CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

10 Jam Penuntut Dikurung Bogel Di Bilik Hotel

6-4-2018 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6859| Komen: 47

Description: Seorang wanita nyaris menjadi pemuas nafsu lelaki selepas bersetuju untuk bertemu walaupun hanya saling mengenali menerusi laman sembang Mr Gentleman.
Seorang wanita nyaris menjadi pemuas nafsu lelaki selepas bersetuju untuk bertemu walaupun hanya saling mengenali menerusi laman sembang Mr Gentleman.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku pada 11.30 malam di sebuah hotel di Jalan Binjai, Kuala Lumpur, kelmarin.

Menurut laporan, dalam kejadian, mangsa, 23, dikurung lebih 10 jam dalam keadaan bogel sebelum berjaya melepaskan diri.



Menurut sumber polis, pelajar kolej swasta terbabit bersetuju berjumpa dengan suspek selepas mengenalinya sejak beberapa bulan lalu menerusi laman sembang berkenaan.

“Mangsa bersetuju berbuat demikian kerana suspek, 30-an, itu akan membayar yuran pengajian gadis berkenaan selain turut menanggung perbelanjaan lain.


“Sebaik tiba di hotel berkenaan, suspek meminta mangsa untuk naik ke biliknya berikutan tidak mahu rakan lelaki terbabit mengetahui kedatangan gadis berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, sebaik tiba di bilik berkenaan mangsa melihat seorang gadis lain berada dalam keadaan bogel bersama lelaki itu.

“Mangsa kemudian ditarik menyebabkannya terjatuh lalu kepala terhantuk ke bucu katil sebelum kaki dan tangannya diikat.

“Lelaki berkenaan turut menanggalkan pakaian mangsa sebelum bertindak mencabulnya walaupun mangsa berulang-kali merayu supaya dilepaskan,” katanya.

Dalam tempoh beberapa jam mangsa diperlakukan sedemikian oleh suspek, gadis yang berada di dalam bilik berkenaan hanya memerhatikan saja.

“Mangsa bernasib baik apabila suspek mahu ke bilik air dan kesempatan itu diambil untuk gadis berkenaan untuk melepaskan diri sebelum meminta pertolongan daripada pekerja hotel terbabit.

“Berikutan kejadian, mangsa luka di dahi dan lebam pada anggota badan sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi untuk tindakan lanjut,” katanya.

Siasatan awal mendapati suspek aktif menggunakan media sosial dan laman sembang untuk mengumpan gadis menggunakan wang.

Siasatan lanjut akan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. - CARI
8

Bagus
6

Marah
16

Terkejut
14

Sedih
9

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Changa 6-4-2018 10:16 AM
birah nya kau dek
Quote idril 6-4-2018 10:17 AM
what u aspect kalau jantan dah tabur duit, kau ingat dia tabur duit kat kau saje2 ke bodoh nye lahai
Quote NurAlia14 6-4-2018 10:25 AM
Dh sape suruh tamak xde duit kje la bengong
Quote L_Z 6-4-2018 10:27 AM
Kompom laki tu xencem atau ppuan tu ugly tak seperti pic dlm chatting... Tu la dia berubah fikiran kemudian..

Lelaki hodoh.  Ppuan birah. Sesuai la sgt korang
Quote bangcak 6-4-2018 10:29 AM
duit nak, keje taknak.
da dpt duit tu, keje arr.

lari plak
Quote amyza 6-4-2018 10:30 AM
Berani betul ikut laki baru kenal,tak membantah lak tu. Nasib baik berjaya lepaskan diri.
Quote pearl.silver 6-4-2018 10:31 AM
Dia lari selamatkn diri sempat pakai balik bj ke
Quote mieymiey 6-4-2018 10:31 AM
Astaga dekkkkkk! Kau nak jantan tu jadi sugar daddy kau, kau jadi sugar baby dia. Kau ingat jantan tu nak bagi kau duit free free ker?
Quote pinkpunk 6-4-2018 10:41 AM
jap xpaham... ada sorg lagi mangsa dlm bilik tu.. selamat ke x tu?
Quote haryatie 6-4-2018 10:58 AM
nasib baik dpt lariii...
mana ada org saja2 nk bg duit dgn percumaaa
biar la x berduit dik oii..
Quote tanakkampung1x 6-4-2018 11:00 AM
Konsep thresome juga ke?

Dek, ada ke jantan nak bayar yuran senang2 tanpa balasan??
Quote SweetShera 6-4-2018 11:00 AM
berani nya kau dek

sampai naik ke bilik hotel
Quote wookiehoney 6-4-2018 11:13 AM
bangcak replied at 6-4-2018 10:29 AM
duit nak, keje taknak.
da dpt duit tu, keje arr.

AMBOI.


belum tentu dah dpt ke idok khuens duit nye
Quote Bujat 6-4-2018 11:14 AM
Sundelnya kau dekk
Quote lastmonth 6-4-2018 11:18 AM
10jam tak on on

batang tak naik ke aper????

Quote BENTARA 6-4-2018 11:27 AM
perghhhh jalan binjai tu...sime darby park kot!!! heheheheh tempat elit tuh!!! awek ni misti cun dan dgn muka cun dia buat modal heheheheehee
Quote Z77 6-4-2018 11:48 AM
pinkpunk replied at 6-4-2018 10:41 AM
jap xpaham... ada sorg lagi mangsa dlm bilik tu.. selamat ke x tu?

mangsa or lelaki tu nak 3some
Quote prettyuglybabe 6-4-2018 12:15 PM
buat-buat inesen la pulak.. niat dari awal pun dah salah..
kalau tak ada pompuan lain dalam bilik tu selamat dah bersugar honey honey..
Quote krustykrab 6-4-2018 12:29 PM
yg sibogel sorg lagi tu apa cer?

Lihat semua komen(47)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-7-2022 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.079396 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top