya! Buku kecil bersaiz poket ini sangat popular dalam kalangan peniaga untuk mencatitkan hutang pembeli yang membeli barangan secara bulanan. Atau pun ada juga menggunakannya untuk mencatit sistem kutu dalam kalangan rakan-rakan.

Kredit : Gambar blog
Namun dek kemunculan teknologi berkembang pantas, buku kecil ini kian dilupakan. Maklumlah generasi muda nampaknya lebih selesa menggunakan aplikasi yang dimuat turun pada peranti pintar masing-masing untuk mencatatkan perkara penting.

Bagi terus mengekalkan ‘tradisi’ buku hutang ini, syarikat Data & Roses Sdn Bhd tampil membangunkan aplikasi Buku 555.

Buku 555 
    
Menariknya aplikasi ini digunakan untuk mencatatkan hutang piutang anda. Ketika mula menggunakan aplikasi ini, anda hendaklah memasukkan nombor pin untuk memastikan kesemua ‘rahsia’ hutang anda terjaga.
    
Rekaannya yang ‘simple’ dengan gaya bahasa yang bersahaja akan membuatkan anda tertarik  untuk menggunakan aplikasi itu.Ciri yang mudah juga membolehkan semua peringkat umur untuk memanfaatkan aplikasi berkenaan.

Tambah dan padam hutang, susun, setkan pin keselamatan, tukar bahasa dan lihat semua hutang antara ciri yang ditawarkan.


Tidak perlu pen dan buku lagi untuk merekod hutang. Hanya muat turun aplikasi Buku 555 di Play Store. Mungkin dengan cara ini anda akan lebih ligat untuk mengingatkan penghutang mengenai jumlah baki yang perlu dibayar. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 5
Komen

Previous : Makin Bahaya? Padam 12 Perkara Ini Di Facebook Kalau Nak Selamat!

Next       : Tiada Ijazah Hiasan Dalaman Pun Boleh! ‘Hack’ Rumah Jadi Kemas Dan Cantik Macam Ni

Komen Terbaru

Quote dinopower2 13-4-2018 03:50 PM
krustykrab replied at 13-4-2018 02:25 PM
aku lagi suka kalau ada apps yg akan ganggu penghutang selagi hutang blum dibayar

bagus gak idea tu bleh la rekemen kat developer apps ni siap alert penghutang tu byr duit haha

Lain-lain Komen

Quote meisapoya 13-4-2018 12:57 PM
Comel jugak apps dia... simple je...
Quote Red_mAnc 13-4-2018 01:21 PM
Terbaik bro!!.. jap nanti aku pun nak download apps ni..hehe.. so now for sure apek2 tokey kedai especially yg area kampung tu for sure akan download apps ni kan..hahahhah..555.. bak kata Slipknot " If you're 555, then I'm 666! If you're 555, I'm 666! But if you're 555, I'm 666! What's it like to be a heretic? If you're 555, I'm 666! "...hehehehe.. those good old days.. strolling down the memory lane kejap bila teringat lagu Slipknot tu..
Quote bulan_gerhana 13-4-2018 02:23 PM
lejen buku ni weh.. isyk x terbayang bile tuko versi apps pulok
Quote krustykrab 13-4-2018 02:25 PM
aku lagi suka kalau ada apps yg akan ganggu penghutang selagi hutang blum dibayar
Quote dinopower2 13-4-2018 03:50 PM
krustykrab replied at 13-4-2018 02:25 PM
aku lagi suka kalau ada apps yg akan ganggu penghutang selagi hutang blum dibayar

bagus gak idea tu bleh la rekemen kat developer apps ni siap alert penghutang tu byr duit haha

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.138587s Gzip On
    To Top