CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nah, Doktor Ini Senaraikan 12 Jenis Ubat Kena Bawa Masa Travel!

5-4-2018 01:01 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10132| Komen: 29|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Tiket, passport, baju sejuk, makanan segera, mainan anak-anak sudah pun disediakan dan kini anda bersedia untuk bercuti di Negara orang bagi menikmati keindahan alam.Namun ada satu benda yang anda ter ...
Tiket, passport, baju sejuk, makanan segera, mainan anak-anak sudah pun disediakan dan kini anda bersedia untuk bercuti di negara orang bagi menikmati keindahan alam.

Namun ada satu benda yang anda tertinggal.
Ya! Ia sangat penting kerana membabitkan antara hidup dan mati, antara senang dan susahnya bergelut di tempat asing.

Keperluan itu adalah ubat-ubatan - yang jatuh WAJIB ketika melancong apatah lagi jika membawa keluarga bersama.

Maklumlah, malang tidak berbau. Tiada siapa yang meminta batuk, demam dan apa sahaja kesulitan tetapi dengan adanya persediaan, keadaan akan lebih terkawal.

Ikuti perkongsian Dr.Sufi Norhany berkenaan jenis ubat-ubatan yang boleh dibawa ketika bercuti. Sufi yang kini berada di Sapporo, Hokkaido, Jepun turut menyenaraikan pro dan kontra jika anda mengabaikannya.

1) Ubat demam
Ubat demam ini boleh juga berfungsi sebagai pain killer.



2) Ubat batuk
Ada dua jenis iaitu untuk batuk yang kering dan untuk batuk berkahak. Bawa kedua-duanya.

Sementara itu, bagi pesakit asthma atau batuk berkahak, tidak digalakkan mengambil ubat batuk kering. Ia menyukarkan proses mengeluarkan kahak.

3) Ubat antihistamine
Sesuai untuk mereka yang mudah selsema atau mempunyai alahan. Biasanya antara musim bunga memasuki musim luruh, banyak debunga berterbangan. Jika sebelum ini, tidak pernah alah, tidak bermakna akan kebal. Ini kerana banyak debunga yang tak wujud di negara kita, jadi mungkin ada yang akan terus terkena alahan bila terkenanya.

4) Ubat mabuk naik kenderaan

5) Ubat untuk kurangkan kembung perut
Paling mudah bawa Gripe Water.



6) Ubat untuk keracunan makanan
Bawa charcoal sebagai persediaan.

7. Probiotik
Untuk membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik seperti minuman berkultur.

8. Oral rehydration salt
Sesuai untuk gejala cirit-birit. Tidak digalakkan membawa ubat tahan cirit birit atau ubat tahan muntah kerana fungsi kedua-duanya mahu mengeluarkan kuman dari badan. Yang penting pastikan anda sentiasa ambi cecair yang mencukupi supaya badan tidak dehidrasi.

9. Termometer
Penting untuk mengawal suhu badan, terutamanya yang membawa anak kecil.

10. Cool Fever
Untuk ditampal di dahi bagi melegakan ketika demam atau sakit kepala.

11. Lozenges untuk sakit tekak

Sangat diperlukan terutamanya ketika memasuki musim sejuk kemudian musim luruh dan akhir sekali musim bunga.

12. Set ‘first aid kit’
Mengandungi barangan asas seperti ubat luka, pembalut dan lain-lain.

Tiba-tiba terasa berat pula beg untuk melancong! Sebenarnya tidaklah berat mana jika dibandingkan dengan keselamatan keluarga anda.
Yang penting anda telah menyediakan keperluan asas yang boleh digunakan di waktu kecemasan. - CARI

Kredit: Dr Sufi Norhany

36

Bagus
15

Marah
9

Terkejut
16

Sedih
29

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (132 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote armin 5-4-2018 01:17 PM
Mana nak dpt gripe water tu? And rehydration salt?

Ubat mabuk kenderaan ubat apa?
Quote Artemesiaa 5-4-2018 01:33 PM
armin replied at 5-4-2018 01:17 PM
Mana nak dpt gripe water tu? And rehydration salt?

Ubat mabuk kenderaan ubat apa?

Semua tu boleh dibeli di Pharmacy.  Ubat mabuk kenderaan utk jenis yang cepat pening mual nak muntah bila naik kereta nak2 bila jalan banyak liku.
Quote Artemesiaa 5-4-2018 01:35 PM
Semua tu memang akan dibawa tiap kali gi travel juga elok bawak minyak/cream sapu panas.  Kalau dah penat seharian berjalan benda tu banyak membantu melegakan kaki yang lenguh.  
Quote Cari-Azza 5-4-2018 06:26 PM
armin replied at 5-4-2018 01:17 PM
Mana nak dpt gripe water tu? And rehydration salt?

