CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Jual Online Daging Kucing, Anjing

6-4-2018 04:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5515| Komen: 51

Description: Tidak lagi sorok-sorok berselindung, daging anjing dan kucing kini boleh didapati secara terbuka menerusi laman sosial!
Tidak lagi sorok-sorok berselindung, daging anjing dan kucing kini boleh didapati secara terbuka menerusi laman sosial!

Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) menerusi laman Facebooknya membongkar aktiviti penjualan daging anjing gelandangan di Johor oleh warga asing dari Vietnam.


Mereka turut berkongsi paparan skrin posting asal pasangan terbabit yang memaparkan gambar daging anjing 'segar dan mentah' untuk dijual.



Menerusi perkongsian berkenaan, haiwan yang didakwa anjing jalanan itu dijual pada harga RM18 sekilogram.


Persatuan itu kemudian berkongsi satu lagi posting mendakwa sekumpulan warga asing di Selangor menawarkan daging kucing menerusi pasaran gelap di sebuah premis yang tidak didedahkan.


Kucing yang dibungkus untuk dibekalkan kepada pembeli

Cara mematikan kucing dengan merendam ke dalam air panas supaya bulu dapat dicabut dengan mudah

Menerusi posting itu, difahamkan dalang utama aktviti berkenaan merupakan rakyat tempatan yang ingin mengaut keuntungan ribuan ringgit.


Proses membuang bulu kucing selepas mati akibat direndam dalam air panas tanpa penyembelihan

Kucing yang layur dengan api sebelum dipotong kecil untuk masakan

Hidangan daging kucing yang siap dimasak dan sedia dimakan
Foto: FB MAA

"Animal Malaysia mendesak dan menuntut agar kerajaan menggubal satu rang undang-undang agar meletakkan haiwan seperti kucing dan anjing sebagai haiwan bukan makanan dan dilarang bunuh untuk pemakanan di negara ini," tulisnya. - CARI
5

Bagus
12

Marah
3

Terkejut
21

Sedih
11

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 6-4-2018 03:32 PM
Biarlah. Daripada meka jual orang. Kucing dan anjing jalanan banyak2 tu korang nak simpan buat apa? Jika penyakit merebak melalui anjing, kucing jalanan ini siapa juga yang susah? Majlis perbandaran pon takda la kena penat2 pi tembak anjing lagi.  

Oh jika boleh jual la tikus sebesar anak kucing di KL tu. Gemuk2 cukup makan tikusnya.
Quote shernazz 6-4-2018 03:46 PM
Anjing kt taman iols neh berlambak
Tlg vietnamese mai sini amek anjing anjing neh
Sian budak budak nak pi ngaji kena kejor anjing..skang dh ada parents yg tgk tgkkan bebudak tu..
Quote krustykrab 6-4-2018 03:51 PM
kesian pulak aku tgk kucing2 tu direndam dlm air
Quote noor2 6-4-2018 03:56 PM
Negara maju dan penduduknya bertamadun dan bijak rasanya tak makan binatang kucing dan anjing. ....budaya pprt dan manusia tak bertamadun ja makan binatang belaan di buat makanan. ..shilaker. ...
Quote Artemesiaa 6-4-2018 03:58 PM
Kejamnya rebus hidup2 cam tu
Quote selyusi 6-4-2018 04:54 PM
Kalau mengidam sangat pergi balik negara asal la.. iols hrp pihak berwajib banteras kegiatan tak bertamadun ni.. kalau nak sgt buat biz pergi export ke sana la
Quote selyusi 6-4-2018 04:56 PM
Sedih sangat ke malaysia ni sampai nak kena makan kucing n anjing...
Quote monreyes 6-4-2018 05:03 PM
buyer kaum kerabat mereka juga ke...
kalau anjing tikus  ok kot...
kucing mcm kesian la plak...
Quote giyomi 6-4-2018 05:14 PM
Edited by giyomi at 6-4-2018 05:16 PM
monreyes replied at 6-4-2018 05:03 PM
buyer kaum kerabat mereka juga ke...
kalau anjing tikus  ok kot...
kucing mcm kesian la plak...

