CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Cipta Kontroversi, Azrel Ismail Mahu Viral Diri Sendiri

11-4-2018 02:40 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 6694| Komen: 36|Original author: Oleh: Amirah

Description: Azrel Ismail sedang merancang sesuatu untuk menaikkan namanya dalam industri hingga menjadi viral di laman sosial.
Azrel Ismail sedang merancang sesuatu untuk menaikkan namanya dalam industri hingga menjadi viral di laman sosial.

Foto: IG Azrel

Cara ini diakui berkesan dan dia menyedari dengan adanya kuasa viral dapat melonjakkan lagi namanya di persada seni namun ia bergantung samada viral perkara yang baik atau buruk.

Foto: IG Azrel
"Ada orang nasihat saya untuk melakukan sesuatu yang boleh jadikan diri saya viral. Pernah juga terfikir nak kontroversi apa yang sesuai.

"Memang tidak dinafikan apabila viral di laman sosial boleh membuatkan orang lagi mengenali kita. Tapi kalau benda itu perkara yang buruk, orang akan kecam.

"Kalau nak viral, saya akan buat sesuatu yang baiklah tapi kena fikir risiko selepas itu juga," kata Azrel kepada mStar Online.

Foto: IG Azrel
Sebelum ini, Azrel pernah dikecam netizen gara-gara video parodi yang dilakukan bersama Zoey Rahman, Emma Maembong dan Dayang Areeda berjaya mencipta kontroversi sewaktu Neelofa melancarkan tudung di sebuah kelab malam.

Foto: IG Azrel
Walaubagaimanapun dia tidak mengambil kisah dengan tohmahan netizen yang tidak putus meninggalkan komen di Instagram.

Foto: IG Azrel
"Saya pernah buat video parodi menari dengan rakan-rakan dan meletakkan hashtag Zouk. Video itu sekadar guraun sahaja.

"Tak sangka tiba-tiba ruang komen penuh dengan kecaman daripada netizen. Mula-mula baca komen mereka itu, saya takut juga la.

"Tapi apabila fikir semula, lebih baik tak payah layan. Saya hanya padam dan sekat akaun yang mengeluarkan kata-kata tidak elok," ujarnya.

Pada masa yang sama dia turut berkongsi perasaan gembiranya kerana tercalon dalam tiga kategori Anugerah DFKL 2018 iaitu Aktor Pilihan, Pasangan Pilihan dan Drama Pilihan yang akan berlangsung pada 13 Mei 2018.

Dia juga mengatakan dengan menjaga hubungan bersama peminat dapat memberi impak kepada dirinya untuk memenangi kategori yang dia tercalon tersebut.

Foto: IG Azrel
"Anugerah itu merupakan seratus peratus undian daripada peminat. Alhamdulillah, ini kali kedua saya tercalon tapi tahun lepas saya hanya berjaya sampai top 5 sahaja.

"Bagi saya, untuk menang kena ada kelab peminat yang kuat. Sebab mereka yang membantu untuk undi nama kita.

"Saya memang selalu berinteraksi dengan peminat. Insya-Allah tahun ini kami akan berusaha lagi. Kena bekerjasama dengan mereka," katanya. 

Foto: IG Azrel
Artis dan kontroversi berpisah tiada. Tapi biarlah isu yang membawa kebaikan pada masyarakat dan bukan dengan membodohkan diri sendiri sehingga tular. - CARI

10

Bagus
5

Marah
9

Terkejut
4

Sedih
13

Lawak
33

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 11-4-2018 02:48 PM
dah terdesak sgt ke bro....smpai mcm tu sekali
Quote MatDeghem 11-4-2018 03:07 PM
Strategy viral marketing......hanya short term aje. Kalau tak ada product pun hampasss.....
Hanya yg mampu aje boleh tahan lama. Kena ada A Team......



Quote adel7 11-4-2018 03:10 PM
Ape gred utk artis ni?
Quote damian_lee 11-4-2018 03:17 PM
Nape dalam gambar dia x seberapa

Kat Luar boleh dikata hot gak la
Quote idakamaruddin 11-4-2018 03:53 PM
x igt dlm intvw apa nth hr tu dia cakap dia mmg undi diri sendiri utk ABPH

terdesak gilaaa

Quote Tukul.Besi 11-4-2018 03:56 PM
Bukak baju sis. Tak pun mohon masuk Tumblr. Konfirm famous Amos
Quote wolf_cute 11-4-2018 04:00 PM
Quote balakkampung 11-4-2018 04:03 PM
Tukul.Besi replied at 11-4-2018 03:56 PM
Bukak baju sis. Tak pun mohon masuk Tumblr. Konfirm famous Amos

cutting body dia tak berapa nak helokk sis..iolls tertengok dalam filem lelaki ker apa ntah tajuknya...yg terdampar kat pantai tu...ntah kenapa tertekan astro citra.....gitewwww...
Quote chinta89 11-4-2018 04:05 PM
lbh baik duk diam2 dari viral kerana benda bodoh.
Quote Tukul.Besi 11-4-2018 04:11 PM
balakkampung replied at 11-4-2018 04:03 PM
cutting body dia tak berapa nak helokk sis..iolls tertengok dalam filem lelaki ker apa ntah tajukn ...

Tepeklah sini sis. Movie apa tu I x pernah dgr pun hehe
Quote BangNuar 11-4-2018 04:17 PM
semoga berjaya!
Quote balakkampung 11-4-2018 04:29 PM
Tukul.Besi replied at 11-4-2018 04:11 PM
Tepeklah sini sis. Movie apa tu I x pernah dgr pun hehe

movie ni...


Quote babydoll 11-4-2018 04:39 PM
i slalu confuse dia ni dgn hafreez, idris khan & ada a few actors. muka sepesen je diorang ni.

dlm gambar ni nk mcm aeril zafril pun ada. yg aeril tu klo skali pandang mcm syafie naswip. kene tenuuungggg baru kenal, ohh..aeril



#janganmarah
#siskonpius


Quote BookerT 11-4-2018 05:19 PM
bila la mak hayam ni nak kemaskan misai..dah rupa beruk mak tengok...
Quote leezzaliza 11-4-2018 05:22 PM
Sejenis batak
Quote pukulrata 11-4-2018 05:26 PM

muka mcm alip syukri yang jaket hitam tu, siap bermisai
Quote giyomi 11-4-2018 05:30 PM
klu dah ada bakat dan rupa, maka kejayaan akan datang seiring tuk pelakon...klu viral pon kena kecam lagi adalah, tak semestinya berjaya...apa kata ko bogel dlm socmed, mesti viral and melonjakkan kesenduan ko
Quote hasniey 11-4-2018 05:43 PM
Si mulut senget ni.baik btolkan lakonan dia yg kayu tu dr harap kuasa viral.abg tuktuntuang yg viral pon dh sendu skrg ni
Quote RatuDunia94 11-4-2018 09:52 PM
Dia ni hensem.. Tp boring..

Lihat semua komen(36)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-1-2022 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.071108 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top