Ubat mabuk kenderaan ubat apa?

ubat mabuk naik keta, naik bot semua memang kena ada. Nanti susah pening kepala, nak muntah nanti.

Quote armin 5-4-2018 11:44 PM
Cari-Azza replied at 5-4-2018 06:26 PM
ubat mabuk naik keta, naik bot semua memang kena ada. Nanti susah pening kepala, nak muntah nanti. ...

Apa nama ubat tu? Nak pi cari kt farmasi.
Quote armin 5-4-2018 11:44 PM
Artemesiaa replied at 5-4-2018 01:33 PM
Semua tu boleh dibeli di Pharmacy.  Ubat mabuk kenderaan utk jenis yang cepat pening mual nak munt ...

Oh ingat makan panadol je. Apa nama ubat tu?
Quote haryatie 6-4-2018 08:06 AM
Edited by haryatie at 6-4-2018 08:07 AM

sbg ibu yg prihatin travel sekangkang kera pun aku wajib bawak
ubat2 apa yg patut..
terutama sekali ubat migrain aku...
senang...
Quote finn 6-4-2018 09:41 AM
jgnkan pegi travel je..kat rumah meols pon meols ada 2 kotak first aid kit yg pnuh bagai segala makneka. anak2 meols pon dh tak payah suruh asal jatuh beskal ke cepat je selongkar cari krim antiseptik sapu sendiri n taruk hansaplast. pendidikan ksihatan sgt penting yachh
Quote stargazer20 6-4-2018 10:26 AM
finn replied at 6-4-2018 09:41 AM
jgnkan pegi travel je..kat rumah meols pon meols ada 2 kotak first aid kit yg pnuh bagai segala makn ...

Betul tu,saya setuju sebab malang tak berbau..kalau nak pegi bercuti,ubat ubatan lah yang dulu saya sediakan...terutama untuk anak anak.
Quote mieymiey 6-4-2018 10:26 AM
Kalau i, wajib ada ubat mabuk kenderaan tu. Jalan jauh sikit, kena pula jalan simpang siur confirm uwekk uwekk
Quote nuralisa 6-4-2018 10:39 AM
armin replied at 5-4-2018 11:44 PM
Apa nama ubat tu? Nak pi cari kt farmasi.

ko mention jer..nak ubat mabuk2 naik bot, naik keta, naik bas semua..
ada yg jenis makan ada yg jenis patch jer...  
Quote Artemesiaa 6-4-2018 10:52 AM
armin replied at 5-4-2018 11:44 PM
Oh ingat makan panadol je. Apa nama ubat tu?

Dia ada macam2 jenama tapi fungsi sama je.  So bila nak beli sebut jer nak ubat tu kat pharmacy nanti dia orang tahu nak bagi yang mana.
Quote chicozinn 6-4-2018 12:56 PM
armin replied at 5-4-2018 01:17 PM
Mana nak dpt gripe water tu? And rehydration salt?

Ubat mabuk kenderaan ubat apa?

farmasi ada jual..meollss bagi kat anak meollss ri tu demam sbab nak tumbuh gigi..meollss pakai brand Woodwards
Quote vanillaninja 6-4-2018 03:08 PM
I wajib ada motion sickness pills tu. Charcoal pun wajib ada.
Quote armin 6-4-2018 05:36 PM
chicozinn replied at 6-4-2018 12:56 PM
farmasi ada jual..meollss bagi kat anak meollss ri tu demam sbab nak tumbuh gigi..meollss pakai br ...

Kenapa ubat mabuk utk demam pulak chuoals
Quote anakmak 7-4-2018 01:05 AM
makcik dulu satu bag ku angkut utk medication
termasuk machine nab

Quote alieyrina 8-4-2018 12:37 AM
Aku sendiri dlm stok mesti ada ors..pil cikit tek on..ubat sema..
Gripe water tu mana2 kedai bb ada juai..time beranak ja beli gripe water ni..pastu tah campak ke mana
Quote chinta89 8-4-2018 11:08 AM
Sufi yang kini berada di Sapporo, Hokkaido, Jepun turut menyenaraikan pro dan kontra jika anda mengabaikannya.


tp iols rasa pro n kontra mcm x lengkap je dlm artikel?
Quote bungarose 8-4-2018 11:09 AM
Yep... ubat ubatan mesti bawa time travelling
Lagi2 g time winter

Lihat semua komen(29)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

13-8-2022 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.076999 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top