hello dear, anjing pon kesian hokey. semua ciptaan Allah, yg bole dimakan masih banyak tp tetap nak pilih yg rare camne. kesian aku nengok binatang2 belaaan di wat sebegini rupa.
Quote giyomi 6-4-2018 05:22 PM
ya Allah, binatang jenis apa lahanat2 ni...bawak lagi kaum bangsat ni ke Malaysia, begni lar jadinya. kt klang ni pon, bukan main banyak kedai makan salon urut berleluasa tanpa pantauan. bg lagi lesen kat diaorg ni, nak sgt kaya khennn
Quote dani-rox 6-4-2018 05:25 PM
malaysia ada undang2 animal cruelty kot, akta kebajikan haiwan. lg satu dah abis anjing dan kucen jalanan, dia org tangkap pulak hewan peliharaan... mcm kes seorg acik yg kucing siamnya dimakan geng vietnam 2-3thn dulu.
Quote chazey 6-4-2018 05:47 PM
giyomi replied at 6-4-2018 05:14 PM
hello dear, anjing pon kesian hokey. semua ciptaan Allah, yg bole dimakan masih banyak tp tetap na ...

Kucing, anjing tu rasa macam arnab kot? Ingat tak sedap? Makan arnab takpa pulok but kucing, anjing takleh?
Quote rayray28 6-4-2018 05:48 PM
Sebab inilah kucing2 iols mmg x bagi dh lepas bebas kuar berjalan kt kuar rumah dh..mmg indoor sepenuhnya..sebabnya dh berapa ekor sebelum ni lepaskn keluar kejap terus x balik..dkt2 area rumah ni pn dh pernah org tgkp dorg tgh hantukkan guni ke pokok..bile jiran jerit dorg lari..tgk2 dlm tu ada anjinG
Quote chazey 6-4-2018 05:49 PM
dani-rox replied at 6-4-2018 05:25 PM
malaysia ada undang2 animal cruelty kot, akta kebajikan haiwan. lg satu dah abis anjing dan kucen ja ...

Jangan biar lepas. Anjing kesayangan ai pon dimakan geng Timorese masa budak2 dolu. I've learnt my lesson.
Quote zehra2 6-4-2018 05:49 PM
Bkn cara hidup kita dan cara dia membunuh tu menyeksa haiwan.
Manusia mmg gelap mata dgn duit. Ada org adopt kucing byk2.. rupa2 nya jual kat org vietnam. Sdgkan org yg kasi adopt tu dari shelter yg menyelamatkan kucing jalanan.
Moga dilenyek lori 20 tayar.. tp tak mati. Mereput ler hendaknya.
Quote SecretLuv 6-4-2018 05:49 PM
chazey replied at 6-4-2018 05:47 PM
Kucing, anjing tu rasa macam arnab kot? Ingat tak sedap?  Makan arnab takpa pulok but kucing, ...

Kalau aku arnab pun aku tak makan. Comel kot.
Quote SecretLuv 6-4-2018 05:50 PM
Kesian tengok kucing2 tu. Rendam hidup2 pulak tu.
Quote dani-rox 6-4-2018 05:57 PM
chazey replied at 6-4-2018 05:49 PM
Jangan biar lepas. Anjing kesayangan ai pon dimakan geng Timorese masa budak2 dolu. I've learnt my ...

erk... timorese pun makan anjing? the more you know lol oppa koriya pun makan hanjeng kan.

Quote giyomi 6-4-2018 06:52 PM
chazey replied at 6-4-2018 05:47 PM
Kucing, anjing tu rasa macam arnab kot? Ingat tak sedap?  Makan arnab takpa pulok but kucing, ...

arnab pon iol tak makan sebab comel, tp tu lar, makanan(binatang) yg dibolekan makan masih banyak tpi binatang belaan yg cutemute jgk nak dijamah.

Lihat semua komen(51)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-10-2022 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.088152 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top