CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Selalu Buang Semua Ini, Rupanya Banyak Manfaatnya!

5-4-2018 11:47 AM| Diterbitkan: Cari-Has| Dilihat: 2115| Komen: 3|Original author: Oleh: Has

Description: Selepas menggunakan sesuatu bahan, sudah semestinya sisanya akan dibuang. Tapi, tahukan anda bahawa sisa yang selalu dibuang itu mempunyai pelbagai manfaat tersembunyi. Nak tahu lebih lanjut, jom baca ...
Selepas menggunakan sesuatu bahan, sudah semestinya sisanya akan dibuang. Tapi, tahukan anda bahawa sisa yang selalu dibuang itu mempunyai pelbagai manfaat tersembunyi. Nak tahu lebih lanjut, jom baca apa yang dikongsikan Reader's Digest ini.



1) Kulit pisang

Foto: Mediaadil.com

Ia boleh digunakan untuk menghilangkan kesan lebam pada kulit serta menyembuhkan luka anda. Kulit pisang mempunyai antioksidan yang baik untuk mengelakkan dari pelbagai jenis penyakit. Gosokkan sahaja pada kulit yang terjejas itu.


2) Kulit kentang


Foto: Mbahmedis.com

Sudahlah leceh nak mengupas kulit kentang, kemudian senang-senang sahaja dicampak ke tong sampah. Jangan! Kulit kentang ini dapat dijadikan bahan untuk antipenuaan. Bukan itu sahaja, ia dapat dijadikan sebagai bahan untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata. 

Bagi membuatkan anda kembali muda remaja, anda disarankan meletakkan potongan kentang pada kulit wajah untuk membolehkan ia menyerap nutrisi yang terkandung di dalamnya selama 10 minit.


3) Roti basi 

Foto: Regitapratiwi97.blogspot.com

Roti yang telah tamat tempoh boleh digunakan sebagi alat untuk memadam contengan krayon pada dinding dan seumpanya. Teksturnya seperti span akan berfungsi seperti penghapus kotoran degil berjenama!

Oh, kalau anda membeli durian dan aromanya terperangkap di dalam kereta, boleh juga meletakkan beberapa keping roti (sebanyak boleh) di dalam kenderaan anda supaya ia dapat menyerap segala bauan tidak disenangi.


4) Kulit bawang

Foto: StethNews

Kulit bawang mempunyai pelbagai nutrisi yang dapat melancarkan arteri anda, menurunkan kadar gula dalam darah serta mengurangkan keradangan. Caranya mudah sahaja, iaitu dengan meletakkan kulit bawang di dalam sup dan rebus bersama.


5) Minyak zaitun yang tamat tempoh

Foto: Familinia.com

Ia sangat bagus untuk menanggalkan mekap pada wajah.


6) Kulit limau

Foto: Little-stars.kr

Semut banyak di rumah? Kini anda boleh menggunakan kulit limau sebagai alat untuk menghapuskan semut secara semula jadi. Ia juga boleh dibuat dengan mengisarkannya bersama sedikit air dan letakkan di kawasan 'jajahan' semut.

Selamat mencuba, ya! Semoga bermanfaat. - CARI
11

Bagus
14

Marah
12

Terkejut
10

Sedih
24

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 5-4-2018 12:16 PM
kompius jap..kne letak kulit kentang ke kepingan kentang..
so pe pekdah kulit kentang tu..
Quote eizarz 5-4-2018 12:17 PM
boleh cuba..{:hooray
Quote Artemesiaa 5-4-2018 12:31 PM
Tips menarik boleh dicuba

Lihat semua komen(3)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.077638 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top